Product in this article

Sesetengah wanita menganggap memakai makeup hanya sekadar krim asas, bedak asas, eyeshadow, eyeliner, lipstik dan sebagainya sahaja sudah memadai. Tetapi tahukah anda sebenarnya langkah mendapatkan hasil solekan terbaik, terlalu banyak? Pernah dengar tentang primer? Apa itu primer dan apakah kepentingannya dalam rutin solekan anda? Primer mencipta lapisan tambahan diantara kulit dan produk solekan anda.

Produk primer kebanyakannya digunakan untuk membantu solekan agar bertahan lebih lama dan melicinkan permukaan kulit. Ianya juga meratakan tekstur dan tona kulit supaya solekan asas anda kelihatan licin serta flawless. Fungsi primer juga berbeza untuk setiap jenis kulit. Jika anda memiliki kulit berminyak, gunakanlah primer yang mampu mengawal kadar penghasilan minyak berlebihan. Tips khas buat si kulit berminyak : gunakan produk solekan yang mempunyai kemasan matte. Ayuh, ikuti senarai berikut untuk mengetahui produk yang bersesuaian dengan jenis kulit berminyak anda;

1. NAVALLI Hill Oil Control UV Primer SPF50+
Primer yang memberi perlindungan sepenuhnya (full coverage)
Buy Now RM38.90

Produk primer dari jenama Navalli Hill ini berkesan untuk menghalang penghasilan minyak berlebihan pada kulit wajah anda dan meninggalkan hasil kemasan matte agar solekan tahan lebih lama. Diformulasi dengan bahan pelindung SPF yang tinggi agar kulit wajah tidak menjadi gelap jika terdedah terlalu lama dibawah sinaran UVA dan UVB.

Primer ini mampu memberikan full coverage dan sangat cepat menyerap ke dalam lapisan kulit, bertekstur ringan serta tidak melekit. Berasaskan air (water-based), ianya dapat mengekalkan kelembapan pada kulit sepanjang hari.   

2. RIMMEL LONDON Stay Matte Makeup Primer (30ml)
Primer dari drugstore – ikut kemampuan bajet dan berkualiti tinggi
Buy Now RM24.21

Ciptakan hasil solekan kemas dan matte dengan primer daripada jenama Rimmel London ini. Diformulasi dengan bahan ultra-ringan dan bebas minyak akan mengurangkan penampilan liang pori yang besar. 

Boleh digunakan dalam pelbagai cara samada anda memakainya sebagai asas solekan sebelum foundation supaya tahan sehingga 8 jam atau aplikasikan begitu sahaja untuk tampil lebih natural supaya kulit tampak lembut dan bersih. 

3. FENTY BEAUTY Pro Filt’r Amplifying Eye Primer (8ml)
Primer eyeshadow buat si pemilik kulit berminyak
Buy Now RM33.00

Jika anda jenis yang senang berpeluh di bahagian kawasan kelopak mata, primer matte dari Fenty Beauty ini sesuai untuk anda. Dengan kemasan matte, solekan anda tidak mudah luntur dan kekal lama. Gunakan sahaja primer ini untuk mendapatkan solekan mata lebih terang, tahan lama dan tidak bercapuk. 

Primer ini diformulasi dengan bahan yang tidak akan menyebabkan iritasi pada kelopak mata anda dan bertekstur ringan serta nipis, membuatkan aplikasi pembayang mata meluncur dengan lembut dan selesa. Tiada lagi masalah eyeshadow melekat pada pelipat kelopak mata. 

4. SENDAYU TINGGI Pore Filler + Mattifying Primer (30ml)
Face primer dari jenama lokal – pilihan wanita rakyat Malaysia
Buy Now RM38.00

Jenama Sendayu Tinggi sudah lama bertapak di dalam industri kecantikan di Malaysia dan mempunyai pelbagai rangkaian produk solekan yang berkualiti tinggi termasuklah primer kulit ini. Primer ini memberi hasil kemasan matte untuk solekan bebas minyak, lembut dan sempurna sepanjang hari. 

Dengan bertekstur gel, ianya amat sesuai unuk kulit berminyak agar dapat menyamar liang pori besar pada wajah. Formulanya yang berasaskan beeswax ini juga mampu menyembunyikan garis halus dan kedutan serta melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas perosak kulit.

5. REVLON Photoready Perfecting Primer
Terbaik untuk mengatasi kulit berminyak dan cenderung jerawat
Buy Now RM55.92

Jika anda mempunyai kulit bercela dan rawan jerawat, pasti sering khuatir tentang produk yang digunakan kerana bimbang  jika kulit akan menjadi semakin teruk. Primer ini berfungsi menghasilkan kemasan matte dan solekan menjadi tahan lebih lama tanpa perlu mengaplikasikannya selalu. Ianya akan menutup liang pori yang terbuka pada kulit wajah anda sambil menyamar cela. 

Dengan mengandungi bahan pencerah, kulit wajah anda akan tampil berseri dan bebas kilat. Sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak dan jerawat, kini anda boleh tampil penuh keyakinan semasa bersantai bersama keluarga atau sahabat-handai.  

6. THE ORDINARY High- Adherence Silicone Primer (30ml)
Untuk kulit berminyak dan sensitif dengan bertekstur ringan
Buy Now RM30.00

Jika anda mengalami kerengsangan kulit akibat masalah sensitif, anda harus mengenakan produk bebas alkohol dan pewangi. The Ordinary menggunakan formula Advanced Adaptive Silicones yang bertindak sebagai kemasan matte dan dalam pada masa yang sama, ianya memberi kesan penghidratan buat kulit agar tampak segar dan bermaya. 

Produk ini sesuai digunakan sebagai pelembap bebas minyak untuk menghilangkan penampilan pori dan cela sambil melembut dan melicinkan permukaan kulit. 

7. NYX PROFESSIONAL Makeup Shine Killer (20ml)
Sesuai buat si kulit berminyak –untuk solekan tebal yang tahan lama
Buy Now RM54.83

Produk ini menyediakan kulit untuk aplikasi foundation dengan lebih lancar dan halus. Bertekstur gel ringan dan tanpa warna dapat mencipta lapisan yang tidak kelihatan serta bertindak sebagai penghalang kepada elemen luar supaya kulit terhalang dari radikal bebas. Membantu solekan tebal agar kekal segar dan tahan lama sepanjang hari. 

Bukan itu sahaja, produk ini juga mengekalkan kelembapan kulit tanpa menyebabkan kesan berminyak dengan kandungan ekstrak Vitamin E supaya wajah kekal licin, halus dan segar berpanjangan. Tiada lagi masalah kulit iritasi!  

8. SMASHBOX Photo Finish Primer Pore-Minimizing (30ml)
Terbaik buat kulit berminyak untuk menyamar liang pori besar
Buy Now RM25.00

Primer bebas minyak ini dapat mengurangkan penampilan liang pori dan garis halus serta mengawal pembentukan minyak sehingga 8 jam. Primer yang berasaskan silikon ini bertindak untuk menutup liang pori dan kedutan halus sambil melembutkan tekstur kulit anda. 

Usah risau! Produk primer dari jenama ini tidak mengeringkan dan masih mengekalkan kelembapan kulit untuk solekan tampil lebih segar dan lembut. Saiznya mini, sesuai dibawa semasa travelling.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Mekap

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!