Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Syampu Yang Mengandungi Aloe Vera Ini Akan Memastikan Rambut Anda Sentiasa Berkilau

Tidak perlu membazir wang ringgit melakukan perawatan rambut yang mahal lagi!

Aloe vera, atau lebih dikenali sebagai lidah buaya, mempunyai banyak khasiat, tetapi tahukah anda kebaikannya untuk kulit kepala anda? Mari kami jelaskan beberapa kebaikan tentang aloe vera kepada rambut anda. Aloe vera (lidah buaya) ni mempunyai kandungan nutrisi seperti  asid amino, protein, mineral dan Vitamin C, A dan E menjadikannya sangat baik untuk merawat rambut yang rosak. 

Selain itu ia juga dapat menghitamkan rambut, memberi kilauan pada rambut, melembutkan rambut, mengatasi rambut berminyak, merangsang pertumbuhan dan membantu rambut mudah gugur. Itulah sebabnya banyak syampu yang menggunakan ekstrak lidah buaya dalam produknya. Ayuh, ikuti senarai dibawah untuk mengetahui info tentang produk syampu yang terbaik buat kulit kepala anda;

mulai
RM55.90
Semak WHITE ORGANIA 95% Aloe Vera Hair Shampoo (1500ml) harga dibawah:

Syampu ini mengandungi 95% bahan semulajadi iaitu aloe vera, ia memberikan ketenangan pada rambut dan membantu memberi kekuatan pada rambut yang rosak kerana dengan khasiat dan kebaikan dari aloe vera sendiri. Syampu ini sesuai untuk menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan dari rambut, membaiki, melembap dan menyuburkan kulit kepala agar rambut kelihatan lebih lembut, bersinar serta terkawal. 

Pastinya rambut anda akan kelihatan lebih cantik dari akar ke hujung rambut. Elakkan daripada menggunakan syampu mengandungi bahan kimia yang akan merosakkan rambut.

mulai
RM8.15
Semak SAFI Bio-Nutrix Shampoo – Aloe Vera & Pudina harga dibawah:

SAFI Bio-Nutrix Syampu mampu mengatasi rambut kusut dan kesukaran untuk mengurus rambut kerana dengan adanya bahan semulajadi seperti Aloe Vera. Ia mengandungi ekstrak Aloe Vera semula jadi dan Menthol yang meninggalkan sensasi sejuk pada kulit kepala, melembutkan rambut dan mengekalkan kelembapan di rambut anda. 

Bukan sahaja itu, syampu ini juga turut menambahkan kehitaman pada rambut anda menjadikannya lebih bersinar dan berseri di bawah sinaran matahari. Kini, rambut anda kekal terurus sepanjang hari!

mulai
RM81.98
Semak MISEOUL Aloe Vera Hair Shampoo 95% harga dibawah:

Syampu yang berasaskan bahan organik utamanya iaitu Aloe Vera ini sangat baik untuk kepala. Tidak kira jenis rambut, ianya mampu membaikpulih kerosakan yang ada tanpa menyebabkan keguguran, hujung bercabang atau mudah putus. Jika anda menggunakan syampu ini, tidak perlu lagi memakai perapi untuk merawat rambut rosak. 

Sebaliknya, bahan-bahan yang terkandung di dalam syampu Aloe Vera ini mampu merawat dengan baik. Kulit kepala anda tidak akan teriritasi atau merengsa dan ianya mampu melembutkan rambut selepas mencuci. Yang penting, bebas paraben, Benzophenone dan pewarna tiruan.

mulai
RM24.90
Semak Maida Muslimah Aloe Vera Shampoo harga dibawah:

Syampu ini dirumus khas untuk wanita yang berhijab kerana rambut yang kerap ditutup seringkali mengalami masalah seperti kurang aliran udara yang mengakibatkan keguguran rambut meningkat, hujung rambut berpecah, kurang bersinar, kulit kepala gatal dan bau yang tidak menyenangkan. Dengan syampu ini ia dapat membantu menyelesaikan masalah dan menjaga kulit kepala agar bersih dan segar. 

Dari bahan aloe vera iaitu pelembap semulajadi yang sangat baik memberikan penghidratan kepada setiap helai rambut, menjadikan rambut licin dan lembut. Enzim aloe vera juga merangsang pertumbuhan rambut, mencegah keguguran rambut dan merawat kulit kepala gatal.

mulai
RM35.95
Semak FOREVER LIVING Aloe Vera + Jojoba Shampoo (296ml) harga dibawah:

Syampu dengan formula aloe vera ini menjadikannya sesuai untuk semua jenis rambut. Ia membantu menjaga rambut dan kulit kepala agar sihat dan menghilangkan sel-sel kulit mati di kepala. Selain itu, minyak Jojoba adalah salah satu  bahan penting lain sebagai pelincir yang sangat baik bagi menambah lembapan untuk kulit dan rambut. 

Anda boleh menyikat semasa kering atau basah, tanpa meninggalkan penampilan rambut tidak bermaya atau mengerbang selepas mencucinya. Syampu yang memberikan kelembutan pada rambut, berkilat dan lebih terkawal.

mulai
RM16.00
Semak FRANCH Bouncy Aloe Vera Herbal Shampoo (400ml) harga dibawah:

Syampu ini sesuai untuk semua pengguna dan terutamanya yang mengalami masalah alergi. Ianya disahkan organik dan 99.63% daripada bahan semulajadi. Syampu ini dapat membantu mengekalkan keseimbangan semula jadi rambut sambil melembap, melembut, rambut lebih senang untuk dibelai dan memberi sensasi kedinginan buat kulit kepala yang kering. 

Aloe Vera kaya dengan asid Amino, vitamin dan mineral kerana ianya mempunyai sifat pelembut, emolien, pelembab dan menghidratkan. Rambut anda akan kelihatan lebih sihat dan bersinar dengan syampu ini.

mulai
RM19.12
Semak WATSONS Naturals Aloe Vera Shampoo (490ml) harga dibawah:

Dengan mengandungi 99% bahan utamanya iaitu Aloe Vera, syampu ini dapat merawat rambut rosak anda sehingga menjadi lembut, bersinar dan kekal terhidrat. Syampu keluaran drugstore terkenal di Malaysia ini, membersih kulit kepala sehingga tiada lagi kotoran sambil melembutkan agar rambut anda tampil bersinar selepas mencucinya. 

Usah risau akan bahan kandungannya. Syampu ini dijamin bebas paraben, mineral oil dan pewarna tiruan yang boleh merosakkan rambut serta akar. Gunakannya secara betul dengan mengurut kulit kepala sehingga ke hujung rambut semasa mencuci. Kemudian, bilas rambut anda dengan air suam.

mulai
RM6.30
Semak SARIAYU Hair Loss Treatment Aloe Vera (Lidah Buaya) Shampoo (170ml) harga dibawah:

Syampu dari rangkaian produk kecantikan dari Indonesia, Sariayu ini terbaik untuk menghalang keguguran rambut dengan bahan semulajadinya, Aloe Vera. Diformulasi dengan gabungan vitamin, anda tidak perlu risau lagi akan masalah rambut gugur terutamanya semasa menyikat rambut. 

Syampu ini mampu membersih kotoran sehingga ke dalam liang pori yang tersumbat pada kulit kepala sambil melembut dan memberi kesegaran. Ianya juga membekalkan aroma yang tahan lama buat rambut anda dengan penampilan lebih bersinar dan bermaya. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article