Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Anda Miliki Rambut Rosak? Gunakan 8 Syampu Terbaik Ini

Untuk menyelesaikan masalah rambut rosak dari akar hingga ke hujungnya

Adakah rambut anda kering, bercabang, kasar, kusut, mudah putus apabila disikat serta tidak bermaya? Keyakinan diri pasti pudar apabila rambut telah rosak walaupun anda memakai tudung. Kerosakan rambut mungkin disebabkan bahan kimia yang terkandung dalam pewarna rambut,‘rebonding’ ataupun kerintingkan rambut. Penggunaan pengering rambut yang kerap ataupun terdedah terlalu lama di bawah terik mentari juga menjadi salah satu sebab penyumbang kepada masalah rambut rosak.

Sekiranya anda sedang berdepan dengan masalah rambut rosak yang tidak berkesudahan, elakkan perkara-perkara di atas dan bertukar kepada syampu yang sesuai. Berikut penulis senaraikan 8 syampu untuk rambut rosak. Jom baca!

Syampu dari drugstore sesuai untuk rambut kering dan rosak
mulai
RM21.20
Semak WATSONS Hair System Damage Repair Shampoo harga dibawah:

Syampu dari rangkaian produk Watsons ini, diformulasi khas untuk merawat rambut yang kering dan rosak. Ia bukan sahaja membersih dan menyubur kembali rambut, malah mengekalkan kelembapan kulit kepala dengan baik. Syampu yang mempunyai sistem cortex filler ini juga berupaya menghalang terjadinya rambut bercabang akibat bahan kimia atau kerap menggunakan alat penggayaan. 

Untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakan syampu ini bersama dengan perapi (conditioner) dalam rangkaian Hair System by Watsons Damage Repair. 

Syampu untuk rambut rosak dibawah RM15, murah dan berkualiti tinggi
mulai
RM9.75
Semak SAFI Shayla Damaged Hair Control Shampoo harga dibawah:

Syampu ini diformulasi agar dapat merawat dan mengawal kerosakan rambut dari menjadi lebih teruk. Ramuan Habbatus Sauda dan asid amino yang terkandung dalam syampu ini, bertindak untuk merawat rambut bermula dari lapisan kutikel sehingga hujung rambut. 

Diuji secara klinikal, syampu ini juga mampu untuk melicinkan rambut yang kasar dan kusut di samping memberikan haruman berpanjangan sehingga 48 jam.

Diterbangkan khas dari Korea untuk merawat rambut rosak
Ryo
mulai
RM39.00
Semak Ryo Hambitmo Damage Care Shampoo (400ml) harga dibawah:
add_circle Beri lapisan perlindungan buat rambut
add_circle Nutrisi ekstra untuk kulit kepala
add_circle Formula khas dari Kepulauan Jeju
remove_circle Kesan efektif yang lebih lama

Syampu dari Korea ini diperkaya dengan ekstrak minyak bunga Kamelia dari Kepulauan Jeju yang telah menjalani proses penapaian. Dengan mengandungi campuran ramuan daripada buah delima merah serta bijian yang dikenali sebagai Omija, membantu menguatkan akar rambut manakala minyak bunga Kamelia ini dapat merawat masalah rambut bercabang dan membuatkan rambut makin bersinar. 

Buah delima yang terkenal dengan pelbagai khasiat pula bertindak dengan memberikan kelembapan dan menambah keanjalan pada rambut. Syampu ini bukan saja dapat  merawat rambut rosak, malah membantu menyuburkan rambut dari akar hingga ke hujungnya. 

Terbaik untuk melawan kelemumur dan memperbaiki rambut rosak
mulai
RM14.90
Semak DR. NEEM Herbal Shampoo harga dibawah:

Adakah anda sedang berdepan dengan masalah rambut rosak dan dalam pada masa yang sama, kelemumur? Syampu ini adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah anda kerana ramuan bahan utamanya iaitu daun Neem, terkenal dengan pelbagai khasiat perubatan yang sangat efektif untuk mengatasi masalah kelemumur. Kandungan Pro-Vitamin B5 menjadikan rambut mudah diurus serta dapat mengurangkan masalah rambut bercabang. 

Diperkaya dengan ekstrak Ginseng yang menguatkan serta mengurangkan masalah keguguran rambut. Dengan mengandungi ekstrak Aloe Vera dan daun inai, ianya dapat melembut dan melicinkan rambut serta serta mengembalikan sinaran pada rambut. 

Rambut anda mengalami kerosakan yang teruk? Syampu ini ada jawapannya
mulai
RM10.27
Semak DOVE Nutritive Solutions Intense Repair Damaged Hair Shampoo (175 ml) harga dibawah:

Sekiranya anda memiliki rambut yang rosak dengan teruk, gunalah syampu ini untuk merawatnya. Penggunaan syampu ini secara berterusan, dapat memelihara rambut dari kerosakan serta melindungi akar rambut dari bahan kimia yang merbahaya seperti pewarna rambut. 

Jangan bimbang, syampu ini sesuai untuk digunakan pada setiap hari. Formula Nutri-Keratin dalam syampu ini, membantu merawat rambut yang rosak teruk dari akar hingga ke hujungnya supaya rambut lebih bermaya, sihat, lembut dan cantik.

Syampu untuk merawat rambut rambut rosak selepas membuat rebonding
mulai
RM8.26
Semak SUNSILK Damage Restore Shampoo (160 ml) harga dibawah:

Syampu Sunsilk ini mengandungi ramuan minyak tumbuhan semulajadi seperti minyak zaitun, bunga matahari dan castor yang dikenali sejak zaman dahulu lagi mempunyai khasiat untuk penjagaan rambut. Tambahan pula, syampu ini diformulasi dengan sentuhan daripada Thomas Taw iaitu Pakar Perawat Rambut Kering dan Rosak dari London. 

Anda akan merasai perubahan yang ketara seperti rambut terasa lebih lembut dan sihat dalam tempoh 10 hari penggunaannya. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, gunakan bersama perapinya. 

Rawat rambut rosak dan gugur dengan syampu ini
mulai
RM37.64
Semak BOTANICALS by L’OREAL PARIS Coriander Strength Cure Shampoo harga dibawah:

Anda sudah tentu buntu terpaksa berdepan dengan masalah kerosakan dan keguguran rambut sekaligus, bukan? Jangan risau, syampu jenama L’Oreal ini dapat membantu merawat dan menguatkan rambut anda dari akar hingga ke hujungnya. 

Syampu ini diformulasi daripada bahan botanik seperti ekstrak daun ketumbar, soya dan minyak kelapa yang sangat berkhasiat untuk rambut. Hasilnya, rambut anda akan kembali sihat, kuat dan bersinar. 

Syampu terbaik dari farmasi untuk memperbaiki rambut rosak
Himalaya Herbals
HIMALAYA Protein Shampoo - Repair & Regeneration
mulai
RM32.11
Semak HIMALAYA Protein Shampoo Repair & Regeneration harga dibawah:
add_circle Mempunyai minyak argan
add_circle Terdapat kacang kuda
add_circle Kaya dengan protein
add_circle Melindungi rambut daripada rosak
add_circle Sesuai untuk masalah rambut kering
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis rambut

Syampu dari rangkaian Himalaya ini, berfungsi 2 dalam 1 iaitu dengan merawat rambut di samping menyuburkannya. Syampu ini diformulasi khas daripada ramuan herba Chickpea dan Beach Almond yang bagus untuk rambut kering dan rosak. 

Kandungan protein semulajadi yang terkandung dalam syampu ini akan menjadikan rambut rosak bertambah lembut dan mudah diurus. Tiada lagi masalah rambut kusut dan ‘bad hair day’!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article