Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Jika Kulit Anda Mudah Iritasi, Gunakan 10 Toner Terbaik Untuk Kulit Sensitif Ini

Miliki kulit berseri dengan produk yang tepat

Buat kulit yang sering terdedah kepada rasa iritasi, pedih, kemerahan ataupun tegang, anda pasti mengelak daripada menggunakan toner. Tetapi itu mungkin kerana anda tidak pernah mencuba toner yang sesuai untuk jenis kulit yang bermasalah seperti sensitif. Walaupun ramai di antara kita percaya bahawa langkah selepas pembersihan ini dikhaskan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Ini adalah tidak benar sama sekali. Bukan sahaja formula toner untuk kulit sensitif ini membantu produk yang lain menyerap lebih baik, malah ianya juga mengandungi bahan semulajadi seperti air mawar, Aloe Vera, Chamomile dan minyak Jojoba.

Bagi yang mempunyai kulit sensitif, elak menggunakan toner yang mengandungi alkohol dan wangian tiruan kerana ianya akan membuatkan kulit anda berasa ketat dan kemerahan. Jadi sebelum anda menolak langkah penting ini, mari kita lihat senarai toner mesra kulit sensitif yang terbaik.

Toner drugstore yang mudah didapati dan tidak membebankan poket anda
mulai
RM18.55
Semak GARDEN OF EDEN Soothing Toner (100ml) harga dibawah:

Produk jenama organik yang berasaskan tumbuhan dan bebas alkohol ini sangat ideal untuk semua jenis kulit terutamanya untuk yang memiliki jenis kulit kering dan sensitif. Dengan kebaikan ekstrak Witch Hazel, agen astringen semulajadi, toner ini berkesan mengurangkan liang pori terbuka sambil meninggalkan kulit berasa segar dengan efek menyejukkan. 

Toner ini juga mengandungi ekstrak Aloe Vera dan Ginkgo Biloba dimana apabila digabungkan, memberi kesan menenangkan kepada kulit yang mudah iritasi dan merengsa. 

Terbaik untuk kulit sensitif dan berminyak – kekalkan kelembapan kulit
The Body Shop
Toner yang tidak mengandungi alkohol
mulai
RM61.79
Semak THE BODY SHOP Aloe Calming Toner (250ml) harga dibawah:

Jika anda mempunyai kulit berminyak tetapi sering kemerahan dan pedih, cuba tukarkan toner anda kepada produk daripada The Body Shop ini. Toner berasaskan bahan organik ini bukan sahaja berfungsi untuk menanggalkan lebihan minyak daripada kulit. 

Ianya menyediakan kulit anda untuk menyerap lembapan dengan lebih baik agar kesemua bahan kandungan di dalamnya mampu bertindak jauh ke lapisan kulit paling dalam dan tidak hanya di permukaan. 

Untuk kulit sensitif dan kering - katakan selamat tinggal pada kulit kemarau
Laneige
mulai
RM108.00
Semak Laneige Fresh Calming Balancing Toner (250ml) harga dibawah:

Kulit kering dan sensitif amatlah menyeksakan jika anda tidak merawatnya dengan pantas. Ditambah dengan sisik kering yang menggatalkan muka seperti kesan Eczema atau Psoraisis. Anda harus mencuba toner daripada Laneige ini. Lihat sajalah botol merah jambunya yang comel ini! Dirumus dngan ekstrak buah laici, toner ini membantu melegakan kerengsaan dan dalam masa yang sama menghidratkan kulit.

Diperkaya dengan air laut yang dipenuhi dengan nutrien dan mineral untuk memastikan kulit kekal terhidrat, sementara meningkatkan kesihatan kompleksi kulit dengan membaiki ‘protective barrier’ kulit dari dalam.

Toner sesuai untuk kulit sensitif dan kombinasi
mulai
RM90.00
Semak MARIO BADESCU Witch Hazel & Rose Water Toner (236ml) harga dibawah:

Jika anda mempunyai dua jenis kulit yang berbeza seperti kering di bahagian pipi dan berminyak di bahagian T-zone, produk ini amat sesuai untuk anda. Air mawar dan Witch Hazel amat terkenal dengan khasiatnya yang menenangkan dan menyegarkan sambil melembap kulit yang kering. Mengandungi astringen semulajadi, ianya akan memastikan kekotoran pada permukaan kulit dikeluarkan secara menyeluruh tanpa mengeringkan kulit. 

Aloe Vera di dalamnya akan mengekalkan lembapan dengan penghidratan yang menenangkan. Kulit anda akan terasa bersih serta mendedahkan kulit yang segar dan kelihatan lebih muda. 

Penyelamat kulit sensitif anda yang cenderung jerawat
mulai
RM105.00
Semak CAUDALIE Vinopure Clear Skin Purifying Toner (200ml) harga dibawah:

Penghapus pori-pori besar yang dikuasakan oleh asid Salicylic semulajadi untuk mengawal minyak dan mencegah jerawat. Pasti anda tertanya bagaimana ia lakukan semua itu? Purifying toner ini bertindak sebagai vakum untuk pori-pori bagi memastikan kulit anda bersih tanpa mengeringkannya. Mengandungi kuasa tindakan semulajadi dengan menembusi liang-liang pori dan menghapus sel-sel kulit mati serta melicinkan tekstur keseeluruhan kulit anda. 

Air anggur dan air mawar menenangkan kerengsaan dan iritasi kulit serta meningkatkan seri wajah anda dari dalam. Produk bebas alkohol ini juga menghalang bintik hitam dan bakteria bahaya yang sering menyebabkan jerawat hormonal.

Toner bebas alkohol terbaik yang murah
mulai
RM15.95
Semak SIMPLE Soothing Toner harga dibawah:
add_circle Kandungan bahan yang natural
add_circle Menenangkan kulit sensitif
add_circle Wajah lebih cerah

Toner daripada Simple ini bukan sahaja amat terkenal dengan kandungan bahannya yang natural serta mesra kulit, malah ianya juga dipasarkan dengan harga berpatutan dan membuatkan jenama nombor 1 daripada UK ini digemari ramai. Diperkaya dengan Vitamin B5 dan ekstrak Chamomile, produk ini menjanjikan kesegaran dan menenangkan kulit yang kemerahan serta iritasi. 

Toner ini juga mampu menghidratkan kulit sensitif yang kering dengan melembutkan permukaannya. Dengan bauan segar yang natural, kandungan ekstrak Chamomile dapat menghalang penghasilan minyak berlebihan pada kulit wajah sekaligus memberikan wajah efek berseri dan cerah.

Toner untuk kulit sensitif yang juga dapat mengecilkan pori
mulai
RM49.00
Semak THAYERS Unscented & Aloe Vera Toner (355ml) harga dibawah:

Diperkaya dengan ekstrak Witch Hazel dan gabungan bahan-bahan yang diuji secara klinikal, produk bebas alkohol ini adalah rawatan semulajadi yang sangat menyegarkan dan menenangkan kulit anda. Elixir semulajadi ini juga telah menjadi kegemaran ramai ‘beauty guru’ daripada Youtube yang sering menggunakan produk ini. 

Sesuai untuk kulit sensitif, produk ini bebas alkohol dan pewangi serta tiada wangian tiruan. Ekstrak Aloe Vera di dalamnya akan membantu menyejukkan dan menenangkan kulit anda sekaligus mengecilkan liang pori yang terbuka.

Hidratkan kulitmu dengan hydrating toner dari ekstrak air mawar ini
FRESH Rose Deep Hydration Facial Toner (250ml)
mulai
RM139.60
Semak FRESH Rose Deep Hydration Facial Toner (250ml) harga dibawah:
add_circle Mengecilkan liang pori
add_circle Menggunakan ekstrak bunga mawar
add_circle Memberikan kesegaran pada kulit
add_circle Menjadikan kulit lebih berseri
remove_circle Harga yang agak mahal

Antara sebab mengapa produk ini amat popular dikalangan pengguna toner ialah kerana produk unik daripada Fresh ini mempunyai kelopak bunga mawar yang sebenar terkandung di dalamnya! Kelopak mawar ini menjanjikan kelembutan dan menghalusi tekstur pada kulit demi mendapatkan hasil kompleksi yang lebih segar dan awet muda. 

Bukan itu sahaja, produk ini juga membantu membersihkan kulit dari dalam dengan membuang segala kotoran pada permukaan kulit selepas cucian sambil meninggalkan kesan kesegaran dan menyediakan kulit untuk rutin seterusnya.

Exfoliating toner yang sesuai untuk kulit sensitif
COSRX
mulai
RM40.00
Semak COSRX AHA/BHA Clarifying Treatment Toner (150ml) harga dibawah:
add_circle Mencerahkan parut jerawat
add_circle bertindak sebagai chemical exfoliant
add_circle sesuai untuk jerawat pasir
remove_circle Mengeringkan kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Berbau kuat

Jika anda mengalami kulit sensitif pasti anda berasa takut untuk menggunakan produk penglupasan ataupun berasid kerana bimbang tentang efek kesan sampingan yang boleh menyebabkan kulit anda terbakar dan mengelupas dengan lebih teruk. Kini, anda tidak perlu risau lagi. Produk daripada Cosrx ini yang diperbuat daripada air mineral untuk menghindari daripada bahan yang akan merengsakan kulit. 

Dengan menggunakan teknik pengelupasan sel kulit mati, ianya bertindak untuk mendedahkan lapisan kulit sihat dan cerah berseri, bebas bintik hitam, parut serta cela. TIdak akan memedihkan kulit muka malah ianya menyegarkan dengan efek kelembapan. 

Toner kulit sensitif nombor satu di Korea
Toner terbaik untuk kulit kering dan sensitif
mulai
RM75.00
Semak Klairs Supple Preparation Toner 180ml harga dibawah:

Kesemua produk dari Klairs amat sesuai untuk kulit sensitif dan toner tanpa alkohol yang lembut ini tidak terkecuali. Ia dirumuskan untuk mengimbangi kadar pH kulit anda tanpa membuatkannya terasa kering atau iritasi. 

Produk ini juga diperkaya dengan bahan menenangkan seperti Centella Asiatica dan ekstrak Aloe Vera yang akan meninggalkan kulit anda berasa selesa dan kekal terhidrasi.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article