Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Satu Bahan, Seribu Satu Kebaikan. 10 Toner Dengan Bahan Hyaluronic Acid

Untuk kulit kekal lembap sepanjang hari!

Asid Hyaluronik ataupun Hyaluronan secara singkatannya adalah HA. Kita boleh lihat kebanyakan skincare dan kosmetik mengandungi HA dan permintaan untuk produk dengan HA semakin meningkat. Apa yang membuatkan HA popular adalah ianya sesuai untuk kesemua jenis kulit dari kulit kering sehinggalah kulit yang sensitif. Tidak menyebabkan iritasi atau merengsa sepanjang anda memakainya.

Apakah kesan penggunaan produk dengan HA pada kulit wajah?

HA merupakan satu elemen penting dalam menjaga kesihatan kulit wajah. Ianya membantu melambatkan proses penuaan agar kulit kekal muda. Selain itu, penggunaan produk dengan HA membantu proses penukaran sel-sel kulit dengan efisien. Seterusnya, kesan yang terbukti adalah ianya membantu mengekalkan kelembapan pada kulit wajah.

Edisi kali ini kami bawakan beberapa jenis-jenis toner dengan HA yang baik untuk kulit. Ayuh kita lihat!

10 Toner Mengandungi Hyaluronic Acid Terbaik di Malaysia

Toner dengan kandungan HA, baik untuk kulit sensitif
Always Be Pure
mulai
RM14.00
Semak Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Toner harga dibawah:
add_circle Tidak melekit.
add_circle Anti penuaan.
add_circle Menyingkirkan blackhead dan whitehead.
remove_circle Bergantung pada jenis kulit individu.

Sesuai untuk kulit sensitif, toner ini mengandungi  3 jenis asid Hyaluronik untuk menghasilkan lembapan yang hebat pada kulit anda. Selain itu, ianya juga padat dengan Niacinamide untuk mencerahkan kulit. Tidak kurang juga daun Tea Tree dan Centella Asiatica untuk membantu mengawal sebum yang berlebihan serta menenangkan kerengsaan.

Toner dengan HA dan Witch Hazel – beri lembapan ekstra
Siegal
mulai
RM25.00
Semak Siegal Witch-Hazel Hyaluronic Acid Pore Toner (500ml) harga dibawah:

Toner dengan campuran witch hazel ini bukan sahaja mengekalkan kelembapan pada kulit. Ianya boleh menegangkan kulit serta mengelakkan dari masalah kulit berjerawat. Sifat astringen dalam Witch Hazel ini membantu membunuh bakteria pada kulit wajah. Kulit akan kekal lembap dan bersih sentiasa.

Toner dengan harga mampu milik – sesuai untuk remaja
mulai
RM32.00
Semak Rose Hydrosol Hyaluronic acid Facial Toner Rose Water (110ml) harga dibawah:

Dengan harga mampu milik, toner dengan air bunga mawar ini menyekatakan kulit dan menegangkan serta menghidrat kulit kering. Selain itu, ianya juga membantu menangani jerawat dan mengawal kulit berminyak. Sesuai untuk kulit kering, matang, berjerawat, kusam dan sensitif, kulit wajah anda tidak akan mudah iritasi.

Toner untuk kulit berminyak – bebas alkohol
COSRX
mulai
RM39.80
Semak COSRX Centella Water Alcohol-Free Toner (150ml) harga dibawah:

Toner bebas alkohol ini mengandungi 82% Centella Asiatica, agen yang berkesan untuk mengurangkan pengeluaran sebum dan sekaligus mengecilkan pori. Sebum atau minyak berlebihan harus ditangani dengan menggunakan skincare yang betul seperti toner Cosrx agar kelembapan kulit sentiasa terjaga.

Toner dengan HA terbaik untuk kulit kombinasi
Blanc Doux
mulai
RM40.00
Semak THE LAB by Blanc Doux Oligo Hyaluronic Acid 5000 Toner (200ml) harga dibawah:
add_circle Asid Hyaluronik bermolekul rendah
add_circle Kunci lembapan & kekalkan hidrasi
add_circle Lindungi kulit anda dari keadaan sekeliling
remove_circle Tidak disyorkan untuk remaja

Ini adalah toner muka Ultra-Hydrating yang melembapkan kulit dengan berat molekul rendah (5,000 Da) untuk penyerapan yang lebih baik. Ianya membantu menenagkan kulit iritasi yang disebabkan oleh haba seperti haba matahari. Asid Hyaluronik mengumpul dan mengunci kelembapan untuk melegakan kulit.

Toner jenis gel, sesuai untuk yang alami masalah kulit kering
Iunik
mulai
RM45.00
Semak Iunik Vitamin Hyaluronic Acid Vitalizing Toner (200ml) harga dibawah:
add_circle Kaya dengan vitamin C
add_circle Beri kelembapan kulit
add_circle Tidak melekit
add_circle Cepat meresap
remove_circle Harga mahal

Toner berbentuk gel ini menawarkan kelembapan dan juga kecerahan kulit. Ianya mengandungi 45% asid Hyaluronik dan 5% ekstrak buah Sea Buckthorne. Konsistensi gel cairnya memudahkan sapuan dan resapan ke dalam kulit. Toner ini bebas minyak dan tidak melekit, pasti tidak akan membuatkan wajah anda kurang selesa.

Toner terbaik dari Korea untuk elakkan kulit kekeringan
IsNTree
mulai
RM45.60
Semak IsNTree Hyaluronic Acid Toner (200ml) harga dibawah:
add_circle Tekstur kulit menjadi halus, gebu dan lembut.
add_circle Bebas dari penggunaan bahan kimia.
add_circle Kulit kelihatan segar.
remove_circle Hanya untuk kulit normal.

Miliki kulit bak artis Korea dengan toner ini. Ianya dirumus khas dengan 50% asid Hyaluronik, Birch Sap dan Phyto Oligo untuk mencipta lapisan pelindungan kelembapan bagi mengelakkan kulit menjadi kering. Lapisan ini juga mengekalkan lembapan dan membekalkan hidrasi untuk jangka masa yang panjang. 

Ianya membantu menyekatakan tekstur kulit agar menjadi halus dan licin. Tidak ada lagi masalah kulit ‘kemarau’!

Toner HA terbaik dari drugstore – bebas alkohol dan pewangi tiruan
Hada Labo
mulai
RM46.10
Semak Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Lotion - Rich (170ml) harga dibawah:

Dapatkan toner popular ini dari mana-mana drugstore berdekatan dengan anda. Toner ini menggabungkan 4 jenis asid Hyaluronik untuk menghidratkan kulit dan membantu mengekalkan keseimbangan lembapan optimum. 

Sesuai untuk kulit kering dan normal, ianya tidak akan menyebabkan kulit merengsa. Plus point,  toner ini juga bebas wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna.

Toner untuk kulit berjerawat, kecilkan liang pori
Purito
mulai
RM54.00
Semak Purito Centella Green Level Calming Toner (200ml) harga dibawah:
add_circle Mengeringkan jerawat basah.
add_circle mengurangkan masalah kemerahan.
add_circle Menyerap ke dalam kulit dengan cepat.
remove_circle Hanya untuk kulit sensitif.

Toner berbentuk jeli ini mengandungi 10% ekstrak pekat Centella Asiatica ekstrak pekat yang memberikan kesan kelegaan kulit dan asid Hyaluronik, yang memberi kelembapan serta membentuk lapisan kelembapan yang kuat. Toner ini juga membantu mengecilkan pori agar pengeluaran sebum dapat dikawal.

Kekalkan awet muda dan keanjalan kulit dengan toner anti-aging ini
Novexpert
mulai
RM134.10
Semak Novexpert Smoothing Toning Mist with Hyaluronic Acid (100ml) harga dibawah:

Selain mengekalkan kelembapan kulit, toner ini juga menghasilkan kolagen booster untuk melambatkan proses penuaan. Jika dipakai sebelum keluar rumah, toner ini menyediakan lapisan pelindungan terhadap kotoran yang tidak elok untuk kulit. 

Apa yang menarik tentang toner ini adalah ianya datang dalam bentuk toner mist spray. Mudah untuk dibawa dan dipakai dimana-mana pada bila-bila masa sahaja.

End of Article