Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Lipstick Sesuai Untuk Bibir Sensitif Supaya Tidak Mudah Iritasi

Tiada lagi masalah bibir alergi

Anda pasti terfikir mengapa kadang kala bibir anda memberi reaksi jika memakai produk bibir yang sebarangan bukan? Jika anda jenis yang sering mendapat reaksi alergi selepas memakai lipstick seperti bibir terlampau kering sehingga merekah dan berdarah, iritasi, membengkak dan terasa seperti panas dan terbakar, maknanya anda mempunyai bibir jenis sensitif. 

Jadi untuk mengelakkan alergi bibir anda boleh membuat patch test untuk melihat samada sesuai atau tidak untuk memakai lipstick tersebut. Tetapi, anda tak perlu bimbang lagi kerana banyak jenama kosmetik terkenal termasuklah produk lokal di luar sana yang bersifat hypoallergenic dan sesuai untuk kulit sensitf.

Apakah bahan dalam kosmetik yang menyebabkan alergi bibir?

Bahan-bahan yang boleh menyebabkan alergi bibir ialah pewarna (eosin, carmine), bahan pengawet, logam (bismuth, nickel) dan pelarut pewarna (minyak zaitun). Namun, jika bahan lipstick tersebut mengandungi pewarna tetapi diperbuat daripada asas lipstick yang natural seperti minyak castor, argan, atau grapeseed, lipstick yang berwarna tidak akan menyebabkan alergi bibir.

Ayuh lihat senarai lipstick terbaik digunakan untuk anda yang alami masalah kulit bibir sensitif;

10 Lipstick Untuk Kulit Bibir Sensitif

Lipstick matte murah sesuai untuk remaja
Demica
Semak Demica Lipmatte Icecream (5 Warna) harga dibawah:

Lipstick jenama lokal ini sangat seusia untuk remaja yang menggemari warna lembut dan terang yang akan menampakkan lagi keremajaan di wajah. Lipstick matte ini sangat sesuai dengan kulit sensitif kerana ianya tidak akan kering kerana mengandungi minyak avocado yang melembapkan kulit dan juga tidak akan menggelapkan kulit bibir.

Lipstick yang sesuai dengan tona kulit sawo matang
Wardah
Semak Wardah Mattecentric Lip Crayon – Pace harga dibawah:

Lipstick Wardah ini sangat sesuai buat kulit sensitif kerana ianya jenis melembapkan dengan efek buttery dan lembut. Lipstick ini sangat sesuai buat sesiapa yang tidak menyukai jenis matte yang berat dan bold. Diperbuat daripada flower wax yang tidak akan memberi kesan alergi pada bibir. 

Bukan itu sahaja, bahan melembap yang digunakan juga ialah Castor oil, Macademia Seed oil, Shea Butter, Avocado oil, Jojoba oil, Soybean oil dan juga sunflower seed yang menjanjikan bibir yang sentiasa lembap - tidak akan mengering serta merekah.

Lipstick drugstore yang sesuai untuk kulit sensitif
Milani
Semak Milani Classic Color Statement Lipstick (10 warna) harga dibawah:

Milani ialah satu jenama kosmetik yang memang terkenal dengan formula mereka yang dibuat khas untuk kulit sensitif. Jadi, lipstick daripada Milani ini sangat sesuai dengan individu yang mempunyai bibir sensitif. 

Didatangi dengan 10 warna yang sesuai dengan setiap jenis tona kulit, lipstick ini pasti meningkatkan keyakinan anda pada bila masa sahaja.

Lipstick matte bebas daripada bahan kimia
Semak Young & Glow Neelofa Lipmatte (6 warna) harga dibawah:

Lipstick daripada Young&Glow Neelofa ini sangat sesuai buat jenis bibir sensitif kerana bahan-bahan yang digunakan ialah beeswax, castor oil, argan oil, shea butter, marine collagen, dan Vitamin E. Kombinasi bahan ini sangat menghidrat kulit bibir dan tidak akan memberi reaksi alergi kepada bibir. 

Beeswax sangat sesuai digunakan untuk kulit sensitif kerana bahannya semulajadi. Manakala castor oil dan argan oil ialah minyak popular untuk membaiki bibir kering, gelap dan merekah.

Lipstick matte yang sesuai untuk bibir gelap
Semak Wawa Cosmetics Lipsmatte Edition Raya (4 warna) harga dibawah:

Jika anda mempunyai bibir gelap dan runsing dengan lipstick yang tidak dapat menutup kegelapan bibir anda, lipstick daripada Wawa Cosmetics ini pasti sesuai dengan anda. Formulanya likat dan juga kemasan yang matte akan memastikan bibir gelap anda akan dilitupi sepenuhnya.

Lipstick untuk kulit kuning langsat agar tidak kelihatan pucat
Mary Kay
Semak Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick – Mauve Moment harga dibawah:

Lipstick yang sesuai untuk kulit bertonakan kuning langsat ialah jenis lipstick berwarna pinkish lembut. Tona pink seperti ini akan menaikkan lagi seri kulit yang cerah. Lipstick semi-matte ini sangat melembap dan tidak akan mengeringkan bibir lansung dan juga tahan lama.

Jadi, ianya sangat sesuai digunakan untuk kulit bibir sensitif kerana anda tidak perlu menambah lipstick ini sepanjang hari.

Lipstick tona merah sesuai untuk si pemilik kulit gelap
The Body Shop
Semak The Body Shop Colour Crush Lipsticks (310 Canberra Tulip) harga dibawah:

Jika anda mempunyai tona kulit yang gelap dan mahukan warna lipstick yang akan menyerikan lagi kulit anda, pasti anda akan menyukai warna merah bold ini. Walaupun tampak sangat ‘wow’ dan bold, namun, ianya sangat cocok jika digandingkan dengan kulit gelap. 

Lipstick ini sesuai untuk kulit sensitif kerana ianya kaya dengan bahan melembap seperti Marula oil dan juga beeswax.

Lipstick jenis velvet terbaik untuk kulit bibir kering
Ciaté London
Semak Ciaté London Wonderwand Lipstick (8 warna) harga dibawah:

Lipstick ini mempunyai kemasan velvet yang lembut. Jadi ianya sangat sesuai untuk sesiapa yang tidak sesuai mengenakan lipstick matte kerana boleh membuatkan bibir kering. Lipstick ini juga didatangi dengan 8 warna yang menawan dan lembut sesuai untuk digunakan harian. 

Lipstick ini juga sangat sesuai buat kulit bibir sensitif kerana ianya diperbuat daripada natural beeswax yang tidak akan memberikan reaksi alergi.

Lipstick terbaik dari Korea dengan efek ombre
Laneige
Semak Laneige Two Tone Matte Lip Bar Lipstick harga dibawah:

Jika anda menyukai trend K-Beauty ombre lips, anda pasti menyukai lipstick ini yang memberi efek ombre instant. Lipstick dengan kemasan matte yang bersifat karakter manis dan girly pada bibir anda. Namun, walaupun formulanya bersifat mattifying, lipstick ini mempunyai bahan melembap yang tidak akan menyebabkan bibir anda merekah dan sensitif.

Lipstick hypoallergenic dari Sephora
Nudestix
Semak Nudestix Gel Color Lip + Cheek Balm (8 Warna) harga dibawah:

Bahan yang diperbuat daripada lipstick ini ialah minyak Grapeseed, bunga matahari, Cottonseed, kacang soya dan juga Vitamin E iaitu minyak yang membantu menjaga kesihatan bibir anda. Gabungan minyak ini juga mengandungi 30% bahan melembap yang akan membantu mengekalkan bibir mungil dan plump.

Lipstick yang mempunyai kemasan gel ini juga boleh digunakan di bahagian pipi bagi memberi kesan blush lebih natural. Ianya juga tidak akan menyebabkan kulit muka anda iritasi atau apa-apa kesan alergi.

Artikel berkaitan 

End of Article