Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Elakkan Nafas Berbau Dengan 9 Berus Gigi Untuk Si Kecil dan Dewasa

Mulakan hari anda dengan senyuman yang ceria!

Adakah anda pernah tertanya tentang jenis berus gigi yang anda miliki sekarang samada ianya memenuhi keperluan pembersihan oral anda atau tidak? Anda mungkin salah seorang pengguna yang tidak peduli tentang jenis berus gigi yang digunakan dan membeli berus gigi di rak diskaun di pasaraya terdekat anda, atau tidak pernah memikiran tentang kepentingan memilih berus gigi mengikut kesesuaian dan keperluan dental anda.

Menggunakan berus yang tidak sesuai bukan sahaja akan menyebabkan gigi anda tidak bersih tetapi juga boleh menyebabkan gusi anda mengalami koyak secara mikro dan mengalami pendarahan gusi. Ini akan menjadi penyebab kepada infeksi kuman pada gusi. Pasti anda tertanya tentang bagaimana ingin memilih berus gigi yang sesuai bukan? Ikuti cara untuk memilih berus gigi mengikut kesesuaian dengan senarai dibawah ini.

Berus gigi sesuai untuk si pemakai pendakap gigi (braces)
Semak SENSODYNE Precision Tooth Brush harga dibawah:

Anda pasti sudah terbiasa menggunakan berus gigi yang tidak sesuai dan mengakibatkannya tidak dapat membersih celahan pendakap gigi anda dengan betul. Berus gigi daripada Sensodyne ini memiliki kepala berus yang kecil dan dilengkapi dengan berus yang nipis, tirus serta lembut untuk pembersihan lebih efektif. Produk berus gigi ini juga dapat membersih di celahan yang sukar dicapai.

Berus gigi automatik sesuai untuk pembersihan dalam
Semak WATSONS Battery Operated ToothBrush harga dibawah:

Anda pasti sudah sedia tahu tentang harga berus gigi automatik yang berkemungkinan dapat mencecah sehingga ratusan ringgit. Kini, anda sudah tidak perlu risau untuk membelanjakan duit bagi membeli berus gigi automatik. Jenama Watson akan menjadi penyelamatmu! Dengan berharga mampu milik, berus gigi ini dapat membersihkan gigi anda dengan mendalam kerana berusnya yang kecil dan nipis dapat mencapai celahan gigi yang jauh ke dalam. 

Berus gigi jenis automatik ini telah disyorkan oleh doktor gigi tempatan yang menegaskan bahawa membersih secara automatik adalah lebih bersih daripada secara manual.

Putihkan gigi dengan berus gigi daripada bahan semulajadi seperti arang
Semak TURBO CLEAN Charcoal Toothbrush harga dibawah:

Serbuk activated charcoal amat terkenal dengan kebaikannya yang dapat menyerap dan menyaring bau tidak menyenangkan, bahan kimia berbahaya dan pelbagai kekotoran di dalam mulut anda. Ini menjadikan arang salah satu bahan semulajadi terbaik yang dapat memutihkan, membersih dan nyah-toksin dari mulut anda.

Berus gigi arang ini diperbuat daripada 100% bahan organik dan biodegradable iaitu ianya tidak diperbuat daripada bahan kimia dan boleh terurai secara semula jadi tanpa menyebabkan pencemaran alam seperti berus gigi plastik yang lainnya. 

Berus gigi sesuai untuk menjaga gusi sensitif
Semak ORAL-B ULTRATHIN Extra Soft Pro Gum Care harga dibawah:

Gusi dan gigi sensitif kebiasannya disebabkan oleh dentin pada kawasan akar gigi terdedah akibat menggosok secara berlebihan dengan menggunakan berus gigi kasar dan keras. Ubat gigi yang mengandungi bahan kimia keras juga boleh menjadi salah satu penyebab. 

Beralihlah kepada menggunakan berus gigi yang bersesuaian, seperti Oral-B Ultrathin Extra Soft Pro Gum Care khas untuk gusi dan gigi sensitif. Berusnya yang dua kali lembut, nipis dan lebih fleksibel daripada berus gigi biasa, tidak akan menyakitkan gusi anda ketika memberus. 

Permukaan berus yang keras dapat membuat gigi lebih bersih dan lembut
Semak COLGATE ZIGZAG Medium Bristle harga dibawah:

Kebanyakan berus gigi diperbuat daripada berus yang nipis dan lembut supaya gusi dan gigi anda tidak calar dan tidak terdedah daripada kuman yang akan merebak. Akan tetapi sesetengah pengguna gemar menggunakan berus gigi yang kasar kerana dapat mencapai tahap kepuasan ketika membersihkan gigi. 

Usah risau kerana berus gigi daripada Colgate ini tidak akan merosakkan gusi dan enamel gigi anda walaupun ianya mempunyai berus gigi yang sederhana keras. Ianya masih dapat membersih gigi dengan lembut dan tidak mencalarkan gusi, sesuai untuk sesiapa yang gemar membersihkan gigi secara mendalam serta menyeluruh. 

Berus gigi lembut dan nipis terbaik – penjagaan oral lebih sempurna
Semak SYSTEMA Toothbrush 3D Clean harga dibawah:

Statistik daripada laman web Systema mengatakan bahawa peratus orang dewasa yang menghidapi penyakit gusi adalah tinggi. Dengan menggunakan berus gigi yang lembut dan nipis ini, akan menjamin kesihatan gusi anda. Diformulasi dengan 7 kebaikan dalam 1 berus, Systema menjanjikan berus ini akan menembusi ruang dalam di antara gigi untuk menyingkirkan plak dengan lebih berkesan, membersih gigi secara mendalam. Ianya didatangi dengan bahagian pembersih lidah untuk menghilangkan bakteria penyebab mulut berbau, mengeluarkan plak pada permukaan gigi serta dalam masa yang sama masih berfungsi dengan lembut pada gusi dan enamel gigi. 

Berus gigi dari drugstore dengan harga mampu milik serta berkualiti tinggi
Guardian
Semak Guardian Active Care Soft Toothbrush harga dibawah:

Untuk yang tidak gemar mengeluarkan bajet yang tinggi demi perbelanjaan berus gigi,  paket 3-dalam-1 daripada Guardian ini amat sesuai untuk anda. Walaupun harganya yang rendah dan murah, berus gigi ini masih berfungsi dengan bagus seperti menanggalkan plak dan sisa makanan di celahan gigi serta menghapus bakteria penyebab bau daripada lidah. 

Berus gigi ortodonthic sesuai untuk yang mengalami masalah dental
Semak YANDY Small Head Orthodontic Toothbrush harga dibawah:

Selain menggunakan berus gigi yang nipis dan kecil, berus gigi jenis orthodontic ini juga amat praktikal untuk digunakan oleh semua pengguna terutamanya yang memakai pendakap gigi. Dilengkapi dengan berus interdental yang kecil dan nipis dibahagian hujung berus, bersaiz 0.01mm, ianya digunakan untuk membersih celahan besi pada pendakap gigi. 

Bukan itu sahaja, berus gigi orthodontic ini mempunyai kepala yang tirus dan bentuk berusnnya yang unik membuatkan pembersihan gigi berpendakap lebih tepat dan bersih. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article