Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Pencuci Muka Sesuai Untuk Mereka yang Miliki Kulit Kombinasi

Usah pening kepala lagi! Hanya 1 produk sesuai untuk 2 jenis kulit

Pernahkah anda alami kulit wajah yang kering di beberapa kawasan dan berminyak di kawasan lain terutamanya Zon-T? Jika ya, anda mempunyai jenis kulit kombinasi! Cara untuk mengimbangi dua jenis kulit berbeza boleh kelihatan seperti mustahil, tetapi tiada yang tidak dapat dilakukan kerana dengan maklumat dan produk yang betul keseimbangan kulit boleh dicapai. Biasanya, untuk kulit kombinasi ada kawasan berminyak dan kering pada bahagian muka yang berlainan. Bahagian Zon-T seperti dahi, hidung, dan dagu menjadi sedikit berminyak manakala bahagian pipi selalunya mengalami masalah kulit kering.

Penyelesaiannya adalah gunakan produk yang mengandungi bahan-bahan yang mengurangkan penghasilan minyak dan sebum atau dengan kemasan matte kerana ianya mampu untuk bertindak balas dengan baik di kawasan berminyak dan kering sekaligus. Oleh itu, pemilihan produk yang betul untuk memelihara kulit kombinasi adalah amat penting. Dibawah ini adalah senarai produk yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi;

Sesuai untuk anda yang memiliki kulit kombinasi cenderung jerawat
DR. MORITA
mulai
RM12.90
Semak DR. MORITA Anti-Acne Face Wash harga dibawah:

Dr. Morita Anti-Acne Face Wash adalah pencuci muka berubat yang bersifat anti cela. Ianya  menggunakan ramuan herba yang dapat membantu untuk memberi keselesaan pada kulit, mencegah jerawat, anti-cela serta mengelakkan kulit menjadi kemerahan akibat merengsa atau iritasi. 

Dengan mengandungi bahan ekstrak dari teh herba yang berfungsi untuk mencegah anti-bakteria, menghilangkan minyak yang berlebihan pada kulit wajah, menghapus kotoran dengan mendalam juga berkesan untuk memulih dan memberi keselesaan pada kulit. 

Baik untuk kulit kombinasi dan sensitif – membaikpulih kulit bermasalah
mulai
RM55.00
Semak EUCERIN Pro ACNE Solution Cleansing Gel (400ml) harga dibawah:

Pencuci muka dalam bertekstur gel ini, dirumus khas tanpa wangian tiruan agar tidak merosakkan kulit. Pencuci muka boleh digunakan sebagai rutin harian yang mengandungi bahan non-comedogenic untuk kulit wajah bermasalah, sensitif dan jerawat. Dengan 6% Ampho-Tensides, ianya mampu untuk membersihkan kulit dengan lembut tanpa mengeringkan wajah tetapi berkesan menghapus kotoran, kesan solekan dan sebum yang berlebihan. 

Dengan sifatnya yang anti-bakteria, produk ini mampu untuk bertindak sebagai agen penghapus dan menghalang pertumbuhan bakteria pada kulit wajah. Gel pembersih ini juga sesuai untuk wanita hamil yang mempunyai masalah kulit wajah.

Pencuci muka terbaik untuk kulit kombinasi terutamanya jenis kering dan berminyak
mulai
RM19.90
Semak FAITH IN FACE Egg White Whip Cleansing Foam (150ml) harga dibawah:

Pencuci muka ini mampu mencuci liang liang pori dan memberi penyulingan mendalam dengan menghapus minyak berlebihan yang terperangkap di kulit wajah. Bahan aktif dalam produk ini seperti telur putih dan kuning menjadikan kulit lebih lembut dengan penghidratan yang berterusan. 

Pencuci bertekstur buih ini, sangat lembut sehingga tidak menyakitkan kulit semasa memakainya tetapi mampu menanggalkan kotoran, kesan solekan dan lebihan sebum tanpa mengeringkan kulit. Jadi pencuci ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kombinasi seperti kering dan berminyak.

Pencuci muka terbaik bagi lelaki yang memiliki kulit jenis kombinasi
mulai
RM18.28
Semak NANOWHITE Men Oil Control Clay Cleanser (150ml) harga dibawah:

Sebenarnya, lelaki jarang mengalami masalah kulit. Mereka samada memiliki kulit kering atau berminyak. Tetapi bagi lelaki yang mempunyai kulit jenis kombinasi, usah risau. Ada produk yang bersesuaian untuk anda. Pencuci muka ini mampu menghilangkan minyak berlebihan pada kulit wajah dengan pembersih detoksifikasi berasaskan tanah liat yang melarutkan minyak tanpa mengeringkan kulit. 

Produk dari jenama Nanowhite ini, amat ideal untuk dijadikan pembersih harian buat lelaki berkulit kombinasi kerana ia dapat mengawal penghasilan minyak pada kulit wajah. Jadi, bahagian kulit kering dan berminyak, kedua-duanya mendapat kebaikan yang sama.

Pencuci muka dari drugstore Watsons – mengimbangi tahap pH kulit kombinasi
mulai
RM35.10
Semak Yadah Bubble Deep Cleanser (150ml) harga dibawah:

Kandungan pencuci muka ini yang sesuai untuk semua jenis kulit, mengandungi gelembung mikro dan sedikit berasid namun tidak membuatkan kulit anda terasa iritasi atau kerengsaan pada kulit. Produk ini mampu untuk menyeimbangkan tahap pH pada kulit wajah anda agar kurang berasid. 

Dirumus khas dengan ekstrak soya dan Magnolia untuk menghapus sebum yang berlebihan dan black head pada wajah. Diperbuat dengan surfaktan asid Amino untuk mengurangkan kerengsaan pada kulit. 

Pencuci muka kulit kombinasi yang murah dan berkualiti
mulai
RM6.21
Semak Garnier PURE ACTIVE Dirt & Oil-Control Foam 50ml harga dibawah:

Produk pencuci paling ideal untuk anda yang memiliki 2 jenis kulit iaitu kering dan berminyak. Pencuci muka ini mampu untuk mencuci kulit muka sehingga ke lapisan kulit paling dalam bagi menutup liang pori dan menghilangkan kotoran serta kesan solekan pada wajah tanpa mengeringkan kulit. 

Dirumus khas dengan ekstrak Masha, ianya mampu menghalang dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Ia kaya dengan asid Salicylic bagi mengurangkan sebum berlebihan sehingga 96%. Jadi pencuci ini sesuai untuk mereka yang ingin kan pencuci sempurna untuk kulit kombinasi untuk membersihkan kulit, jerawat dan minyak yang berlebihan. 

Pencuci muka dengan kandungan bahan semulajadi
mulai
RM21.60
Semak YVES ROCHER Pure Camille Deep Cleansing Gel (200ml) harga dibawah:

Diperkaya dengan bahan organik seperti Chamomile, pencuci muka untuk kulit kombinasi ini memberikan sensasi penyegar buat kulit wajah anda agar sentiasa terasa lega. Bertekstur pekat, gel pencuci muka bebas sabun ini mampu mencuci kulit wajah yang tidak seimbang serta menjadikan kulit bersih dan segar. 

Anda mampu untuk mendapatkan kulit yang sempurna dengan pengunaan pencuci muka ini.  Dengan kuasa ultra-mudah, anda boleh gunakannya sebagai rutin harian untuk memastikan kulit menjadi lebih sempurna! 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article