Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Pencuci Muka Dengan pH Rendah, Kulit Wajah Bebas Daripada Iritasi

Supaya wajah anda kekal bebas masalah

Kebaikan menggunakan pH berkadar rendah adalah bagi mengelakkan kulit timbul masalah seperti iritasi atau merengsa akibat produk tidak sesuai buat wajah anda. Ini akan memudahkan anda menghilangkan jerawat, kulit kusam dan masalah kulit kering. Kulit yang bermasalah seperti sensitif juga boleh menggunakan pencuci muka jenis ini. 

Mengapakah anda perlu menggunakan pencuci kadar pH rendah?

Menukar pencuci wajah anda kepada jenis kadar pH yang rendah akan memastikan wajah sentiasa lembap dan seimbang. Kulit kita mempunyai kadar pH 5.0 atau 5.5. Ini kerana kulit mempunyai penghadang yang dikenali sebagai acid mantle yang mengunci lembapan dan melindungi kulit daripada bakteria dan radikal bebas.

Acid mantle akan cepat rosak jika anda menggunakan produk yang mengandungi kadar pH tinggi daripada skala 6 - 14. Ini akan membuatkan produk lain yang ingin diaplikasikan tidak mudah meresap dan bekerja dengan baik pada wajah anda. Ayuh lihat senarai pencuci muka dengan kandungan pH rendah sesuai untuk semua jenis kulit;

10 Pencuci Muka Dengan Kandungan pH Rendah

Pencuci wajah untuk kulit kombinasi – menyegarkan dan membersih
Simple
Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel (150ml)
mulai
RM13.00
Semak Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel harga dibawah:
add_circle Triple purified water dan vitamin
add_circle Bebas sabun 100%
add_circle Non-comedogenic
remove_circle Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah kulit

Pencuci ini amat ringkas dengan senarai bahan yang sedikit, ianya terbukti sebagai pencuci yang mengandungi pH yang rendah. Dengan menggunakan bahan yang mesra dengan kulit wajah, ianya dapat menanggalkan kotoran dengan lembut dan juga mengawal minyak pada wajah. 

Dengan kandungan pH yang rendah, pencuci ini juga idak akan mengeringkan wajah dan sentiasa mengekalkan lembapan tanpa membuat wajah berminyak.

Pencuci muka yang memutihkan wajah dengan kuasa Alpha Arbutin
Hada Labo
mulai
RM26.18
Semak Hada Labo Arbutin Premium Whitening Face Wash harga dibawah:
add_circle Kandungan Tranexamic Acid untuk kulit lebih glowing
add_circle Kurangkan masalah kulit tegang akibat pencemaran
add_circle Kulit bertambah anjal dan awet muda
remove_circle Kesan efektif yang lebih lama

Kebanyakan pencuci yang memulihkan selalunya sudah mempunyai kadar pH rendah kerana bahan pencerahan yang akan mengimbangi kadar pH pencuci tersebut. Seperti Hada Labo Arbutin Whitening Face Wash ini yang bukan sahaja membantu memutihkan wajah, ianya juga mengembalikan seri kepada wajah. 

Terbaik dalam melembapkan kulit dan menggalakkan acid mantle yang menjaga lapisan lembapan kulit supaya tidak mengering.

Pencuci muka pH rendah terbaik dari Watsons
Sebamed
mulai
RM30.50
Semak Sebamed Clear Face Teenage Cleansing Liquid (150ml) harga dibawah:

Pencuci muka ini amat sesuai untuk merawat kulit wajah ‘breakout’. Produk daripada Sebamed ini mempunyai pH 5.5 yang sama dengan kadar pH kulit kita sendiri. Disebabkan itu, walaupun pencuci ni dikhaskan untuk merawat kulit berjerawat, ianya tidak akan mengeringkan wajah anda dan menyebabkan kulit anda kehilangan lembapan.

Pencuci muka untuk kulit berminyak – lindungi wajah anda
Himalaya Herbals
mulai
RM9.35
Semak Himalaya Purifying Neem Face Wash (50ml) harga dibawah:
add_circle Matikan bakteria pada wajah
add_circle Menggunakan bahan semulajadi
add_circle Tidak akan meninggalkan kesan sampingan
remove_circle Bergantung kesesuaian kulit individu

Pencuci ini amat sesuai untuk kulit normal sehingga berminyak. Dengan menggunakan khasiat daun Neem sebagai bahan aktif bersifat antibakteria, pencuci wajah dengan pH 5.5 ini terbaik dalam merawat kulit masalah jerawat. 

Ianya juga berfungsi untuk melindungi penghadang kulit anda supaya tidak mengering dan iritasi akibat kulit bermasalah. Khasiat kunyit di dalam pencuci ini akan membantu melindungi cela seperti parut jerawat.

Pencuci muka pH rendah terbaik untuk lelaki – semua dalam satu!
First Aid Beauty
mulai
RM43.00
Semak First Aid Beauty Face Cleanser harga dibawah:

Pasti leceh bukan sebagai lelaki, anda perlu memikirkan sesuatu yang sesuai dengan kulit anda namun tidak tahu yang mana satu untuk dipilih. Nah, pencuci muka First Aid Beauty dengan kadar pH 5.5 tanpa mengeringkan minyak semulajadi pada kulit. 

Pencuci ini akan menghilangkan lebihan minyak, kotoran dan radikal bebas yang berformula antioksidan. Bukan sahaja kulit akan sentiasa lembap dan bersih, malah akan melindungi daripada penuaan pramatang juga!

Hapuskan masalah kulit kusam dengan mengembalikan seri wajah
COSRX
mulai
RM46.50
Semak COSRX Low Ph First Cleansing Milk Gel (150ml) harga dibawah:

Pencuci wajah ini mengandungi pH 5.5 yang amat sesuai untuk semua jenis kulit. Diperkaya dengan Witch Hazel dan Allantoin, pencuci ini akan menenangkan kulit serta melembapkan kulit kering sambil mengekalkan kadar lembapan di dalam lapisan kulit. Ianya juga sesuai untuk kulit kusam dan hilang seri yang disebabkan oleh radikal bebas yang menggelapkan wajah.

Pencuci ini akan menanggalkan lapisan radikal bebas tersebut dan membuatkan wajah kekal lembap, anjal dan berseri dari dalam.

Untuk kulit kering – merawat skin barrier dengan mudah
Dr. Jart+
mulai
RM27.00
Semak Dr. Jart+ Dermaclear Micro Ph Foam Facial Cleanser (120ml) harga dibawah:

Pencuci ini mempunyai pH 5.5, diuji secara dermatologi untuk kulit kering dan sensitif yang  akan membantu mengembalikan keseimbangan serta lembapan pada wajah. Pencuci ini amat sesuai digunakan oleh sesiapa yang mengalami masalah kulit ekzema kerana ianya tidak mengandungi bahan yang akan membuatkan kulit pedih dan iritasi. 

Pencuci yang amat ringkas ini bertekstur gel, sesuai untuk kulit kering kerana tidak akan memedihkan kulit.

Pencuci muka pH rendah yang merawat jerawat pasir
CeraVe
mulai
RM85.00
Semak CeraVe Renewing SA Cleanser (8oz) harga dibawah:

Jerawat pasir atau fungal acne amat degil untuk hilang. Caranya hanya melalui chemical exfoliating menggunakan asid Salicylic bagi menghapuskan jerawat pasir yang timbul pada kulit wajah. Namun, sesetengah pencuci muka yang mengandungi asid Salicylic boleh mengeringkan wajah dan menyebabkan kulit menjadi sensitif.

Pencuci CeraVe ini mempunyai kandungan asid Salicylic dengan pH 5.5 yang akan membantu menghilangkan jerawat pasir. Tesktur kulit wajah anda tidak akan menjadi kering dan pencuci muka ini juga sesuai untuk kulit sensitif.

Pencuci pH rendah untuk jeragat dengan kuasa chemical exfoliating
Pixi
mulai
RM110.00
Semak Pixi Glow Tonic Cleansing Gel (135ml) harga dibawah:

Tahukah anda apa itu kegunaan asid Glycolic untuk kulit wajah? Asid Glycolic di dalam pencuci ini mampu memudarkan masalah jeragat anda dengan menggunakan teknik chemical exfoliant. Ianya juga membantu menstabilkan kadar pH pencuci ini supaya seimbang dan tidak mengeringkan wajah anda.

Pencuci muka pH rendah yang melembapkan kulit wajah
Alpha-H
mulai
RM141.00
Semak Alpha-H Balancing Cleanser (185ml) harga dibawah:

Pencuci muka bertekstur berkrim ini berformula 3-dalam-1 yang membantu mengembalikan keseimbangan pH di kulit dan melembap kulit dengan ekstrak Aloe Vera. Ianya juga menghilangkan radikal bebas yang mengakibatkan kulit kusam dengan kuasa Vitamin E.

Sesuai digunakan oleh kulit jenis sensitif juga, pencuci ini akan mengekalkan kadar pH yang sihat untuk lapisan kulit anda.

End of Article