Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Mata Tampil Lebih Besar Dan Bersinar Dengan 10 Bulu Mata Palsu Ini

Bulu mata pendek bukan lagi masalah besar untuk para wanita.

Memiliki bulu mata yang panjang, lentik dan lebat semestinya impian setiap wanita untuk tampil lebih cantik dengan solekan yang dikenaka.

Tapi sebelum beli dan pakai, haruslah menitik beratkan material bulu mata palsu tersebut. Terdapat 3 jenis material berbeza untuk setiap bulu mata iaitu mink, sintentik dan silk.


Isi Kandungan

  • Berapa lama bulu mata boleh tahan?
  • Senarai 10 Bulu Mata Palsu

Berapa lama bulu mata boleh tahan?

Bulu mata palsu boleh bertahan selama 6 ke 8 minggu bergantung pada material yang digunakan. Jom ikuti beberapa jenis bulu mata palsu;


Senarai 10 Bulu Mata Palsu 


Semak Ardell Multipack Demi Wispies Fake Eyelashes harga dibawah:

Memakai bulu mata palsu menjadikan penampilan mata lebih menonjol. Bulu mata palsu dari Ardell mampu memberi kesan bulu mata menjadi lebat dan berlapis-lapis untuk menyerlahkan lagi alur mata.

Materialnya jenis ringan dan membuatkan anda seolah-olah tidak memakai bulu mata palsu. Malah, bulu mata ini sangat lembut dan mudah melentik apabila memakainya. 

Hanya calitkan sedikit maskara ke atas bulu mata palsu itu dan terus akan kelihatan lebih semulajadi.

Bulu mata palsu sesuai untuk pengantin
Semak LAVIE LASH Demi Goddess Collection harga dibawah:

Bulu mata dari Lavie Lash ini sering digunakan untuk solekan para pengantin, model ataupun wanita yang ingin kelihatan penampilan elegan. Lagipun bulu mata ini selesa dipakai sepanjang hari.

Jangan risau,  bulu mata ni diperbuat daripada 100% bulu mata premium semulajadi serta direka sesuai untuk semua bentuk dan saiz mata.

Paling penting, bulu mata jenama ini mampu membuat penampilan nampak lebih berani, berkeyakina dan menyerlah.

Bulu mata sesuai untuk mata sepet
Semak HUDA BEAUTY Classic Lash harga dibawah:

Bulu mata palsu ini direka khas untuk mereka yang mempunyai mata sepet kerana mampu membuatkan mata anda kelihatan besar sekaligus menjadikan penampilan tampak elegan dan classy.

Jangan risau, bulu mata ini mudah untuk dipakai dan selesa sepanjang penggunaan.

Bulu mata palsu ringan dan lembut
Semak ELISE Eyelashes harga dibawah:

Material bulu mata palsu dari Elise ini dihasilkan dari rambut manusia yang siterilkan sekaligus menjadikan bulu mata ini ringan dan lembut jika memakainya.

Selain itu, effect bulu mata ini dapat berikan rupa ‘doll look’ pada si pemakai dan paling penting bulu mata palsu ini sesuai digunakan secara harian kerana tidak menyakitkan alis mata walaupun pakai dalam tempoh yang lama. 

Bulu mata palsu untuk semua jenis bentuk mata
Semak KOJI DOLLY Wink Eyelash harga dibawah:

Bulu mata Dolly Wink direka pelbagai bentuk untuk kesesuaian bentuk mata semua orang. Cuma jangan keliru kerana terdapat kod untuk setiap jenis bentuk bulu mata.

Jadi, tiada masalah jika anda bermata sepet, kecil atau besar kerana Dolly Wink mempunyai 12 jenis gaya bulu mata untuk pilihan anda.

Bulu mata palsu untuk efek natural
Semak Miss Mimz Selene Elemental Collection harga dibawah:

Bagi mereka yang gemarkan non-makeup makeup, bulu mata ini khas untuk anda. Bukan saja ringan dan selesa, bulu mata ini juga memberi efek natural yang membuatkan bulu mata anda kelihatan seolah-olah tebal dan panjang secara semulajadi.

Bulu mata palsu serderhana lebat
Semak TARTE Tarteist™ PRO Cruelty-Free Lashes harga dibawah:

Bulu mata ini jenis melentik dengan warna ultra hitam untuk menampakkan rupa yang manis dan berani. Ianya sangat ringan dan memiliki band jenis fleksibel yang selesa agar tidak memberatkan mata semasa memakainya. Bulu mata palsu ini sempurna untuk kegunaan setiap hari dan tidak tampak seperti anda memakainya dengan bentuk yang lebih natural.

Bulu mata palsu yang simple
Semak MAKE UP FOR EVER Lash Show False Lashes harga dibawah:

Bulu mata palsu ini diperbuat daripada sintetik untuk memberikan keselesaan optimum buat mata anda. Ianya bulu mata palsu yang fleksibel dan sangat tipis bagi menampilkan rupa lebih semulajadi. Sesuai untuk anda yang memiliki bulu mata jenis pendek dan ingin mata kelihatan besar dengan materialnya yang ringan.

Bulu mata palsu yang murah
Semak 100% Handmade Human Hair Eyelashes harga dibawah:

Bulu mata palsu magnetik ini selamat dan bersih untuk dipakai. Bulu mata palsu jenis 3D ini direka dengan rupa bentuk yang panjang pada bahagian luar dan pendek di bahagian dalam.

Paling penting, tidak memerlukan gam untuk menampal dan dapat menjimatkan masa bersolek. Jadi sangat sesuai bagi yang berkerjaya untuk bersolek pada setiap hari.

Hanya Letakkan sahaja bulu mata palsu ini dan calitkan sedikit maskara. Siap untuk ke tempat kerja!

Bulu mata palsu dengan pelbagai pilihan ketebalan
Semak LAVIE LASH Best Seller False Eyelashes Pack harga dibawah:

Bulu mata buatan tangan lebat dengan warna hitam pekat ini, direka untuk memberikan rupa yang seksi, dapat memberikan kesan mata tampak menonjol. Bukan sahaja itu, malah ia juga bulu mata yang tidak terlalu berat dan kuat. Sesuai untuk anda yang memiliki mata besar dan dipakai semasa menghadiri majlis-majlis tertentu.

End of Article