Foundation semestinya sangat penting untuk solekan wanita kerana ia dapat menjadikan kulit kelihatan licin dan juga menutupi segala parut yang ada di wajah. Tahukah anda juga seharusnya mengetahui terlebih dahulu jenis kulit anda agar tidak tersalah membelinya. Jika hendak membeli pastikan anda memilih yang jenis ringan, tidak menyumbat pori dan yang paling penting tidak bercapuk apabila dipakai.

Bagi anda yang kerap berpeluh pula, belilah produk yang kalis air (waterproof) supaya solekan anda kekal lebih lama dan tidak mencair. Berikut beberapa jenis foundation yang kalis air dan tahan lama untuk panduan anda ketika membeli.

1. MAYBELLINE Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation (30ml)

Foundation waterproof dari drugstore – kekalkan lembapan pada wajah
Harga mulai RM47.08
Lazada Malaysia RM49.90 Hermo Malaysia RM34.30 Watsons Malaysia RM47.08

Krim asas dengan kemasan velvet ini menjadikan solekan anda tampil lebih menyerlah dan licin. Ianya turut membantu dalam memberi lembapan pada wajah agar tidak kering untuk ketahanan sehingga 12 jam. Produk foundation dari jenama Maybelline ini juga membantu untuk menutupi pori yang terbuka dan sangat ringan. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi untuk kulit normal sehingga kulit jenis berminyak, yang paling penting ianya kalis air. Jadi kalau anda berpeluh, usah risau lagi. Foundation ini tidak akan membuatkan wajah anda tampak bercapuk. 

27 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. NYX PROFESSIONAL MAKEUP Can't Stop Won't Stop 24H Foundation

Foundation waterproof sesuai untuk anda, si kulit berminyak
Harga mulai RM58.77
Hermo Malaysia RM58.77 Zalora Malaysia RM89.00

Anda bakal jatuh cinta dengan krim asas dari jenama NYX ini kerana ia memberikan penutupan yang penuh (full coverage) untuk menyembunyikan sebarang kesan cela. Teksturnya berkrim dan mudah untuk diratakan pada seluruh wajah tanpa perlu memakainya berulangkali dalam satu hari. 

Bukan itu sahaja, ia juga krim asas yang ringan dan tahan lama walaupun anda kerap melakukan aktiviti luar. Krim ini memberikan kemasan yang menakjubkan dengan warna-warna menarik mengikut kesesuaian tona kulit anda.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. REVLON Colorstay Makeup for Oily/Combination Skin (30ml)

Sesuai untuk kulit kering – tahan sehingga 24 jam
Harga mulai RM37.95
Lazada Malaysia RM37.95 Hermo Malaysia RM71.60

Revlon memastikan anda memakai krim asas yang memberikan keselesaan sehingga 24 jam. Ianya datang dalam tekstur ringan dan mampu memberi liputan penuh pada wajah. Bukan sahaja cantik dari segi rangkaian tona warna yang dihasilkan, malah ia juga krim asas yang tahan lama dan sesuai untuk kebanyakkan tona kulit di negara kita. 

Solekan anda akan kelihatan lebih kemas dan bersinar dengan adanya krim asas dari jenama ini. Cubalah sekarang!

12 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. ALHA ALFA Royal Propolis Foundation – FERVI

Foundation waterproof dari jenama lokal – pilihan selebriti ternama
Harga mulai RM37.42
Lazada Malaysia RM49.50 Shopee Malaysia RM37.42

Sempurnakan solekan harian anda dari jenama ini, ianya memberikan kesan kemasan yang licin dan tidak bercapuk. Dengan formulanya yang ringan dan tahan lama turut menjadikan krim asas ini diminati ramai.  

Produk ini mengandungi Vitamin C yang dapat memutihkan wajah dan juga membaiki wajah yang kusam. Bahkan krim asas ini yang juga bagus bagi menutupi segala kesan cela yang ada akibat dari jerawat ataupun jeragat.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. WARDAH EXCLUSIVE Liquid Foundation

Sesuai diguna semasa melakukan aktiviti sukan air seperti berenang
Harga mulai RM18.35
Lazada Malaysia RM26.64 Watsons Malaysia RM18.35

Krim asas ini memberikan anda kebebasan untuk melakukan aktiviti luar dengan solekan yang masih kekal sehingga 14 jam. Ianya bukan sahaja selesa dan ringan malahan tidak akan menyebabkan wajah anda tampak berminyak selepas memakainya. 

Krim asas yang memberikan kesan wajah licin dan sangat menakjubkan untuk solekan setiap hari. Ianya juga sesuai untuk tona kulit yang tidak terlalu cerah seperti sawo matang.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. BIOAQUA - Makeup Liquid Foundation Waterproof

Lindungi kulit anda dari pancaran sinar UV dengan foundation waterproof ini
Harga mulai RM8.50
Lazada Malaysia RM9.90 Shopee Malaysia RM8.50

Krim asas ini membantu untuk melindungi kerosakan kulit akibat kerap terdedah di bawah pancaran sinar UV. Ianya juga memberikan penghidratan yang secukupnya agar kulit tidak kering dan bercapuk. Tekstur krim asas ini yang tidak terlalu tebal serta mudah diratakan pada kulit bagi mendapatkan solekan yang ringkas dan cepat. 

Anda juga tidak perlu risau kerana ia bukan jenis krim asas yang melekit dan tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. CHRISZEN Roller Moist Cream

Foundation waterproof untuk kulit berjerawat
Harga mulai RM45.90
Lazada Malaysia RM45.90 Hermo Malaysia RM48.65

Chriszen sesuai digunakan pada semua jenis kulit termasuklah yang berjerawat. Ia dapat memberi penutupan penuh bagi kesan parut jerawat, jeragat dan juga liang pori terbuka. Foundation dari produk ini juga tahan lama dan kalis air, sesuai buat anda yang kuat berpeluh. 

Solekan harian anda pastinya lebih lembap, mantap dan juga berseri dengan adanya krim asas ini. Bahkan yang lebih menarik tentang krim asas ini, ia membantu untuk mencerahkan wajah anda sekali gus dan juga turut melindungi kulit dari sinaran UV dengan spf 50.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!