Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Mekap Kekal Sepanjang Hari dengan 8 Primer dibawah RM50

Sempurnakan solekan wajah dengan primer terbaik

Product in this article

Seperti anda ketahui langkah penjagaan atau perawatan kulit yang betul, bersolek juga perlu dilakukan mengikut aturan tepat supaya wajah tampak berseri dari jauh. Salah satunya adalah penggunaan primer. Pasti anda tertanya-tanya, apa itu PRIMER? Primer adalah sejenis alat solekan asas yang dapat membantu untuk mewujudkan lapisan tambahan antara kulit dan solekan anda. Ianya dapat membuatkan permukaan kulit wajah anda kelihatan lembut dan licin, mengimbangkan tona kulit agar sekata, menutup liang pori serta cela.

Berbeza dengan foundation, primer digunakan sebelum bersolek untuk mendapatkan hasil solekan tahan lebih lama dengan efek yang menarik. Tidak semua produk primer berharga mahal. Ada sahaja produk dengan harga mampu milik dibawah RM50. Jom ikuti senarai dibawah untuk mengetahui primer terbaik untuk kegunaan harian anda;

BOURJOIS Healthy Mix Anti-Fatigue Foundation

RM 40
1. BOURJOIS Healthy Mix Anti-Fatigue Foundation
Primer dari drugstore, beri kesan glowing pada kulit wajah
Updated on 14th July 2020

Bourjois Mixer Healthy Primer adalah primer yang dirumus khas bukan sahaja untuk keperluan bersolek tetapi ia juga berfungsi sebagai bahan penjagaan kulit. Diperkaya dengan Vitamin C, A dan B5 yang mampu membuatkan kulit lebih segar dan berseri. Bertekstur yang sangat ringan dan mampu menyembunyikan tanda-tanda keletihan dengan menutupi kemerahan dan lingkaran hitam pada kulit. 

Mix Primer ini juga mampu merawat garis halus dan mengurangkan penampakan liang pori. Ianya mencerahkan kulit dalam masa beberapa minggu sahaja. 

ZA Bye Bye Shine Base UV SPF25 PA+++ (25ml)

RM 32.9
2. ZA Bye Bye Shine Base UV SPF25 PA+++ (25ml)
Gunakan primer jenis oil free untuk anda yang kulit berminyak dan jerawat
Updated on 24th January 2019

Primer dari ZA ini dapat mencegah kesan berkilat pada wajah akibat penghasilan sebum dan peluh tidak terkawal. Terbaik untuk mereka yang berkulit berminyak dan cenderung untuk jerawat dengan kemasan matte yang tidak bersinar, ia memberikan hasil solekan tahan lebih lama dalam pelbagai jenis cuaca seperti panas atau lembab. 

Dengan kandungan tambahan SPF25, primer ini dapat melindungi kulit dari pancaran sinar UV.

Beauty Maker Perfect Hydrating Primer (5ml)

RM 13.5
Primer terbaik untuk kulit kering

Siri primer penghidrat Beauty Maker Perfect Hydrating premier adalah krim solekan asas yang memelihara, melembap dan melembutkan kulit. Ia bertindak sebagai pelindung kulit yang memudahkan aplikasi solekan selepas memakai primer untuk hasilnya tahan lebih lama. 

Fungsi primer ini adalah untuk mengelakkan solekan pada kulit wajah menjadi bercapuk dan tidak sekata, juga dapat menghalang parut diwajah dari kelihatan.

MISS HANA Primer Light Pore Silky Finish

RM 41.25
4. MISS HANA Primer Light Pore Silky Finish
Primer pore murah, menutup liang pori dengan sempurna
Updated on 24th January 2019

Primer mekap dari jenama Miss Hana ini mampu meminimum kesan penampakan liang pori pada kulit wajah dengan memberikan ekstra penjagaan dalam teksturnya. Berfungsi untuk melembapkan kulit dan memberikan hasil mekap yang lebih menarik. Solekan pada kulit wajah anda lebih rata dan tahan lama. Cubalah sekarang untuk mendapatkan kulit wajah lembut dan halus. 

Rimmel Insta 2 in 1 Primer & Setting Spray

RM 23.92
Rimmel
5. Rimmel Insta 2 in 1 Primer & Setting Spray
Primer spray untuk remaja – sesuai bagi anda yang aktif dengan aktiviti luar
Updated on 8th July 2020

RIMMEL Insta 2 in 1 Primer & Setting Spray adalah primer berbentuk spray yang mempunyai dwi-fungsi bertindak sebagai primer dan setting, untuk mendapatkan hasil solekan tidak comot. Semburkan sekali sahaja pada wajah, kulit anda akan kekal lembap sepanjang hari walaupun berada di dalam cuaca panas atau sejuk. Sesuai untuk remaja yang mempunyai masalah kulit kering, ianya boleh digunakan sebelum atau selepas bersolek.

CANMAKE Lasting Multi Eyebase WP

RM 27.93
6. CANMAKE Lasting Multi Eyebase WP
Primer eyeshadow murah, dan berkualiti tinggi
Updated on 24th January 2019

Canmake Lasting Multi Eyebase adalah primer untuk kelopak mata sebelum memakai pembayang mata (eyeshadow). Ia mampu memberikan hasil rona pada kelopak lebih jelas selepas primer ini disapu untuk menampakkan solekan mata lebih menyerlah. 

Antara fungsi lain primer ini adalah rona pembayang akan bertahan lebih lama kerana lekapan yang kuat antara primer dan solekan pada mata. Bertekstur kalis air, ianya akan mengekalkan kelembapan berpanjangan pada kelopak mata anda.

ALHA ALFA Radiance Primer Spray/Matte Primer Spray (50ml)

RM 49.9
7. ALHA ALFA Radiance Primer Spray/Matte Primer Spray (50ml)
Primer dari brand lokal – pilihan selebriti tempatan
Updated on 24th January 2019

Primer spray dari brand lokal, Alha Alfa ini berfungsi sebagai asas solekan agar mekap tahan lama dengan efek yang lebih menarik. Terdapat dalam 2 jenis iaitu kemasan radiance atau matte. Kemasan matte sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak kerana primer ini mampu mengawal pengeluaran minyak di muka, digalakkan untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Manakala Radiance Primer adalah digunakan agar solekan kelihatan Glowing Dan Dewy. Hasil mekup akan kelihatan flawless, menyerlah dan glamor. Primer jenis ini sesuai untuk mereka yang berkulit kering.

MARY KAY Foundation Primer Sunscreen SPF 15

RM 84
8. MARY KAY Foundation Primer Sunscreen SPF 15
Primer solekan terbaik, dengan asas foundation
Updated on 24th January 2019

Mary Kay® Foundation Primer Sunscreen SPF 15 adalah produk yang harus dimiliki jika anda mahu solekan kelihatan sempurna. Berfungsi sebagai pelengkap hasil solekan yang telus, tidak hanya menutup cela tetapi juga bertindak seperti magnet untuk memberikan asas solekan kekal dan tahan lama. 

Ia memberikan kemasan yang sempurna sambil meminimumkan penampilan liang pori, garis halus dan kedutan. Selain itu, ia bebas minyak dan mengandungi ramuan yang menyerap lebihan minyak pada kulit wajah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article