Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Teknik Mekap ‘No Makeup-Look’ Dengan Guna Produk Dibawah RM50 Jer!

Ini adalah teknik dan rahsia untuk gaya mekap natural!

Cara untuk mendapatkan wajah yang berseri-seri bukan sahaja bergantung kepada rejim membersih muka sahaja tapi ia juga dari teknik solekan. Jangan tertipu dengan wajah-wajah selebriti atau influencer cantik tanpa sebarang solekan. Sebenarnya mereka masih menggunakan mekap untuk menutup cela atau kini lebih mudah hanya menggunakan filter kamera. Hasilnya wajah kelihatan segar, berseri dan ‘hidup’ walaupun dengan solekan yang tipis. 

Apa yang dimaksudkan dengan Mekap ‘No Makeup-Look’?

Produk mekap yang digunakan dalam teknik ‘No Makeup-Look’ lebih ringkas dan tidak menggunakan banyak warna. Ia lebih kepada warna tanah atau hampir dengan rona kulit anda. Jadi anda kena faham tentang produk, warna kulit dan hasil yang anda mahukan dari solekan ini. Bayaran yang dikenakan pada gaya mekap ‘No Makeup-Look’ lebih mahal daripada gaya mekap yang lain. 

Bayangkan dari mata yang sembap, bibir pucat atau satu muka lesu boleh diubah tampak segar-bugar. Tak perlu foundation yang tebal, gincu merah atau wing eyeliner. Gaya mekap ini juga merupakan aesthetic terbaru dalam dunia solekan. Kulit glowing, bibir lembap, kening rapi dan pipi segar adalah peranan yang perlu ada. 

Senang kata ini solekan yang ingin menaikkan sudut yang paling cantik pada wajah anda tanpa keterlaluan! Ayuh lihat video tutorial pendek ini dari jurumekap Aqira Azlah. Ini adalah langkah dari Aqira menghasilkan mekap gaya natural.

Jom lihat senarai produk makeup yang anda boleh lakukan teknik ‘no makeup-look’ ini dengan harga mengikut kemampuan bajet;

11 Makeup untuk "No-Makeup" Look Dibawah RM50 

BB Cushion paling murah di pasaran buat kulit jadi glowing!
Pixy
Semak Pixy Make It Glow Dewy Cushion 301 Medium Beige harga dibawah:
add_circle Mengandungi ekstrak botanikal
add_circle Coverage sehingga 10 jam
add_circle Mempunyai spf
remove_circle Tidak bertahan sehingga 10 jam seperti yang diklaimkan

Berbanding dengan BB Cushion dari jenama Korea, BB Cushion PIXY lebih murah dan hasilnya setanding dengan jenama pioneer yang lain. Ia antara BB Cushion kegemaran penulis sendiri. Finishing BB Cushion ini boleh memberi kulit glowing dan mampu menutup cela wajah tanpa sapuan tebal. 

Jenama ini juga mampu bertahan lama hingga 10 jam dan mengandungi SPF 23 & PA ++ sebagai pelindungan sinaran matahari. BB Cushion PIXY antara produk yang perlu anda untuk mekap natural.

Primer base paling wajib untuk kawal penghasilan minyak berlebihan
Sendayu Tinggi
Semak Sendayu Tinggi Pore Filler + Mattifying Primer (30ml) harga dibawah:

Mekap natural dan tahan lama bila anda menggunakan base mekap yang sedikit matte dan mampu menutup pori-pori. Ia bertindak untuk mengepung minyak berlebihan dari keluar melalui pori-pori. Sekaligus kulit muka tampak licin dan mekap juga tidak cepat hilang. Primer dari Sendayu Tinggi ini merupakan primer silikon yang tidak menyumbatkan pori. 

Bahan utama dalam primer ialah Vitamin E, Cyclopentasiloxane dan juga Beeswax. Jom sekali-sekala kita sokong jenama lokal!

Hiasi pipi, cupid bow dan hujung hidung dengan highlighter tepat
Wet n Wild
Semak Wet n Wild Velvet Megaglo Highlight Powder Precious Petal harga dibawah:

Bagi mendapatkan ekstra glow dalam ‘No Makeup-Look’ ialah dengan melayangkan sedikit highlighter di sudut paling tinggi di wajah. Antaranya tulang pipi, cupid bow bibir dan hujung tulang hidung. Highlighter dari Wet n Wild salah satu produk dengan pigmentasi pantulan highlight yang boleh ‘membutakan’. 

Formula highlighter telah infused dengan micro-fine pearl pigment, maka hasil teksturnya lebih ringan, lembut dan tidak bercapuk.

Pallette eyesshadow kit 2-in-1 untuk contouring
Rimmel
Semak Rimmel Kate Sculpting Kit Palette harga dibawah:

Kit contouring dari Rimmel ini bukan sahaja untuk pembayang tulang pipi malah sebagai pembayang mata. Warna-warna coklat atau tanah ialah teknik untuk menghasilkan bayang-bayang pada wajah. Ini sebagai menonjolkan bentuk muka secara semulajadi. Ganti warna pembayang mata sama dengan warna contour bagi mencipta ilusi wajah natural.

Eyeliner berwarna coklat untuk mata nampak lembut dan ayu
Sephora Collection
Semak Sephora Collection Mini Eye Pencil To Go - 03 Deep Brown harga dibawah:

Kenapa eyeliner warna coklat bukan hitam? Warna coklat lebih lembut, klasik dan semulajadi untuk garis mata. Eyeliner dari Sephora Collection dalam bentuk mini patut anda dapatkan. Ia dijual dengan harga berpatutan pada kualiti yang tinggi. Dengan formulasi pekat, pensil mata yang tajam tapi tetap lembut supaya mudah meluncur untuk menggaris. 

Jangan risau, kombinasi maskara warna hitam dan eyeliner coklat tidak memberi kesan kontra terlalu besar. Mata anda masih kelihatan galak tapi dengan jelingan ayu.

Berus bulu kening dengan gel berwarna
Palladio
Semak Palladio Brow Obsessed Mousse with Fibers harga dibawah:

Tak perlu buat kerja dua kali dengan berus kening Palladio ini. Ia dilengkapi dengan gel fiber berwarna bagi menghasilkan bulu kening yang kemas terbentuk. Gel fiber tersebut bertindak mewarna bulu kening sebagai ilusi bulu kening lebih tebal. 

Terdapat dua warna gel untuk dipilih mengikut kesesuaian warna bulu kening anda yang asli. Sekarang trend bush eyebrow tau, jadi eyebrow fiber gel antara item yang patut ada dalam koleksi mekap anda. 

Maskara paling best dan tidak mudah comot
Silky Girl
Semak Silky Girl Lash Prism Waterproof Mascara harga dibawah:

Kalau anda tak pernah cuba maskara ini memang rugi! Ianya maskara yang memberi efek bulu mata lebih panjang, lentik dan lebat secara semulajadi. Walaupun formulasi kalis air maskara ini tetap mudah ditanggalkan dengan air sahaja. 

Produk dari Silkygirl ini merupakan antara maskara jenama drugstore paling terbaik untuk anda cuba. Mata tampak galak tanpa perlu pasang bulu mata palsu pun.

Layang blusher untuk bangkitkan seri wajah tanpa kilatan
Maybelline
Pemerah pipi yang sesuai untuk tona kulit gelap dan hitam manis
Semak Maybelline Fit Me Blush 4.5g harga dibawah:

Pemilihan warna pemerah pipi untuk menghasilkan ‘No-Makeup Look’ ialah mencari rona blusher seakan-akan warna kulit kamu. Ia bagi mencipta natural flushed cheeks dan wajah anda sekaligus kelihatan segar dan sihat. Blusher dari Maybelline koleksi Fit Me paling tepat untuk dilayang ketika menghasilkan gaya mekap natural. 

Ini kerana formulasi blusher ini adalah tanpa sebarang glitter, pigmentasi yang pekat dan mempunyai pilihan rangkaian rona. Yang paling penting, harga pun berpatutan sangat dengan bajet anda.

Lip gloss paling berbaloi anda beli
Fenty Beauty
Semak Fenty Beauty Gloss Bomb Universal Lip Luminizer harga dibawah:

Tak tipu! Inilah lip gloss paling berbaloi untuk anda beli. Ianya juga merupakan lip gloss paling tepat untuk cipta ilusi bibir bermaya, mungil dan seksi. Kombinasi teknik lip liner dan lip gloss terus dapat menjadikan bibir anda kelihatan cantik tidak pucat. 

Apa yang paling disukai tentang lip gloss Fenty Beauty ialah ia tidak melekit, wangi dengan haruman pic-vanila dan melembabkan bibir.

Ukir bibir dengan sapuan warna natural
Elianto
Semak Elianto Velvet Matte Lip Liner harga dibawah:

Variasi warna lip liner dari Elianto paling tepat sekali untuk menyerlah bentuk dan warna bibir secara semulajadi. Tujuan memakai lip liner juga bagi memastikan warna gincu yang dipakai lebih pekat dan tahan lama. Jika anda mempunyai masalah warna tona bibir tidak sekata seperti pigmen gelap wajar memakai lip liner bagi menutup cela kecil itu. 

Aplikator jenis twist-up dari Elianto tidak memerlukan untuk anda mengasahnya. Ia nipis, mata pensil yang tajam, mudah dilorek dan lembut.

Langkah terakhir untuk mekap sempurna kekal berjam
Nyx Professional Makeup
Setting spray yang tahan lama
Semak Nyx Professional Makeup Setting Spray Dewy/Matte Finish Long Lasting harga dibawah:

Semburan dari setting spray jenama NYX khas untuk mengawal mekap anda. Ianya bersifat ringan, cepat menyerap dan dapat mengimbangi minyak pada wajah. Sebaiknya anda sembur pada langkah akhir dan jam seterusnya untuk mekap lebih tahan lama. 

Terdapat dua pilihan semburan Dewy untuk kulit kering manakala matte bagi kulit berminyak atau normal. Nak nampak berseri sepanjang hari, pastikan anda kunci hasil mekap ‘No Makeup-Look’ anda.

End of Article