Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Foundation Sesuai Untuk Kulit Bertona Gelap Yang Akan Memberi Sentuhan Pop!

Tiba masa untuk menambah koleksi foundation!

Jika anda seseorang yang mempunyai tona kulit gelap, pasti anda mengalami kesukaran untuk mencari foundation yang sesuai. Bukan mudah untuk mencari tona foundation mengikut kulit anda kerana kebanyakan jenama kosmetik di Malaysia sering mensasarkan warna foundation yang natural dengan kebanyakan kulit wanita Asia.

Sebelum memilih foundation, haruslah kenalpasti terlebih dahulu jenis kulit yang anda miliki. Kemudian, tentukan warna dasar kulit anda samada anda terdiri dalam kategori cool, warm atau neutral. Selepas memilih tona yang diingini, apa kata cuba terlebih dahulu ke atas kulit anda samada tonanya sesuai ataupun tidak. 

Pilihlah foundation dengan satu tona lebih cerah dan rona yang sesuai adalah mempunyai asas gold pada produknya. Sekiranya anda menginginkan foundation yang memberi efek semula jadi, tidak cakey dan tidak menjadikan tona wajah anda bertambah gelap serta bercapuk, kami telah memilih pelbagai jenama kosmetik yang popular dengan rangkaian tona foundation sempurna untuk anda;

Terbaik untuk yang bertona gelap dan berminyak – kulit kekal terhidrat
Too Faced
Semak Too Faced Born This Way Foundation (30 ml) harga dibawah:

Formula foundation ini dapat membantu membaikpulih kulit dan rangkaian tonanya pelbagai sangat digemari oleh pengguna yang memiliki kulit gelap dan berminyak. Foundation bebas minyak ini dan berasaskan air kelapa serta asid Hyaluronik yang dapat mengekalkan hidrasi di dalam kulit. Kulit anda tidak akan mudah terasa melekit dengan kemasan matte foundation ini. 

Ianya juga diperkaya dengan Alpine Rose sebagai bahan pencerah supaya bintik gelap dan parut pada wajah akan dilindungi sehingga tidak kelihatan celanya.

Sesuai untuk kulit gelap dan kering – elakkan kulit dari iritasi
Semak SEPHORA COLLECTION Glow Perfection Foundation (20ml) harga dibawah:

Jika anda mencari penyelesaian kepada jenis foundation yang sesuai dengan masalah kulit kering anda, Sephora Collection ada jawapannya. Glow Perfection Foundation ini telah menjadi salah satu foundation best seller oleh Sephora. Teksturnya yang ringan dan menyekatakan tona kulit anda tanpa membuatkan ianya kelihatan ‘cakey’.

Dengan koleksi rangkaian 20 warna, foundation ini menghidrat dan melembap kulit anda selama 10 jam tanpa memberikan kesan bercapuk, tekstur kasar dan tompokan kering pada kulit anda. Diformulasi dengan serbuk daripada silikon, foundation ini juga boleh mengecilkan pori, menghilangkan garis halus dan melembut tekstur kulit supaya wajah anda sentiasa bersedia untuk disolek.

Terbaik untuk kulit gelap dan menghapus jerawat dengan berkesan
Semak Rimmel Match Perfection Foundation harga dibawah:

Banyak jenama yang menjanjikan tekstur produk mereka mesra kulit jerawat, namun tidak ada satu pun yang benar-benar memberi hasil yang sebenar. Rimmel kini tampil dengan foundation yang baru dilancarkan di pasaran tahun lepas. Ianya menjanjikan tekstur kulit lebih licin dan lembut, menutup cela, pori dan parut melalui formulasi full coverage serta dilengkapi dengan  SPF20.

Testimoni pengguna juga dapat menjamin keberkesanan produk ini dalam menghapus jerawat serta melambatkan proses pertumbuhannya. Kulit wajah anda akan kelihatan berseri dan flawless!

Walaupun berharga murah, kualitinya tak kalah pada yang mahal
Silky Girl
Terbaik untuk remaja dan acne-prone skin
Semak Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation harga dibawah:

Mungkin anda tidak menyangka bahawa Silkygirl mempunyai foundation dengan rangkaian tona untuk kulit gelap. Walaupun rangkaian warnanya tidaklah pelbagai dan masih terhad, Pemilihan satu tona lebih cerah adalah yang terbaik buat anda si berkulit gelap. Sesuailah dengan harganya yang rendah. Murah tetapi masih berkualiti tinggi.

Dengan formulanya bebas minyak, bebas pewangi dan mengandungi SPF30/PA+++, foundation ini juga sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya buat anda yang memiliki kulit berminyak dan sensitif. 

Foundation kulit gelap dan sensitif – dijamin kulit tidak mudah merengsa
Semak BECCA SKIN Love weightless Blur Foundation (35ml) harga dibawah:

Foundation ini amat sesuai jika anda mencari sesuatu yang tidak menyebabkan iritasi dan keradangan pada kulit. Ini kerana foundation ini bertekstur tipis dan ringan serta formulanya mempunyai ekstrak buah Melon dan Avocado. Ianya membekalkan lembapan sebagai bahan untuk mengelak iritasi dan kepedihan berlaku. Foundation dari jenama Becca ini juga dapat menghalang daripada pembentukan melanin dan pigmentasi pada kulit wajah.

Dengan rangkaian 24 warna, tona kulit gelap anda pasti tidak terkecuali daripada koleksi ini. Anda perlu berhati-hati semasa memilih tona agar tidak kelihatan kulit anda seperti dua tona berbeza.

Foundation kulit gelap untuk mentupi cela seperti jeragat
Fenty Beauty
Semak Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation harga dibawah:

Anda pasti sudah sedia maklum bahawa Rihanna mempunyai tona kulit gelap dan beliau sendiri telah mencari jalan supaya wanita yang memiliki pelbagai jenis tona kulit dapat menyesuaikannya dalam satu jenama kosmetik. Sekaligus ini menjadikan Fenty Pro Filt’r Foundation, sebagai foundation terlaris di dunia! 

Formulanya bebas minyak dan diolah dengan teknologi tahan peluh dan kelembapan, foundation ini amat sesuai bagi pengguna di Malaysia. Ianya juga tidak akan menyumbat liang pori walaupun memberi hasil full coverage kerana teksturnya nipis dan ringan seperti tidak memakai apa-apa diatas kulit anda.

Gunakan foundation 2-dalam-1 untuk si berkulit gelap dan kombinasi
Revlon
Semak Revlon Colorstay Makeup for Combination/Oily Skin (30ml) harga dibawah:

Anda amat bertuah jika mepunyai kulit kombinasi kerana lebih senang untuk memilih foundation. Namun pasti anda juga mengalami masalah untuk mencari foundation yang sesuai buat tona warna gelap. Revlon Colorstay sebenarnya wujud sebagai salah satu jenama yang telah lama mengeluarkan foundation bertona gelap. 

Ada sebab mengapa foundation ini dinobatkan sebagai foundation drugstore nombor 1 di USA. Formulanya yang bebas minyak amat sesuai untuk kulit yang kering mahupun berminyak. Ianya juga memberikan kesan matte dan tahan lama sehingga 24 jam.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article