Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Cerahkan Kulit Kusam dengan 10 Produk yang Mengandungi Vitamin C Ini

Vitamin C bukan untuk dimakan sahaja ya

Product in this article

Seperti yang kita semua ketahui, Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi kebaikan pada kulit. Kulit boleh menjadi lebih putih, sihat dan lembut dengan pengambilan Vitamin C. Bukan sahaja ianya di datangi dalam bentuk supplemen, malah produk skincare juga boleh mengandungi Vitamin C untuk kesan yang lebih efektif.

Adakah Vitamin C mampu mencerahkan tona kulit?

Vitamin C membantu dalam proses pemutihan dengan menyusun sel-sel kulit dan membuat mereka lebih mudah terdedah kepada kesan Glutathione iaitu antioksidan yang kuat dalam sel badan.

Selain itu, kajian menunjukkan bahawa Vitamin C sendiri mungkin mempunyai ciri-ciri pemutihan dan mencerahkan. Jadi, jawapan bagi persoalan di atas, ya Vitamin C mampu mencerahkan tona kulit.

Berikut merupakan beberapa produk Vitamin C yang bagus digunakan untuk kulit.

10 Produk Skincare Yang Mengandungi Vitamin C

Dr. Rashel Brightening Face Cleansing Vitamin C Facial Cleanser (80ml)

RM 14.9

Produk ini merupakan pencuci muka yang mampu untuk memberi kesegaran semulajadi dan memulihkan kulit, membersih secara mendalam serta mengurangkan kedutan. Dengan mengandungi asid Hyaluronik yang sesuai untuk memberi lembapan pada kulit dan mengembalikan tenaga pada kulit. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit walaupun alami masalah sensitif dan kering.

YASS Vitamin C Toner (180ml)

RM 29.99
YASS
2. YASS Vitamin C Toner (180ml)
Toner Vitamin C untuk kulit jerawat - kurangkan sebum dan anti-acne

Produk ini merupakan toner yang mengandungi vitamin C yang mampu untuk mengawal sebum berlebihan pada kulit, mengecilkan liang-liang, mengurangkan pertumbuhan jerawat dan mencerahkan kulit. Ianya juga mampu untuk melembapkan kulit agar sentiasa kekal hidrat dan sihat. Kulit anda akan menjadi satu tona lebih cerah dan tidak berminyak.

Some By Mi Galactomyces Pure Vitamin C Glow Toner (200ml)

RM 45.5

Produk ini merupakan semua dalam satu toner yang boleh membantu menyelesaikan masalah kulit sensitif. Bahan-bahan berkualiti tinggi seperti 88% Galactomyces akan membantu mencerahkan kulit serta memberi khasiat supaya ia dapat memberi lembapan dengan baik. 

Vitamin C-10 yang tinggi juga merupakan elemen lain yang akan melindungi kulit anda dari sinar UV berbahaya dan dengan itu membantu mengekalkan kulit yang bersih dan cerah.

Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml)

RM 27.6

Serum ini bekerja melalui 5 langkah sinergis untuk penjagaan sempurna agar kulit tampak lebih muda, cerah dan tetap sihat. Ianya mampu mengurangi proses pembentukan melanin pada kulit dan membantu menangkal radikal bebas. Dengan mengandungi bahan anti-inflamasi, ianya membantu sintesis kolagen yang berfungsi untuk menjaga elastisitas kulit.

The Inkey List Vitamin C Serum (30ml)

RM 45
The Inkey List
5. The Inkey List Vitamin C Serum (30ml)
Serum Vitamin C untuk kulit putih atau cerah

Serum Vitamin C ini dapat membantu mengurangkan kesan tekanan pada kulit seharian, termasuk pencemaran dan pendedahan cahaya matahari pada kulit yang boleh menyebabkan pigmentasi. Selain itu, vitamin C berfungsi untuk menyegarkan dan melembabkan kulit secara aktif.

Ianya juga dapat meningkatkan pengeluaran kolagen untuk meningkatkan keupayaan dan keanjalan kulit. Produk ini juga berfungsi untuk kegunaan mencerahkan warna tona kulit.

InstaNatural Skin Brightening Vitamin C Serum

RM 79
InstaNatural
6. InstaNatural Skin Brightening Vitamin C Serum
Serum Vitamin C untuk kulit muka - mencerahkan tona kulit

Produk ini diformulasi dengan nutrien untuk mencerahkan kulit dan mencegah tanda-tanda penuaan yang biasa pada kulit wajah. Untuk meningkatkan manfaat antioksidan Vitamin C, serum ini mengandungi Ferulic Acid untuk mempertahankan kulit terhadap pencemaran alam sekitar serta asid Hyaluronik dan Sea Buckthorn Oil untuk menyokong halangan pelindung kulit.

Virgin Carrier Oil Vitamin C

RM 88
7. Virgin Carrier Oil Vitamin C
Minyak beraroma dengan Vitamin C untuk tenangkan minda

Produk ini tidak mempunyai bahan kimia berbahaya dan tidak akan menyebabkan sakit kepala atau pening. Aroma sangat tahan lama dan tidak akan menyebabkan sebarang iritasi, gatal-gatal atau ruam pada kulit selepas digunakan. 

Minyak ini menyerap terus ke dalam lapisan kulit tanpa meninggalkan sebarang residu. Teksturnya cepat kering dan selamat untuk semua jenis kulit, ia tidak akan menyebabkan alergi kulit atau gatal-gatal.

Now Foods Solutions, Moisturizer, Vitamin C & Sea Buckthorn (59ml)

RM 59

Berfungsi dengan kimia semulajadi untuk membantu mengunci lembapan dan cairan penting lain yang diperlukan bagi meningkatkan keanjalan, mencerahkan kawasan kulit yang kusam atau gelap dan menggalakkan tisu sihat pada kulit wajah. 

Vitamin C semulajadi membantu mengatasi kelemahan kecil dan ketidaksempurnaan lain dengan jenis kulit sensitif dan kombinasi. Ianya merupakan produk bebas dari paraben dan gluten.

Trilogy Vitamin C Moisturising Lotion

RM 139
Trilogy
9. Trilogy Vitamin C Moisturising Lotion
Moisturizer Vitamin C untuk kulit kering sambil beri lembapan

Produk ini menggunakan Vitamin C yang kaya dengan antioksidan untuk menggalakkan kulit menjadi lebih cerah. Kulit juga kekal terhidrat dengan kandungan Rosehip dan ekstrak Daisy untuk menerangi serta mengurangkan pigmentasi. Manakala minyak Mandarin menyegar serta membangkitkan kulit yang kusam dengan bau yang ringan dan manis.

The Body Shop Vitamin C Energising Face Mist (100ml)

RM 69
The Body Shop
10. The Body Shop Vitamin C Energising Face Mist (100ml)
Face mist Vitamin C untuk kulit kusam – beri kesegaran berpanjangan

Produk ini merupakan mist muka yang sesuai untuk kulit kusam, letih dan tidak bermaya. Diperkaya dengan ekstrak Camu Camu yang kaya dengan Vitamin C dari hutan hujan Amazon, Peru serta Aloe vera yang mampu menyegarkan dan meningkatkan cahaya tona kulit. Kulit kusam akan menjadi lebih bertenaga dan tampak lebih sihat dan berseri.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article