Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Pencuci Muka Terbaik Dari Drugstore, Kualiti Setanding Yang Mahal

Langkah 1: Ketahui Jenis Kulit Anda

Product in this article

Bagaimanakah cara memilih pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit? 

Jika anda inginkan kulit wajah yang cantik, sihat dan menawan, jadikan langkah membersih muka sebagai langkah utama dalam rutin skincare harian anda. Tetapi, anda haruslah ketahui jenis kulit wajah terlebih dahulu ya sebelum memilih pencuci muka yang sesuai.

Bila dah tahu jenis kulit barulah anda boleh pilih produk mana sesuai dengan kulit anda. Nah, kami sediakan sedikit info bagi mengetahui jenis kulit anda:

Yang penting, elakkan guna pencuci muka yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri, alkohol, paraben, mineral, pewangi, pewarna tiruan dan berasid. Pencuci muka jenis ini, selamat dipakai untuk semua jenis kulit.

Ayuh lihat senarai dibawah untuk info lebih lanjut tentang pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah anda;

Garnier Pure Active Matcha De-Tox Deep Clean Foam

RM 7.38
Garnier
1. Garnier Pure Active Matcha De-Tox Deep Clean Foam
Pencuci muka mengandungi anti-oksidan, murah untuk dimiliki
Updated on 26th June 2020

Pencuci muka terkemuka dari Garnier ini bertindak dengan pantas bagi membersih serta menghapuskan sisa minyak dan kotoran yang tersumbat jauh di dasar kulit. Dengan kandungan Matcha dan anti-oksida yang tinggi, Garnier Pure Active Pollution & Oil Deep Control ini juga membantu dalam mencegah jerawat dengan mengurangkan bakteria yang disebabkan oleh habuk dan pencemaran alam sekitar. 

Anda kini bebas melakukan apa jua aktiviti luar dengan penuh yakin!

Wardah White Secret Facial Wash with AHA (100ml)

RM 12.4
Wardah
2. Wardah White Secret Facial Wash with AHA (100ml)
Pencuci muka untuk mencerahkan kulit wajah (whitening)
Updated on 9th July 2020
add_circle Mengandungi AHA (Alpha Hydroxy Acid)
add_circle Tiada masalah kulit kusam & liang pori tersumbat
add_circle Melembutkan kulit wajah
remove_circle Kulit wajah akan terasa tegang sementara
remove_circle Bau wangian yang agak kuat

Wardah White Secret Facial Wash ini membantu menghapuskan sisa kotoran degil yang melekat pada lapisan luar dan dalaman kulit wajah. Dengan kandungan bahan surfaktan yang ringan, produk halal dari Wardah ini akan membuatkan kulit anda terasa lebih gebu dan lembut bak sutera. Kulit semakin cerah, tiada lagi masalah pigmentasi. Pembersih muka ini juga berkesan untuk menutup liang pori terbuka.

OXY Whitening Oil Control Wash

RM 12.64
Pencuci muka sesuai untuk remaja
3. OXY Whitening Oil Control Wash
Pencuci muka sesuai untuk kulit remaja cenderung berminyak
Updated on 8th July 2020

Buat anda para remaja yang sedang mengenali dunia kecantikan wajah, nah, Oxy Pure White Wash adalah produk terbaik buatmu! Ianya mengandungi asid Hyaluronik dan ekstrak daun Aloe Barbadensis yang mampu mengekalkan penghidratan kulit wajah sepanjang hari. Tekstur di dalamnya juga dihasilkan bersama bahan-bahan segar untuk mencerahkan kulit wajah, agar nampak lebih berseri! Produk ini sesuai buat yang memiliki kulit cenderung minyak.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)

RM 23.80
Cetaphil
4. Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)
Pencuci muka untuk kulit sensitif, elak irritasi dan kulit meradang
Updated on 24th July 2020

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini direka dengan khusus untuk menjaga dan menenangkan kulit sensitif. Formulanya yang ringan, tidak akan menyebabkan irritasi atau keradangan. Ia juga membantu dalam mengekalkan kesegaran serta mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan. Pencuci muka Cetaphil ini semestinya menjadi pilihan terbaik buat anda yang memiliki kulit sensitif. Cubalah hari ini!

MISEOUL Aloe Vera Cleansing Foam

RM 23.97
5. MISEOUL Aloe Vera Cleansing Foam
Pencuci muka dengan kandungan Aloe Vera semula jadi
Updated on 4th October 2019

Miseoul Aloevera Cleansing Foam, mengandungi 99% kepekatan Aloe Vera yang dikenali sebagai "Keajaiban Tanaman". Kalau anda nak tahu, ekstrak Aloe Vera ni memang sangat berkesan dalam melegakan ketegangan kulit, terutama selepas pendedahan matahari. Jadi, pembersih muka ini dapat menyegarkan dan menghidupkan semula kualiti kulit selepas pendedahan matahari. Berformula oil-based, ianya tidak membuatkan kulit wajah terasa melekit.

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash

RM 24.38
Hada Labo
6. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash
Pencuci muka terbaik untuk kulit kering - memberi lembapan menyeluruh
Updated on 17th January 2020

Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering, Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash mungkin menjadi penyelamat terbaik. Tidak mengandungi alkohol dan bebas daripada wangian, minyak mineral serta pewarna tiruan, pembersih wajah ini juga membantu mengimbangkan tahap kelembapan semulajadi pada kulit anda. Gunakan dalam kuantiti yang sedikit, ianya sudah cukup untuk membersih kulit wajah anda.

Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash (150ml)

RM 15
Himalaya Herbals
7. Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash (150ml)
Pencuci muka dari Watsons yang bagus untuk memudarkan parut jeragat
Updated on 19th June 2020
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Pembersihan mendalam untuk kulit berminyak
add_circle Aroma wangian floral
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering
remove_circle Kulit akan menjadi 'flakey' dan tegang

Pencuci muka Himalaya ini sangat berkesan untuk mengeliminasi bintik-bintik gelap, membersih kulit dan menghapuskan sisa kotoran yang tersumbat untuk penghasilan kulit yang lebih bersinar, berseri, dan licin. Ianya mengandungi bunga safron dapat menghapuskan tompok hitam yang ketara. Ekstrak Licorice di dalamnya pula mengawal sintesis melanin untuk memulihkan kecerahan semulajadi di dalam kulit anda.

Hada Labo Premium Whitening Face Wash

RM 29.66
Hada Labo
8. Hada Labo Premium Whitening Face Wash
Pencuci muka untuk kulit kusam, menyingkirkan kotoran
Updated on 27th January 2020

Produk terkenal Hada Labo ini membersih dengan lembut dan berkesan menghilangkan kotoran yang tersumbat jauh di dasar kulit. Diperkaya dengan Arbutin & ekstrak tumbuhan segar untuk mengembalikan keseimbangan pH. Ramuan yang terdapat di dalamnya bertujuan untuk menjaga kulit anda dari polusi alam sekitar yang menyebabkan kekusaman dan kekotoran. Gunakan dua kali sehari, pada waktu siang dan malam.

EUCERIN Pro-Acne Solution Cleansing Gel (200ml)

RM 37.1
Terbaik untuk kulit sensitif serta jerawat, jeragat dan kesan parut
Eucerin
9. EUCERIN Pro-Acne Solution Cleansing Gel (200ml)
Pencuci muka dari Watsons berkesan untuk menghapuskan kesan jerawat
Updated on 16th June 2020
add_circle Kecilkan liang pori
add_circle Menghalang pertumbuhan jerawat
add_circle Menghapus whitehead & blackhead
add_circle Sesuai untuk kulit super sensitif
remove_circle Kadar efektif agak lambat berbanding pencuci lain
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering melampau

Diuji secara klinikal, produk bersifat non-comedogenic ini amat sesuai untuk yang menghadapi masalah pada kulit wajah seperti jerawat dan jeragat. Tambahan pula, Eucerin Pro-Acne Solution Cleansing Gel ini turut mengandungi 6% Ampho-Tensides bagi menghapuskan segala sisa kotoran dan solekan serta menghalang penghasilan sebum berlebihan. Katakan selamat tinggal pada kesan parut yang mengganggu keterampilan anda!

Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin (150ml)

RM 34.86
Terbaik untuk kulit kombinasi
Sebamed
10. Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin (150ml)
Pencuci muka terbaik untuk kulit kombinasi bebas alkali
Updated on 15th July 2020
add_circle Baik untuk kegunaan harian
add_circle Bersihkan liang pori secara mendalam
add_circle Halang penghasilan sebum berlebihan
remove_circle Tidak sesuai untuk 'fungal-acne'

Pencuci muka Sebamed for Oily and Combination Skin ini merupakan produk berkualiti tinggi, sesuai untuk anda yang mempunyai kondisi kulit berminyak atau cenderung kombinasi. Bebas alkali serta pewangi dan pewarna tiruan, pembersih muka ini sangat berkesan dalam mencuci sisa kotoran dan minyak yang tersumbat. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang bagaimana mahu mengecilkan kesan pori di pipi.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article