Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 CC Cream Sesuai Untuk Kulit Berminyak Agar Solekan Tidak Tampil Bercapuk

Solekan tampak flawless dan natural!

CC cream mungkin akan menjadi rakan terbaik wajah anda jika anda tahu dengan tepat bagaimana untuk menggunakan kuasa hebatnya. CC cream menjadi popular pada tahun 2010 apabila trend ‘no makeup, makeup look’ melanda dunia kecantikan ketika itu. ‘CC’ di dalam CC cream bermaksud ‘Color Correcting’ dan akan membaiki tona warna wajah dengan serta merta. Walaupun kebanyakan tekstur CC cream sangat nipis, menghidrasi serta ringan, formulanya akan menyamar cela, bintik hitam dan kemerahan tanpa membuatkan solekan kelihatan ‘cakey’. Sesuai untuk digunakan setiap hari dan untuk anda yang tidak menggemari solekan tebal.

Tetapi pilihan CC Cream juga haruslah bersesuaian dengan jenis kulit. Jika memiliki jenis kulit berminyak, pilihlah produk yang mempunyai kemasan matte agar tidak tampak bercapuk. Juga produk mempunyai kandungan yang dapat membantu untuk menghalang penghasilan minyak dan sebum berlebihan pada kulit wajah. Buntu memilih produk bersesuaian, nah ikut senarai berikut untuk maklumat lebih lanjut;

Untuk yang mengalami kulit kemerahan akibat kesan jerawat
mulai
RM174.00
Semak ERBORIAN CC Red Correct (45ml) harga dibawah:

Produk ini berfungsi untuk membaiki dan menyamar kesan kemerahan seperti parut, kesan jerawat dan bintik merah pada wajah. Ianya juga sesuai untuk digunakan sebagai corrector sebelum anda mengaplikasikan foundation. Formulanya yang ringan dan bebas minyak sesuai untuk pengguna kulit berminyak dan berjerawat yang inginkan kemasan nipis dan natural.

Tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi iritasi atau kekeringan selepas memakainya. 

Untuk yang baru mula belajar bersolek, CC Cream ini untuk anda
CC Cream yang non-comedogenic - terbaik untuk kulit berminyak
mulai
RM31.40
Semak Olay Total Effects CC Cream (Light) 50g harga dibawah:

CC cream daripada Olay ini sesuai digunakan oleh anda iaitu produk mampu untuk dimiliki tetapi hasil kemasannya sama seperti produk mahal yang lain serta sesuai juga untuk yang baru belajar untuk bersolek. Formulanya yang memberikan kesan kulit tampil lembut dan menghasil efek ‘blur’ pada kawasan liang pori yang terbuka luas sesuai untuk pengguna berkulit berminyak agar solekan anda tidak tampak bercapuk. 

Naikkan seri wajah kulit berminyak – tiada lagi masalah kekusaman
CC Cream yang bagus untuk kulit kering
mulai
RM42.41
Semak NUTOX CC Cream Natural Beige 30ml harga dibawah:

Dirumus khas daripada ekstrak sarang burung, produk ini memiliki teknologi kawalan warna pintar yang akan memberikan kesan tona sekata, menghilangkan kusam dengan mencerahkan kulit. Produk ini juga dapat memberi 8 kesan yang boleh dilihat dengan serta merta seperti melembap, mencerah, mengembalikan regenerasi kulit, menegangkan, mengurangkan saiz liang pori, menenang kesan iritasi agar kekal terhidrat selama 24 jam. 

Diperkaya dengan khasiat ekstrak botani semula jadi, ringan, tidak berminyak dan bebas alkohol, produk ini adalah antara yang harus anda miliki!

Terbaik untuk kulit berminyak dan sensitif – menghalang iritasi kulit
CC Cream memutihkan kulit dan full coverage
mulai
RM35.00
Semak B.liv CC Pores Away 30ml harga dibawah:

Bagi pengguna yang mempunyai kulit muka yang berminyak dan sensitif, anda harus menggunakan produk bebas paraben, pewangi dan alkohol. Usah risau akan kandungan produk ini kerana ianya bertekstur gel dan formula yang ringan sangat sesuai untuk kulit berminyak anda. 

Dipenuhi dengan manik-manik padanan tona warna kulit didalamnya, CC Cream ini mampu untuk memperbaiki, dan menyamar tona kompleksi agar kulit tampak licin bak porselin. Tidak lagi segan untuk bersantai di luar bersama sahabat-handai. 

CC Cream berformula ringan, sesuai untuk kulit berminyak
Selamat tinggal kulit bertompok, tidak sekata dan berjerawat!
mulai
RM39.00
Semak Bourjois 123 Perfect CC Cream 3 Pigments harga dibawah:

Anda yang mengalami masalah berkulit berminyak, pasti amat cerewet tentang pemilihan produk supaya ianya tidak berat, tebal dan melekit kerana ianya akan membuatkan kulit anda terasa lebih berminyak. Produk daripada Bourjois ini merupakan salah satu CC cream yang terkenal dengan formulanya yang ringan dan nipis. 

Dilengkapi dengan 3 jenis warna corrector didalamnya, produk ini akan memberikan kemasan flawless dengan efek kecantikan semulajadi terasa seperti anda tidak memakai apa-apa krim asas di wajah.

Tampil bagaikan selebriti dengan produk khas dari Korea ini
Formulasi 8 dalam 1 – sesuai untuk anda, si berkulit kombinasi
mulai
RM50.00
Semak Etude House Correct & Care CC Cream harga dibawah:

Jika anda peminat dengan produk solekan daripada Korea dan mempunyai masalah kulit muka berminyak, cubalah produk popular daripada Etude House ini. Produk ini bukan sahaja menjanjikan pembetulan warna pada kulit wajah dengan lebih sempurna malahan ianya juga mampu merawat masalah kulit wajah. 

Teksturnya yang ringan dan nipis bak sutera amat sesuai untuk solekan yang tampil lebih natural. Produk ini akan membuatkan kulit wajah anda lembut dan berseri sambil memberikan hidrasi yang cukup untuk wajah. 

CC Cream yang mengandungi bahan pelindung cahaya matahari (SPF)
mulai
RM153.00
Semak SUPERGOOP! Daily Correct CC Cream SPF35 (47ml) harga dibawah:

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama Supergoop! popular dengan produknya yang berasaskan formula pelindungan cahaya matahari. Produk ini amat nipis dan ringan serta dengan SPF35, sesuai untuk si kulit berminyak agar dapat menghalang penghasilan minyak dan sebum secara berlebihan pada kulit wajah. 

Hanya dengan menggunakan produk ini sahaja, ianya mampu bertindak sebagai pelembap, CC cream dan pelindung matahari, anda sedia untuk menguasai rutin harian dengan mudah.

CC cream popular dengan hasil kemasan matte
mulai
RM168.00
Semak IT COSMETICS Oil-Free Matte With SPF40 (32ml) harga dibawah:

Jika anda peminat CC cream, anda pasti tahu bahawa produk ini terkenal di kalangan ‘beauty guru’ media social seperti Youtube kerana krim ini dapat menyamar segala masalah tona pada wajah. Produk ini mempunyai fungsi seperti foundation yang mempunyai liputan penuh tetapi masih mengekalkan kesan natural pada wajah. 

Ia juga membantu menghidrat dan mencerah, sekata tona kulit dan menyembunyikan bintik gelap tanda penuaan serta meminimumkan saiz liang pori yang disebabkan oleh lebihan minyak pada kulit. Dengan kemasan matte yang licin dan lembut, kulit anda kekal segar sepanjang hari.

Artikel Berkaitan

End of Article