Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Mask Berkesan Untuk Menghapus Bintik Hitam Pada Kulit Wajah

Tiada lagi kesan kulit kusam dan tidak bermaya

Apakah punca terjadinya masalah blackhead / bintik hitam? 7 penyebab utamanya adalah terdedah kepada sianran UV, penggunaan alat kosmetik yang tidak kena dengan kulit, faktor genetik, kurang pengambilan suplemen/vitamin, bekas jerawat, pencemaran udara dan pengaruh hormon. Namun, usaha untuk menghapuskan masalah kulit perlu ada demi memperbaiki penampilan dan kebersihan kulit. Usah risau! Kini, terdapat banyak produk penjagaan kulit untuk menghapuskan blackhead / bintik hitam dipasaran.

Blackheads adalah sejenis jerawat yang dipanggil komedo dan dikumpulkan bersama dengan whiteheads. Komedo adalah liang pori yang tersumbat akibat kekotoran. Lambakan produk di pasaran terkini dapat menyingkirkan blackhead serta boleh membantu anda menghilangkan jerawat dengan sempurna. Ikuti list topeng muka (face mask) terbaik untuk mengurang serta menghapuskan blackhead / bintik hitam.

Mask berkesan, berfungsi sebagai agen penghapus blackhead dan whitehead
mulai
RM58.65
Semak BY EGGS Tiramisu Deep Cleansing Clay Mask harga dibawah:

Topeng muka dari jenama ini mampu membersihkan whitehead serta blackhead sekaligus, menjadikan kulit lebih licin dan segar. Nikmatilah aromanya yang kaya dengan bau kopi semasa anda membersihkan liang pori anda secara mendalam. 

Tanah liat Kaolin dan Bentonit berfungsi untuk menghilangkan kotoran yang melekat pada kulit. Manakala ekstrak daripada kulit biji Walnut semulajadi bertindak sebagai agen pengelupasan kulit mati dan menjadikannya lembut serta licin. Serbuk kopi yang terkandung dalam face mask ini pula bersifat anti-oksidan yang memberikan kesan pembersihan lebih sempurna. 

Peel off mask berkesan untuk hilangkan blackhead
Innisfree
mulai
RM48.00
Semak Innisfree Super Volcanic Peel Off Mask 2X (100ml) harga dibawah:

Face mask yang diperbuat daripada tanah liat ini boleh ditanggalkan dari kulit wajah tanpa perlu mencuci muka kembali. Ia bertindak menghapus sel-sel kulit mati, blackhead dan menghilangkan kekotoran liang dengan penyerapan dua kali yang lebih berkuasa dari Sphere Cluster Volcanic Jeju.

Ianya juga membantu melancarkan tekstur kulit agar berada dalam keadaan normal semasa anda hendak bersolek. Diperkaya dengan bahan semulajadi luar biasa yang terbentuk apabila lava dari letusan gunung berapi di Kepulauan Jeju. Sangat baik untuk menyerap sebum dan kesan kotoran sehingga kulit kelihatan berseri.

Untuk kulit sensitif dan blackhead, sesuai juga buat lelaki
The Body Shop
mulai
RM73.00
Semak The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Clay Mask (100ml) harga dibawah:
add_circle Kulit wajah terasa dingin selepas memakainya
add_circle Bersih kotoran sambil serapkan serum berlebihan
add_circle Cegah jerawat & pudarkan bintik hitam
remove_circle Kesan hasil yang makan masa

Diperbuat dari tanah liat yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan mengalami masalah blackhead. Ianya mampu untuk menyejukkan dan membersih kulit anda dari kotoran serta diperkaya dengan kandungan Tea Tree. 

Produk ini tidak membuatkan kulit wajah menjadi kering atau merengsa selepas anda memakainya. Ianya membantu mencuci kekotoran jauh kedalam liang pori, menyerap sebum yang berlebihan, menjadikan kulit berasa lebih licin dan kelihatan lebih bersih tanpa blackhead / bintik hitam.

Mask untuk blackhead dengan harga mampu milik dan berkualiti
mulai
RM14.90
Semak EUNYUL Pore Tightening Black Mask (50ml) harga dibawah:

Face mask daripada jenama ini berkesan untuk menghapuskan blackhead dalam hanya beberapa hari sahaja jika anda memakainya secara konsisten. Ianya jenis ‘peel-off mask’ dan diperbuat daripada bahan semulajadi seperti charcoal (arang). Dengan mengandungi ekstrak Bambusa Vulgaris Leaf dan Tea Tree yang dapat membersihkan liang pori tersumbat serta melegakan kulit wajah tegang. 

Bertindak sebagai agen penghapus sel kulit mati, ianya dapat mengembalikan kulit wajah anda menjadi lebih bermaya dan berseri. Tiada lagi kesan kulit kusam! 

Terbaik untuk kulit berminyak, menghalang penghasilan minyak berlebihan
Secret Nature
mulai
RM40.60
Semak Secret Nature Volcanic Ash Pore Pack harga dibawah:

Secret Nature Volcanic Ash Pore Pack adalah topeng muka bertekstur clay yang berfungsi membersih liang pori dan menyerap lebihan sebum pada wajah. Ianya baik untuk mengeluarkan blackhead atau whitehead serta sel-sel kulit mati dan sebum berlebihan pada wajah. 

Penggunaan yang kerap mampu meminimum liang pori terbuka serta mencerahkan kulit. Bebas dari paraben, pewangi dan pewarna tiruan. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam topeng ini adalah kompleks Jeju Organik: Brokoli, Aloevera, Teh Hijau, Lily, Centella Asiatica, Cypress, Carrot, dan Portulaca Oleracea

Sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit berjerawat – menutup kesan parut
mulai
RM77.67
Semak YADAH Bubble Pore Clay Mask harga dibawah:

Mask ini bertekstur tanah liat padat dan sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit jerawat. Ia a sangat licin dan lembut apabila disapu pada kulit wajah. Apabila mask pada wajah kering, buih akan terbentuk dan pembersihan yang mendalam berlaku pada masa ini. 

Zarah mikro tanah liat putih yang terdapat dalam face mask ini dipanggil Kaolin. Ianya mampu untuk menyerap sebum berlebihan dan membersih secara mendalam untuk memjadikan kulit lebih licin. Di dalam mask ini terdapat gelembung mikro yang mengandungi kolagen, ia memberi kelembapan dan pemakanan kepada kulit.

Baik untuk kulit wajah yang kekeringan – tidak menyebabkan kerengsaan atau iritasi
mulai
RM21.50
Semak FREEMAN Rejuvenating Cucumber + Pink Salt Clay Mask 175ml harga dibawah:

Face mask atau topeng muka yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang kering dan blackhead. Mask ini boleh dijadikan sebagai detox spa di rumah. Timun dan Pink Salt Himalaya yang terkandung dalam face mask ini bertindak mengelupas sel kulit mati, detoksifikasi dan melicinkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kering. 

Semasa memakainya, elakkan dari terkena mata. Biarkan selama 7-10 minit atau sehingga kering. Tambah air hangat dan urut perlahan-lahan untuk mengelupas, kemudian bilas. Gunakan 2 kali seminggu untuk kulit yang bebas blackhead tanpa mengeringkan kulit.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article