Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Produk Skincare Buat Remaja Supaya Tak Ditelan Usia

Penjagaan kulit semestinya bermula dari usia remaja!

Product in this article

Jika sebut skincare dibawah RM50, pasti tempat yang mudah untuk dicari adalah di drugstore seperti Watsons, Guardian atau farmasi. Ini kerana peningkatan kualiti serta formulanya semakin memberangsangkan. Namun, dengan puluhan variasi jenama yang terdapat di pasaran pada hari ini, penting juga bagi kita untuk memilih produk yang ikut bajet. 

Bagaimanakah cara yang tepat untuk remaja mendapatkan kulit bersih?

Kulit sebenarnya terdiri daripada 3 lapisan iaitu epidermis, dermis dan sel lemak tisu. Perubahan hormon menjadi antara penyebab kulit alami masalah seperti jerawat, jeragat, kering dan sensitif.

Kelenjar minyak akan menjadi aktif dan menyebabkan penghasilan sebum berlebihan dari biasa. Cara yang tepat untuk remaja mendapatkan kulit bersih daripada cela adalah haruslah rajin ikuti langkah penjagaan kulit dengan betul. 

Bersenam, amalkan diet seimbang dan lindungi kulit dari sinaran UV merupakan antara perkara yang wajib dilakukan agar kulit kekal segar serta bermaya. Ayuh lihat senarai skincare terbaik untuk remaja dengan harga mampu milik;  

10 Skincare Untuk Remaja di Malaysia

By Wishtrend Natural Vitamin 21.5% Enhancing Sheet Mask

RM 8.00

Wajib bagi anda yang mempunyai kondisi kulit kering untuk memakai masker wajah kerana ia akan membekalkan nutrisi secukupnya pada kulit anda. Wishtrend Natural Vitamin Enhancing Sheet Mask ini mempunyai 1.3 kali keupayaan penyerapan dan sememangnya berkesan dalam membantu menenangkan serta menghidrat keremajaan kulit. Cubalah.

Garnier Pure Active Matcha De-Tox Deep Clean Foam

RM 8

Pencuci muka terkemuka dari Garnier ini bertindak dengan pantas bagi membersih serta menghapuskan sisa minyak dan kotoran yang tersumbat jauh di dasar kulit. Dengan kandungan Matcha dan anti-oksida yang tinggi, Garnier Pure Active Pollution & Oil Deep Control ini juga membantu dalam mencegah jerawat dengan mengurangkan bakteria yang disebabkan oleh habuk dan pencemaran alam sekitar. 

Anda kini bebas melakukan apa jua aktiviti luar dengan penuh yakin!

Neutrogena Alcohol Free Toner

RM 14
Toner yang boleh didapati di drugstore tanpa alkohol
Neutrogena
3. Neutrogena Alcohol Free Toner
Toner untuk remaja berusia 14 tahun dijamin berkualiti

Sekiranya anda memiliki masalah kulit kering yang ketara, gunakan produk toner bebas dari sebarang kandungan alkohol seperti Neutrogena Alcohol Free Toner ini. Bukan sahaja ianya bebas alkohol, malah kandungan toner ini juga bersifat non-comedogenic dan hypoallergenic. Hanya tuangkan toner ini di kapas dan sapu perlahan-lahan di wajah demi kelembapan berpanjangan!

Safi Oxywhite Pelembap Gel Cerah Sempurna

RM 19.9
Moisturizer water-based – terbaik untuk remaja

Dengan mengandungi bahan berasaskan air, Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer ini adalah pelembap terbaik buat para remaja. Kandungan asid Hyaluronik, Arbutin, Nano BioWhite dan ekstrak buah Kiwi dalam pelembap ini pula berkesan dalam mencerah serta mengekalkan kesegaran sepanjang hari. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah dari radikal bebas serta pencemaran udara yang kotor.

St. Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask

RM 15
ST. IVES
5. St. Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask
Exfoliator/skrub untuk kulit jeragat, hasilkan tona kulit lebih sekata

Membersih wajah dengan St Ives Nourished Oatmeal Scrub & Mask 2 atau 3 kali seminggu boleh menghasilkan tona kulit menjadi lebih sekata, beri keanjalan serta melambatkan proses penuaan. Khas buatmu berkulit jeragat, exfoliator atau scrub ini berkesan dalam menghakis sel mati yang terkumpul di dasar kulit. 

Namun, rutin ini tidak boleh dilakukan secara keterlaluan kerana ia mampu membahayakan kulit. Cukuplah sekadar 1 – 2 kali seminggu. Gunakan dalam kuantiti yang sedikit, sudah memadai untuk menghapus kesan melanin.

Yadah Oh My Sun Screen SPF35, PA++

RM 25
Yadah
6. Yadah Oh My Sun Screen SPF35, PA++
Sunscreen/sunblock dari Korea sesuai untuk remaja berusia 11 tahun

Sekiranya anda mencari sunblock Korea yang sesuai dengan kondisi kulit kombinasi, Yadah Oh My Sunscreen ini mungkin menjadi pilihan terbaik. Ia menawarkan perlindungan dari sinar UV serta membantu dalam memberi efek pencerahan semula jadi tanpa merosakkan kondisi kulit. 

Ia akan menghidrat kawasan kering dalam pada masa yang sama, mengawal akses minyak dan menutup liang pori. Sunblock dengan harga mampu milik ini amat sesuai sekali buat para remaja kerana ia menjaga kulit tanpa menyebabkan kesan peluh atau iritasi. Teksturnya yang lembut, sangat efektif bagi mengekalkan lembapan buat kulit.

Garnier Sakura White Ultimate Serum (50ml)

RM 29.99
Garnier
7. Garnier Sakura White Ultimate Serum (50ml)
Beri perlindungan ekstra dengan serum untuk remaja berusia 16 tahun
add_circle senang diratakan dan meresap ke dalam kulit
add_circle memberi rasa berangin atau nyaman pada kulit
add_circle tidak memberi efek berminyak
add_circle sesuai untuk di'layer'kan bersama produk lain seperti moisturizer
remove_circle memberi hanya sedikit kelembapan pada kulit jika digunakan tanpa produk lain
remove_circle mengandungi pewangi

Garnier Sakura White Pinkish Ultimate Serum berfungsi memberi perlindungan dan menghidrasi kulit selama 24 jam dengan formula ultrasonik yang menyerap dengan cepat ke dalam lapisan kulit. Serum ini sesuai dengan kulit wanita Asia dan diperkaya dengan 5000 kapsul pemutih ekstrak Sakura yang bertujuan untuk menghasilkan 3 tona lebih cerah.

Diaktifkan dengan formula ultra-hydrating gel yang berupaya untuk melembap dan melindungi kulit sepenuhnya dari sinaran terik matahari. Tiada lagi masalah kulit kusam, berjerawat dan tidak bermaya!

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Foaming Wash

RM 30.73

Pembersih wajah dari jenama Hada Labo ini diperkaya dengan asid Hyaluronik yang telah terbukti sebagai agen utama dalam membekalkan kelembapan dan keanjalan pada kulit wajah. Produk ini juga mempunyai sehingga 6 liter air untuk mencuci serta meningkatkan tekstur kualiti kulit sebanyak dua kali ganda selepas beberapa cucian. 

Sesuai buat anda yang berkulit kering, kini kulit anda akan sentiasa tampak bermaya. Tiada lagi masalah kulit kemarau!

Clinelle Eye Bright 15ml

RM 38.32
Krim mata anti-aging untuk kulit sensitif
Clinelle
9. Clinelle Eye Bright 15ml
Krim mata untuk mengurangkan bengkak mata atau eye bag

Katakan selamat tinggal pada panda eye dengan Clinelle Eye Bright Eye Cream. Ia merupakan cecair penghidratan tanpa minyak yang dirumus dengan ramuan botani untuk meningkatkan keanjalan kulit dengan segera sambil mengurangkan garis halus dan kedutan yang terdapat di lingkaran mata. 

Krim mata ini mengandungi bahan seperti Borage Oil dan Bio Phytex yang unggul untuk memulih dan mengekalkan penghidratan optimum dalam kulit secara intensif. Jenama Clinelle diformulasi dan dihasilkan menggunakan kemajuan teknologi terkini dalam penjagaan kulit dari makmal di seluruh dunia termasuk Korea, Amerika Syarikat, Itali dan Perancis.

Clinelle Pure Swiss Hydra Calm Moisturizer Cream (40ml)

RM 46.22

Clinelle Pure Swiss Hydra Calm Moisturizer Cream ini mengandungi kepekatan asid Hyaluronik yang tinggi, menyerap pantas ke dalam lapisan kulit anda dan memberi lembapan sehingga 72 jam lamanya. 

Dilengkapi dengan Bio-Calm Complex dan Pure Swiss Thermal Spring, krim bertekstur ringan ini dapat menenangkan ketegangan serta memperkuatkan sistem pertahanan kulit agar kekal awet muda sentiasa. Selamat tinggal kesan kedutan!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article