Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tampilkan Tulang Pipi Lebih ‘Tinggi’ Dengan 11 K-Beauty Blusher Korea Ini

Anggun, menawan dan menarik bagaikan K-Pop Star kegemaran anda

Pemerah pipi bukan boleh dipilih secara rawak dan tidak semua rona pemerah pipi sesuai dengan kulit wajah. Wanita perlu tahu fungsi pemerah pipi adalah untuk memberi ilusi pada pipi dan dalam masa yang sama membentuk kontur wajah.  

Apakah cara terbaik bagi memilih pemerah pipi (blusher) dengan betul? 

Peranan pemerah pipi mungkin minor sahaja dalam solekan tetapi kalau salah pilih warna atau tempat disapu, muka boleh berubah wajah. Bayangkan kalau orang berkulit putih menggunakan pemerah pipi yang terlalu merah, nampak janggal bukan? Tips memilih blusher yang betul mengikut rona kulit adalah;

  • Kulit putih – Pilih tona yang lebih natural seperti shimmery beige atau pink cerah
  • Kulit kuning langsat – Tampil segar dengan rona seperti coral atau apricot pink. Jangan pilih terlalu cerah, nanti tampak janggal pula
  • Kulit sawo matang – Rona shimmer lebih sesuai seperti peach, oren atau merah
  • Kulit gelap – rangkaian rona yang lebih intense atau bold, sesuai untuk kulit tona ini. Shade gold atau brown sangat sesuai untuk kulit anda

Jom kenali senarai dibawah untuk mengetahui pemerah pipi mana yang serasi dengan anda; 

11 Blusher Terbaik Dari Korea yang Boleh Dibeli di Malaysia

Cream blusher dengan kandungan pigmentasi yang tinggi
Peripera
Semak Peripera Ink Liquid Cheeks harga dibawah:

Bagi wanita yang gemarkan solekan trendy dan ranggi, cuba pemerah pipi dari jenama korea PeriPera ini. Warna yang sangat terang dan cerah, menaikkan keunikan serta keserian kulit wajah anda. Jangan segan untuk mencuba warna yang lain daripada lain, serlahkan kecerian anda dengan bermain warna-warna unik dan berpigmentasi tinggi.

Blusher sesuai untuk pemula ingin ‘berjinak’ guna makeup
Etude House
Semak Etude House Lovely Cookie Blusher harga dibawah:

Bagi kamu yang dalam proses menyesuaikan diri dengan pengunaan makeup, cuba blush on Korea dari Etude House jenis Lovely Cookie Blusher ini. Cara pengaplikasiannya mirip seperti bedak dengan menggunakan puff powder, memudahkan kamu dalam mengoleskan blush ke bahagian pipi. 

Warna yang cerah tidak akan menimbulkan efek ‘cakey’ pada wajah, malahan anda akan tampil lebih natural.

Blusher untuk kulit kering – tidak buatkan kulit iritasi atau merengsa
Nature Republic
Semak Nature Republic Botanical Cushion Blusher harga dibawah:

Buat kamu yang mempunyai masalah kulit kurang hidrasi, pilih jenis blush on yang dapat memberi kelembapan pada wajah. Nature Republic Blusher ini akan membantu dalam memberi efek lembap dan berkilau pada wajah yang kusam serta kering. Hasilnya, wajah anda akan tampak lebih sihat dan muda.

Blusher untuk kulit kuning langsat dari drugstore
Canmake
Semak Canmake Glow Strawberry Fleur Cheeks harga dibawah:

Sentuhan warna merah jambu dengan tekstur serbuk yang lembut mencipta kemasan matte di pipi anda. Pemerah pipi ini akan memberi kulit anda sentuhan warna yang segar untuk kelihatan sihat terutamanya bagi wanita berkulit kuning langsat. Pemerah pipi dari jenama Canmake ini juga sesuai untuk kegunaan harian.

Blusher liquid untuk kulit sensitif – kulit tidak bermasalah
Innisfree
Blusher Korea terbaik
Semak Innisfree Smart Drawing Blusher SPF26 harga dibawah:

Buat kamu yang mempunyai masalah kulit sensitif adalah disarankan untuk menghadkan penggunaan produk bertekstur powder atau serbuk. Oleh itu, gunakan Innisfree Smart Drawing Blusher dengan warna natural yang kemas dan cantik. Produk ini memiliki kemasan yang mirip lip gloss, bertekstur liquid lembut, sesuai dipadankan dengan warna gincu pink.

Blusher untuk kulit kombinasi, memberi efek glowing
Cezanne
Semak Cezanne Mix Colour harga dibawah:

Jika anda gemar menonton drama-drama Korea atau Jepun, pasti skrin anda akan dihiasi dengan wajah pelakon wanita mereka yang tampil dengan solekan yang sangat natural dan glowing. Pemerah pipi dari jenama Cezanne ini terdiri dalam pelbagai warna berona lembut dan terang, sesuai untuk anda yang inginkan efek glowing seperti artis K-pop dan Jepun.

Blusher untuk lindungi kulit yang bermasalah jerawat
Mamonde
Semak Mamonde Flower Pop Blusher harga dibawah:

Blusher ini sangat sesuai bagi yang memiliki kulit berminyak dan berjerawat. Ia mempunyai tekstur ringan yang memberi keselesaan kepada anda walaupun dipakai sepanjang hari. Warnanya juga cantik dan tahan lama. Blusher ini adalah yang terbaik dalam memberi kemasan yang menyeluruh buat solekan anda.

Blusher berbentuk cushion untuk kegunaan harian
The Face Shop
Semak The Face Shop Hydro Cushion Blush harga dibawah:

Buat kamu yang gemarkan blsuher berbentuk cushion, The Faceshop Hydro Cushion Blush ini adalah pilihan terbaik buatmu. Dengan tesktur yang ringan serta mudah digunakan, rangkaian warnanya dihasilkan dari tona lembut akan membantu dalam menonjolkan lagi tulang pipimu. Bersaiz kecil dan ringan, mudah untuk di bawa ke mana sahaja.

Blusher untuk kulit seputih salju agar kulit tampil sihat
Laneige
Semak Laneige Cheek Glow Blush harga dibawah:

Sentuhan warna merah jambu dengan tekstur serbuk yang lembut mencipta kemasan matte di pipi anda. Pemerah pipi ini akan memberi kulit anda sentuhan warna yang segar untuk kelihatan sihat terutamanya bagi wanita berkulit putih dan pucat. Sesuai untuk kegunaan harian, blusher dari Laneige ini sering menjadi pilihan wanita.

Blusher untuk kulit hitam manis/gelap - sesuai untuk kulit kusam
Sulwhasoo
Semak Sulwhasoo Radiance Blusher 10g harga dibawah:

Untuk anda yang berkulit gelap atau hitam manis, gunakan pemerah pipi rona seperti peach, coral dan wine untuk menaikkan tulang pipi anda. Blusher dengan kandungan berpigmen ini dapat bertahan lebih lama dan tidak perlu risau akan rona yang tidak luntur. Buat kamu yang memiliki kulit kusam juga boleh mencuba produk ini. 

End of Article