Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Highlighter Dibawah RM50 Untuk Yang Sukakan Efek Pipi Glowing

Buat tulang pipi nampak lebih berseri

Product in this article

Kadangkala semasa bersolek, kita pasti akan ‘skip’ salah satu langkah samada penggunaan highlighter atau bronzer. Sesetengah daripada anda pasti sukakan makeup secara simple seperti pakai BB / CC Cream, compact powder dan lipstick sahaja pun sudah mencukupi. Tetapi tahukah anda highlighter juga penting dalam langkah makeup yang betul agar wajah tampil anggun.

Apakah fungsi sebenar highlighter? 

Siapa yang tidak sukakan highlighter? Rasanya solekan tidak lengkap sekiranya tidak mengenakan sentuhan highlighter. Fungsi sebenar highlighter adalah bagi membantu menambahkan lagi definisi serta efek solekan agar nampak lebih bergaya. Namun, anda harus berhati hati ketika menggunakan highlighter. Sekiranya terlebih oles, nanti solekan nampak pelik pula. Iya lah, siapa yang mahu wajah nampak terlalu bercahaya, bukan? 

Sama ada anda seorang yang advanced dalam mengenakan solekan mahupun beginner, produk highlighter sememangnya wajib ada di atas meja solekan kamu! Jom kenali, 10 highlighter mampu milik di bawah RM50.

10 Highlighter Murah Dan Bagus Dibawah RM50

Rimmel Insta Strobing Highlighter

RM 18
Rimmel
1. Rimmel Insta Strobing Highlighter
Highlighter bertekstur liquid untuk kulit kering

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering, seelok-eloknya gunakan highlighter bertekstur liquid bagi mengelakkan kulit menjadi lebih merekah. Dengan cara pemakaian yang betul, pipi anda akan lebih berseri-seri, membuatkan wajah anda nampak segar dan tidak lesu. Bersaiz kecil serta ringan dibawa kemana-mana sahaja. Hanya calitkan pada pipi dan tulang hidung!

Wet n Wild Megaglo Illuminating Powder Catwalk

RM 37.6

Sentuhan warna merah jambu dengan tekstur serbuk yang lembut mencipta kemasan matte di pipi anda. Highlighter pipi ini akan memberi kulit anda sentuhan warna yang segar untuk kelihatan sihat terutamanya bagi wanita berkulit putih dan pucat. 

Highlighter dari jenama Wet N’ Wild dari Amerika Syarikat ini juga sesuai untuk kegunaan harian. Kini, wajah anda akan nampak lebih glowing.

Silky Girl Photosharp Contour & Highlight Stick

RM 15
Silky Girl
3. Silky Girl Photosharp Contour & Highlight Stick
Highlighter 2-dalam-1 dengan contour stick yang mudah digunakan

Highlighter dengan tekstur creamy yang mudah di-blend ini, hadir dalam bentuk stick atau pen, untuk membantu anda membuat garis-garis contour pada wajah. Memiliki dua fungsi yang berbeza, stick ini sangat senang digunakan dan dapat diaplikasi ke semua bahagian wajah, termasuk di hujung mata dan di atas bibir. Senang kan?

IN2IT Radiant & Glow Palette

RM 35.9
IN2IT
4. IN2IT Radiant & Glow Palette
Palette highlighter terbaik dari drugstore

Hadir dalam 3 warna berbeza, IN2IT Radiant & Glow Palette ini sesuai dijadikan sebagai highlighter mahupun eyeshadow. Teksturnya lembut dan diformulasi oil-free di dalamnya dapat mengurangkan penghasilan minyak berlebihan pada kulit wajah dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif. 

Memiliki 3 fungsi serta warna yang berbeza, produk ini dapat diaplikasi pada bahagian hidung pipi dan mata untuk hasil contouring yang sempurna!

Maybelline Master Chrome Metallic 050 Molten Rose Gold

RM 26.45

Memiliki kulit sawo matang menjadi kelebihan ciri khas wanita Asia. Pemilihan highlighter yang tepat dengan partikel kilau dan golden seperti dari Master Chrome Maybelline ini, membuatkan penampilan anda lebih menawan dan eksotis. Produk ini memiliki tekstur powdery dengan warna honey yang sangat berkilau untuk hasil yang glam dan luminous pada wajah.

Rimmel Kate Sculpting Kit Palette

RM 21.4
Rimmel
6. Rimmel Kate Sculpting Kit Palette
Highlighter berbentuk powdery untuk beginner

Buat kamu yang makeup beginner dan inginkan palette highlighter serta sculpting 3-dalam-1, palette dari Rimmel ini menjadi penyelamat buat kamu! Berbekalkan formula kalis air, highlight, blusher serta bronzer powdery lembut ini akan kekal sepanjang hari di wajah. Jadi, anda tidak perlu risau tentang touch-up berulang kali. Serlahkan ketajaman tulang pipi anda!

Cezanne Pearl Glow Highlight

RM 27.93
Cezanne
7. Cezanne Pearl Glow Highlight
Highlighter terbaik buat remaja yang ingin keluar bersantai

Jika anda seorang remaja yang sedang berjinak jinak dengan aplikasi solekan, nah, highlighter dari Cezanne diterbangkan khas dari Korea. Highlighter ini berona lembut dan terang, sesuai untuk anda yang inginkan efek glowing. Supaya wajah anda seiras wajah artis Kpop kegemaran anda. Harga nya juga murah dan mampu milik. Tiada alasan untuk tidak memilikinya. 

Irisa Cosmetics Pressed Powder Highlighter Quartz

RM 39

Warna seperti terracotta, orange, mauve atau coral adalah pilihan yang sesuai untuk anda yang mempunyai rona kulit kuning langsat. Highlighter dari jenama tempatan Irisa Cosmetics ini menawarkan beberapa rona pilihan yang bersesuaian dengan kulit anda. 

Calit di pipi, anda sudah sedia untuk menjalani rutin harian anda. Jangan risau, warna ini bersifat sangat universal.

Catrice Arctic Glow Highlighting Powder

RM 33.9
9. Catrice Arctic Glow Highlighting Powder
Highlighter untuk kulit berminyak – serap peluh lebih berkesan

Highlighter ini sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak kerana jenama Catrice sangat dipercayai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Hanya dengan sekali sapu, tekstur highlighter ini akan berubah menjadi berkilat dan mampu menyerap kesan peluh yang terdapat dipermukaan wajah. Sapukan highlighter pipi ini untuk warna yang lebih menyerlah.

Physicians Formula Rose All Day Petal Glow

RM 48.93
Physicians Formula
10. Physicians Formula Rose All Day Petal Glow
Highlighter untuk anda yang memiliki kulit gelap

Siapa yang tidak kenal akan jenama hebat serta mampu milik Physicians Formula? Untuk anda yang berkulit gelap atau hitam manis, gunakan highlighter seperti warna wine ini untuk menaikkan tulang pipi (cheek bones). Highlighter ini kandungannya sangat berpigmen dan dapat bertahan lama. Anda tidak perlu risau tentang aplikasi berulang kali. Nampak cantik sahaja ketika berselfie.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article