Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Pilihan Foundation Terbaik Dari Sephora Untuk Semua Jenis Kulit

Sesuaikan foundation mengikut jenis kulitmu!

Apakah fungsi foundation?

Foundation diaplikasikan ke wajah demi mencapai tona kulit yang sekata atau menutup cela dan ketidaksempurnaan. Sesetengah foundation didatangi dalam bentuk kusyen kompak, cecair ataupun jenis stick. Bukan itu sahaja, sesetengah foundation juga berfungsi sebagai pelembap, pelindung matahari, astringen atau lapisan asas kosmetik.

Kini, tidak kira jenis atau masalah kulit anda, Sephora mempunyai banyak pilihan foundation yang digemari ramai dalam pelbagai warna dan coverage. Pilihlah yang sesuai dengan jenis kulit anda!

Foundation jenis matte sesuai untuk kulit berminyak
Too Faced
Semak Too Faced Born This Way Foundation (30 ml) harga dibawah:

Bagi yang berkulit berminyak dan mahukan kemasan matte, flawless, dan kekal sepanjang hari? Produk ini adalah jawapan terbaik. Formula bebas minyak, liputannya akan menghasilkan kemasan semula jadi dan menaikan seri wajah anda. Diperkaya dengan air kelapa untuk menghidratkan kulit wajah serta mengembalikan kesegaran dan penghidratan kulit.

Diformulasi dengan bunga mawar Alpine untuk mencerahkan penampilan kulit anda dengan memberikan keanjalan yang membuatkan kulit anda tampak lebih licin dan muda. Ditambah pula dengan kemasan matte, sesuai untuk si kulit berminyak.

Foundation dengan efek dewy untuk kulit muka kering
Semak TARTE Water Foundation SPF15 (30ml) harga dibawah:

Bagi si berkulit kering, gunakan foundation yang mempunyai formula penghidratan yang memberi kesan penghidratan sekaligus menghasilkan efek dewy dan glowy pada kulit. Foundation ini padat dengan bahan pelembap anti-oksida, ianya dapat melawan penuaan kulit lebih awal.

Asasnya yang diperbuat daripada aqua (air) dan gliserin tidak akan mengeringkan kulit anda dan mengekalkan lembapan. Foundation ini menjadikan kulit wajah berseri dari dalam dengan formulanya yang ringan dan tidak tebal, mampu bertahan sehingga 12 jam. Sesuai buat kulit ekzema kerana sifatnya yang hypoallergenic dan mempunyai pelindung matahari tanpa bahan kimia.

Foundation full coverage untuk kulit rawan jerawat
MAKE UP FOR EVER
Semak MAKE UP FOR EVER Ultra HD Foundation (30ml) harga dibawah:

Foundation cecair ini dicipta sesuai untuk sesiapa yang mengalami kulit bermasalah seperti kulit rawan jerawat. Formulanya sesuai untuk menutup kesan kulit kemerahan daripada jerawat bagi mendapatkan hasil kulit yang sempurna dengan sentuhan matte dan tahan lama. Teksturnya yang lembut menjadikan foundation kalis air ini mudah diaplikasikan dan ianya menawarkan kombinasi sempurna dengan liputan penuh serta keselesaan yang berpanjangan.

Produk ini sesuai diguna untuk melicinkan tekstur di muka serta melindungi cela dengan lebih sempurna dan ‘flawless’. Foundation ini diformulasi bebas minyak, ianya akan mengurangkan penghasilan minyak berlebihan pada kulit anda.

Semak BECCA SKIN Love weightless Blur Foundation (35ml) harga dibawah:

Foundation tahan lama ini menyediakan kemasan sederhana sehingga liputan penuh. Teksturnya pula terasa ringan dan tampak semula jadi seperti tidak memakai apa produk diwajah. Ciri-ciri foundation ini amat sesuai untuk kulit kombinasi seperti melindungi cela di wajah dan memberikan penghidratan serta kelembapan pada wajah tanpa mengeringkan muka.

Dengan efek ‘soft matte’, kulit menjadi kabur dan lembut dan mampu menutup liang pori-pori besar pada kulit wajah. Diperkaya dengan estrak vitamin C untuk menaikkan lagi seri wajah anda.

Sesuai untuk semua jenis kulit, hilangkan jeragat
Semak MAMONDE Brightening Cover Watery Cushion harga dibawah:

Jeragat ialah bintik gelap, kesan kulit rosak yang diakibatkan oleh panahan cahaya matahari yang berlebihan, dengan membuatkan keseluruhan penampilan wajah anda tampak kusam. Produk yang berasaskan teknik aplikasi menggunakan span kusyen lembut ini adalah terbaik untuk kulit anda dengan menggunakan teknik pengkaburan (blurring).

Foundation kusyen ini amat sesuai dikenakan dengan produk asas seperti krim BB untuk liputan kulit yang lebih penuh bagi menutup kesan bintik hitam. Bekas foundation kusyen yang kecil ini amat ‘travel-friendly’ dan mudah untuk dibawa serta boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Foundation sempurna untuk si kulit hitam manis
Fenty Beauty
Semak Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte Longwear Foundation harga dibawah:

Foundation popular daripada selebriti pujaan ramai ini amat sesuai bagi yang mempunyai kesukaran mencari krim asas untuk tona warna kulit gelap. Fenty Beauty sedia untuk membantu! Dengan mengandungi bahan yang dapat sekatakan tona kulit, produk ini juga mampu untuk mengurangkan garis halus, pigmentasi, parut dan bintik gelap serta melindungi kulit anda dari kesan penuaan yang disebabkan oleh pancaran sinar UV.

Kemasannya yang tebal tidak akan meninggalkan kesan ‘cakey’ dan akan membuatkan kulit anda terasa lembut. Sesuai untuk solekan ke majlis formal, foundation ini dapat beri hasil ‘full coverage’ pada solekan anda. 

Sesuai untuk kulit sawo matang – kulit tampil lebih segar dan menawan
Estee Lauder
Semak Estee Lauder Double Wear Stay In Place SPF10 Foundation (30ml) harga dibawah:

Produk magik yang memberi kuasa kekal selama 15 jam dan liputan lebih semula jadi tanpa sentuhan ekstra. Produk ini juga mengekalkan lembapan berpanjangan dan bebas minyak. Sesuai untuk kulit kusam dan sawo matang yang sering mempunyai masalah pigmentasi atau kesan lingkaran bawah mata yang gelap, asas foundation ini akan mengekalkan lembapan serta sekatakan kembali tona kulit asal anda.

Foundation ringkas untuk remaja – lembut dan tidak merosakkan kulit
Sephora Collection
Semak Sephora Collection 10hr Wear Perfection Foundation (25ml) harga dibawah:

Kulit remaja merupakan kulit yang senang ditumbuhi jerawat disebabkan oleh hormon. Produk ini yang bertekstur ringan, nipis dengan efek natural, sesuai untuk kegunaan remaja.

Aplikasinya yang ringan dapat menyembunyikan kesan jerawat degil tanpa membuatkan kulit kelihatan bertompok. Liang pori juga akan tertutup kerana formulanya yang mencair kedalam kulit akan membuatkan anda merasa seolah-olah tidak memakai solekan kerana teksturnya yang halus dan ringan.

Foundation dari Sephora dengan kandungan SPF yang tinggi
MAC Cosmetics
Semak MAC Cosmetics Studio Waterweight SPF30/PA++ Foundation (30ml) harga dibawah:

Pelindungan dari pancaran sinar UV masih penting walaupun anda memakai produk solekan yang tebal dengan liputan penuh. Ini kerana cahaya matahari mampu menembusi lapisan solekan anda. Gunakan krim pelindung matahari sebelum mengaplikasikan foundation atau foundation yang mempunyai SPF ini, anda dapat menyelamatkan kulit anda daripada kerosakan kulit akibat cahaya matahari seperti kesan terbakar, jeragat, bintik hitam dan pigmentasi.

Dengan sifatnya yang ringan seperti air yang diasakan dengan formula gel-serum, foundation ini akan menjadi temanmu sebagai produk ‘holy grail’ untuk kegunaan harian.

Artikel Berkaitan

End of Article