Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Syampu Dari Drugstore Untuk Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

Kembalikan kelebatan rambut dengan pelbagai jenis syampu rambut gugur

Apakah  penyebab rambut gugur?

Banyak sebab yang boleh dijadikan sebagai faktor keguguran rambut dan ada berkait rapat dengan masalah androgenetik atau hormon akibat tekanan, juga dikenali sebagai telogen effluvium serta kelemumur. Antara faktor lainnya adalah ubat-ubatan, kekurangan vitamin, gangguan tiroid, gaya rambut yang berlebihan, kurang zat nutrisi dan gangguan autoimun juga boleh menyebabkan keguguran rambut, menyebabkan rambut menipis. 

Tetapi anda jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya. Lihatlah senarai 7 syampu dari drugstore yang mampu untuk menyelesaikan masalah rambut gugur.

Syampu untuk lelaki, atasi masalah rambut gugur dengan berkesan
Head & Shoulders
mulai
RM19.67
Semak Head & Shoulders Ultra Men Anti-Hairfall Shampoo harga dibawah:
add_circle Membuatkan rambut dan kulit kepala segar
add_circle Mengandungi Deep Sea Mineral
add_circle Mempunyai Ginseng
remove_circle Mempunyai pewangi
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Dirumus khas dengan Mineral Laut Dalam dan ekstrak Ginseng yang bertindak untuk menguatkan rambut sehingga ke akar umbi serta membantu mengurangkan keguguran rambut disebabkan kerosakan. Kulit kepala lelaki cenderung menghasilkan lebih banyak sebum, oleh itu salah satu jalan penyelesaiannya adalah gunakan produk syampu yang mengandungi keperluan ultra dan nutrien penting untuk kulit kepala anda. 

Syampu ini membersih, mengimbangi kulit kepala berminyak dan mengurangkan kegatalan pada kulit kepala, bebas kelumumur, mengurangkan keguguran rambut dan menguatkan rambut serta akarnya.

Terbaik untuk menghalang rambut gugur dan hapuskan kelemumur
Clear
Clear Anti Hair Fall Anti-Dandruff Shampoo (650ml)
mulai
RM30.99
Semak Clear Anti Hair Fall Anti-Dandruff Shampoo (650ml) harga dibawah:
add_circle Haruman berpanjangan
add_circle Mengurangkan kelemumur
add_circle Galakkan pertumbuhan rambut baru
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Stok terhad

CLEAR Anti Hair Fall Anti-Dandruff Shampoo dapat menguatkan rambut dari akar dan 98% mengurangkan rambut gugur. Syampu yang pakar untuk keguguran rambut ini mengandungi nutrium ginseng bagi menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan keguguran. Memberi wangian bunga berseri Freeschia, mawar dan melati berserta Aprikot yang lazat dan buah Pic. 

Dirumus khas menggunakan campuran yang kaya dengan 10 nutrien dan aktif botani, mampu mengaktifkan lapisan pelindung semulajadi kulit kepala, menjadikan anda bebas kelemumur. Ayuh segera dapatkan kulit kepala lebih sihat dengan produk ini.

Diperbuat daripada bahan organik – sesuai buat si hijabista
Sunsilk
mulai
RM13.59
Semak Sunsilk Hijab Hair Fall Solution Shampoo (320 ml) harga dibawah:

SUNSILK Hijab Hair Fall Solution Shampoo  adalah satu-satunya shampoo di Malaysia yang dicipta khas dan terbaik untuk para hijabis. Oleh kerana rambut lebih banyak terlindung dan terperap di dalam tudung mampu mendatangkan masalah rambut serta kulit kepala jika tidak dijaga dengan baik. Sunsilk & Jamal Hamadi (Pakar Naturals) bekerjasama dalam mencipta formula syampu khas untuk mereka yang berhijab. 

Syampu ini dirumus khas dengan kekuatan bahan Semulajadi seperti ekstrak Fig dan akar Ginseng. Teknologi produk ini iaitu Breakthrough Fragrance Release Pearl dapat memberikan bau wangi pada rambut sepanjang hari, agar sentiasa kekal segar dan bermaya.

Untuk rambut gugur dan berminyak agar sentiasa tampil bermaya
Pantene Pro-V
mulai
RM24.25
Semak Pantene Pro-V Hair Fall Control Shampoo (750ml) harga dibawah:

Pantene Shampoo Hairfall diformulasi dengan Pro-Vitamin yang baru berfungsi lebih dari sekadar membersih kerana ia mampu untuk menguatkan rambut, kurang kusut dan mengurangkan keguguran rambut. Syampu ini mengandungi teknologi penghalang kerosakan keratin bagi membantu mencegah kerosakan rambut akibat penggunaan produk yang tidak bertepatan dengan kulit kepala anda. 

Sesuai digunakan bukan sahaja untuk rambut gugur malahan rambut berminyak juga. Ianya dapat menghalang penghasilan minyak dan sebum berlebihan pada kulit kepala dengan menutup liang pori. Rambut anda akan tampil lebih sihat. 

Syampu dan perapi khas untuk merawat rambut gugur
Himalaya Herbals
mulai
RM16.52
Semak Himalaya Herbals Anti-Hairfall Shampoo + Conditioner (100ml) harga dibawah:

Shampu dan pelembap khas anti-rambut gugur dari HIMALAYA ini dicipta khas untuk mengurangkan keguguran rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Diformulasi melalui terobosan 2-dalam-1 yang membantu mengurangkan kadar keguguran rambut dan memberikan khasiat kepadanya. Herba Butea Frondosa dan Bhringaraja merangsang pertumbuhan folikel rambut dan berkesan dalam menguatkan akar rambut serta mengawal rambut gugur.

Terbaik untuk melegakan kulit kepala dari kegatalan
Sensez Beauty
mulai
RM9.50
Semak Sensez Beauty Scalp Protection Hair Fall Control Shampoo (680ml) harga dibawah:

Diperkaya dengan ekstrak Oryza Sativa untuk mengurangkan keguguran rambut dan merangsang pertumbuhannya. Diformulasi dengan campuran minyak Tea Tree dan minyak lemon membantu melindungi kulit kepala dan meningkatkan pertumbuhan rambut. 

Syampu ini juga mengandungi Vitamin B5 dan ekstrak botanikal semulajadi yang mampu memberikan nutrien supaya rambut lebih sihat. Bebas pengawet tiruan, Paraben serta bebas silikon. 

Sesuai digunakan untuk keguguran rambut selepas bersalin
Kerasys
mulai
RM59.89
Semak Kerasys Hair Fall Control Shampoo (400ml) harga dibawah:

Syampu dengan bahan aktif ini telah mendapat kelulusan daripada KFDA, selamat untuk ibu mengandung dan selepas bersalin. Berfungsi untuk memulihkan rambut rosak dan merangsang kadar pertumbuhan rambut agar sekata. Produk penjagaan rambut dan kulit kepala premium ini menggabungkan ubat-ubatan herba dari kawasan Timur dan Barat untuk merawat rambut dan kulit kepala dengan berkesan. 

Diperkaya dengan ekstrak Ginseng bagi menyuburkan rambut dan kulit kepala. Bebas dari kandungan kimia yang membahayakan. Rawatlah rambut anda sebelum menjadi botak! 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article