Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Krim Mata Paling Berkesan untuk Menghilangkan Masalah Lingkaran Gelap

Selamat tinggal mata panda!

Kekurangan tidur boleh menyebabkan kulit anda menjadi kusam, pucat dan nipis yang membuat tisu-tisu pada mata menjadi gelap. Saluran darah dibawah kulit anda pula akan menjadi penyebab utama lingkaran gelap. Kekangan tidur juga boleh menyebabkan cecair lebihan bawah kulit terkumpul dan menyebabkan mata anda kelihatan bengkak. Bukan itu sahaja, jika anda tidak memakai krim pelindung cahaya matahari juga akan menyebabkan kulit bawah mata anda menjadi gelap. Lingkaran bawah mata boleh menjadikan seseorang itu kelihatan lebih tua, letih dan kusam.

Salah satu kaedah untuk mengurangkan dan menyingkir penampilan lingkaran gelap dibawah mata adalah dengan menggunakan krim pencerah bawah mata terbaik yang telah disenaraikan dibawah ini. Dengan penggunaan yang konsisten, wajah anda akan kembali tampak berseri dan cergas.

Krim mata dari Korea – terbaik untuk mencerahkan kulit bawah mata
Semak MIZON Collagen Power Firming Eye Creams (25ml) harga dibawah:

Kedutan dan lingkaran gelap bawah mata boleh disebabkan kurang penghasilan kolagen dibahagian tersebut. Produk yang diterbangkan khas dari Korea ini, berasaskan kolagen marin akan membantu memperbaharui kolagen dibahagian bawah mata sekaligus menghilangkan kedutan dan pigmentasi disebabkan oleh kurang kolagen didalam kulit. 

Dengan formulanya yang ringan dan bertekstur gel, produk ini bukan sahaja boleh digunakan di bawah mata, malah juga dapat digunakan pada kedutan sekitar dahi dan leher. 

Lakukan penjagaan awal pada kulit remaja dengan krim mata ini
Semak WARDAH White Secret Brightening Eye Cream (10ml) harga dibawah:

Remaja merupakan salah satu golongan yang sering mendapat masalah kulit kerana kekurangan tidur, ataupun stress yang disebabkan oleh penat melakukan aktiviti persekolahan. Beruang panda mungkin sahaja haiwan yang paling comel didunia, tetapi tidak jika kalian juga mempunyai rupa mata yang sama! 

Produk daripada Wardah ini dirumuskan daripada kompleks White-Adenosine dan Niacinamide untuk menyamar lingkaran gelap dan eyebags supaya anda kekal segar dan tampil cerah. 

Semak GARNIER Multi-Action Brightening Eye Roll-On (15ml) harga dibawah:

Bagi anda yang ingin menerokai dalam penggunaan produk penjagaan wajah dan mencubauntuk menggunakan krim mata, produk dari Garnier ini sangat sesuai dengan anda. Dengan harganya yang mampu milik, anda tidak perlu risau tentang pembaziran duit untuk menambah produk penjagaan kulit didalam rutin harian anda. 

Dirumus khas menggunakan ekstrak bunga sakura jepun dan Vitamin C untuk mengurangkan penampilan lingkaran gelap dan bengkak dibawah mata. Penjimatan wang anda berganda!

Bagi yang memiliki kulit matang, krim mata panda ini untuk anda
L’Oreal Paris
Krim mata terbaik dari drugstore
Semak L'Oreal Dermo Expertise Revitalift Laser X3 Eye Cream harga dibawah:

L’Oreal amat terkenal dengan rangkaianpenjagaan anti-penuaan, telah mengeluarkan produk berfungsi untuk melembap bawah mata yang kering, melembut dan menegangkan kulit untuk menghilangkan kesan garis halus. Rekaan bekas tiubnya yang mempunyai bebola besi dihujung bertindak sebagai aplikator pengurut yang akan menyejuk dan menyegarkan kulit dibawah mata sekaligus menghilangkan bengkak di kawasan sekelilingnya. 

Diformulasi dengan3% Pro-xylane, Adenosine dan Caffeine bertindak sebagai perangsang fiber kulit untuk memperbaiki keanjalan kulit, menegangkan dan menghilangkan bengkak serta lingkaran gelap. 

Krim mata terbaik untuk kulit sensitif
Semak OLAY Regenerist Revitalising Eye Serum (15ml) harga dibawah:

Bagi yang mengalami masalah kulit sensitif, pasti anda runsing memikirkan produk yang bersesuaian dengan kulit. Gunakan produk yang tidak mempunyai bahan pewangi dan alkohol yang boleh menyebabkan iritasi dan kekeringan pada kulit. Krim mata daripada Olay ini sesuai untuk jenis kulit seperti anda kerana tidak mempunyai bahan pewangi yang akan menyebabkan kerengsangan pada kulit anda.

Dalam pada masa yang sama mengurangkan penampilan lingkaran gelap dengan formulanya yang diperkaya dengan Amino-peptide + B3 kompleks yang akan menegangkan, meratakan dan mencerahkan kulit bawah mata anda. 

Krim mata berformula ringan untuk kulit berminyak
Semak THE BODY SHOP Drops of Light Healthy Brightening Eye Cream (15ml) harga dibawah:

Jika anda mengalami masalah kulit berminyak atau kombinasi, cubalah produk dari The Body Shop ini. Rumusannya yang ringan, bebas minyak dan berasaskan bahan semula jadi tidak akan membebankan kulit di bawah mata anda. Produk inimengandungi bahan pencerah daripada ekstrak alga merah dan Vitamin C yang akan mengurangkan penampilan lingkaran gelap dengan serta merta. 

Bebola besi yang menjadi aplikator pengurut dihujung tiub, akan mengurut bawah mata anda dan membantu dalam merangsang peredaran darah sekaligus menyegarkan mata dan menghapus kulit kusam.

Krim mata penuh penghidratan untuk kulit kering
Hada Labo
Semak Hada Labo Super hyaluronic Acid Eye Cream harga dibawah:

Hyaluronic acid adalah bahan penghidratan yang popular dikalangan produk penjagaan wajah. Jenama Hada Labo telah menjadi jenama terkenal di Jepun yang sering menerapkan kebaikan asid Hyaluronik di dalam produk mereka. Untuk wajah yang lebih anjal, cerah dan awet muda, lingkaran gelap disekitar mata haruslah diperbaiki. 

Diperkaya dengan ekstrak asid Hyaluronik dan minyak jojoba, produk ini bukan sahaja melembapkan bawah mata anda yang kuyu malah menghilangkan lingkaran gelap untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal dan awet muda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article