Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Pilihan 7 Syampu Dengan Pengawalan Penuh Untuk Rambut Berminyak

Agar mudah diurus untuk keselesaan sepanjang hari

Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Itulah peribahasa Melayu yang membawa maksud setiap orang mempunyai pendapat atau kehendak yang berbeza-beza. Bagaimana pula dengan jenis rambut? Tentulah ada bezanya! Malahan tidak semua syampu sesuai untuk semua jenis rambut. Ada rambut berminyak, kering, kelemumur dan rosak. Oleh itu, pemakaian syampu perlu disepadankan dengan jenis rambut anda.

Adakah syampu boleh membuatkan rambut berminyak?
Punca yang paling kerap berlaku adalah terlebih-lebih penggunaan syampu dan terlebih urut kepala apabila sedang mencuci rambut yang boleh menyebabkan simulasi sebum gland yang menghasilkan kepala dan kulit kepala berminyak.

Jika rambut anda berminyak, pilihlah syampu yang diformulasikan khusus untuk rambut berminyak seperti dapat membantu kurangkan penghasilan minyak pada rambut dan kulit kepala anda tanpa mengeringkannya. Rambut anda akan merasa lebih ringan, lembut dan mudah diurus. Berikut penulis senaraikan 7 pilihan syampu untuk rambut berminyak. Jom baca!

Syampu untuk rambut berminyak dengan agen penghapus kelemumur
mulai
RM27.90
Semak SEBAMED Oily Hair Shampoo (400ml) harga dibawah:

Diuji secara dermatologi, syampu jenama Sebamed ini 100% bebas dari sabun dan alkali. Ia dirumus khas untuk rambut normal dan berminyak. Dengan mengandungi bahan aktif Piroctone Olamine untuk menghilangkan kelemumur tanpa memberi kerengsaan pada kulit kepala. 

Kandungan bahan aktif dalam syampu ini juga membersihkan rambut dan kulit kepala dengan lembut. Ianya dapat menstabilkan rembesan minyak yang terdapat pada kulit kepala. 

Syampu dengan bahan semulajadi untuk kulit kepala berminyak dan rambut kering
mulai
RM49.90
Semak Herbal Herbal Shampoo harga dibawah:

Syampu yang diformulasikan daripada kombinasi enzim buah-buahan, herba dan tumbuhan tropika ini dapat menyelesaikan masalah kulit kepala berminyak, rambut kering, kulit kepala gatal, kelemumur dan keguguran rambut. 

Ianya memberikan sensasi penyejukan dan dingin pada kulit kepala sekaligus dapat membantu mengurangkan migrain dan sakit kepala yang teruk. Di samping itu, syampu ini juga menjadikan rambut lebih kuat, bersinar dan lebat. 

Sesuai untuk rambut berminyak dan gugur – kekalkan kelembapan berpanjangan
mulai
RM28.50
Semak ALKEN SS Purify Hair Loss & Scalp Shampoo 3.1 harga dibawah:

Cubalah syampu ini sekiranya anda menghadapi masalah rambut berminyak dan mudah gugur. Syampu jenama Alken ini dihasilkan daripada ekstrak sarang burung yang memberi kelembapan 24 jam pada rambut anda. Kandungan bahannya bertindak dengan lembut dan tidak memberikan kerengsaan, sesuai untuk kulit kepala yang sensitif.  

Syampu jenis kering (dry shampoo), baik untuk rambut berminyak
mulai
RM13.80
Semak BATISTE Dry Shampoo (50ml) harga dibawah:

Semua syampu dalam rangkaian Batiste diinovasikan daripada bahan berasaskan kanji tanpa memerlukan penggunaan air semasa mencuci rambut. Bahan aktif dalam syampu ini akan bertindak mengurangkan lebihan minyak dari akar sehingga ke hujung rambut. Hanya dengan sekali spray sahaja, dry syampoo ini dapat melakukan ‘makeover’ pada rambut yang kusam hingga menjadi bermaya dan stylo. 

Kurangkan bau yang terkumpul pada kulit kepala untuk si rambut berminyak
mulai
RM12.40
Semak GVC Clarifying Hair & Scalp Shampoo For Oily Hair harga dibawah:

Syampu ini diformulasikan daripada minyak organik Habbatus Sauda dan ekstrak botanikal Chamomile, Rosemary dan Sage. Ianya membersihkan rambut secara lembut serta membantu mengawal lebihan minyak pada rambut lalu menjadikan rambut terasa licin dan ringan.  

Syampu ini juga mengandungi ekstrak akar Maca yang dapat menguatkan folikel rambut untuk mengurangkan keguguran. Bebas daripada kandungan minyak mineral, SLES, ALES, Parabens, pewarna sintetik dan juga tidak diuji ke atas haiwan, tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit kepala. 

Terbaik untuk rambut berminyak, diterbangkan khas dari Korea
Ryoe Jayang Yunmo
mulai
RM44.00
Semak Ryo Jayang Yunmo Hair Loss Care Shampoo – For Oily Scalp harga dibawah:

Sekiranya anda peminat barangan penjagaan diri dari Korea dan ingin menyelesaikan masalah rambut berminyak, syampu ini sesuai untuk anda. Diperkaya dengan ramuan herba traditional dari Korea yang dikenali sebagai  "Hanbang", ianya membersihkan rambut daripada minyak di samping membantu mengatasi masalah rambut gugur. 

Ektrak Ginseng yang terkandung dalam syampu ini pula dapat menguatkan akar rambut dan membantu melebatkannya. Hasilnya, anda akan mempunyai rambut yang lebih lembut, bersinar dan bermaya daripada sebelum ini!

Syampu murah untuk rambut berminyak
mulai
RM6.00
Semak Syampu Merang SARIAYU harga dibawah:

Miliki syampu dari rangkaian produk penjagaan diri terkenal yang berasal dari Indonesia, Sariayu dengan harga mampu milik. Walaupun harganya murah, kandungan ekstrak tumbuhan seperti merang, saponin dan mineral, sangat membantu untuk mengurangkan masalah rambut berminyak. Syampu ini juga bagus untuk mengatasi masalah kelemumur dan kulit kepala ‘flakey’. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article