Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
lipmatte terbaik

8 Lipstick Matte Terbaik di Malaysia 2024 (Tahan Lama)

Nak lipstick tahan lama, guna je jenis matte

Berdasarkan sejarah dunia fesyen, lipstick matte sudah pun diperkenalkan pada tahun 1920, cuma tidak diketengahkan.

Tapi selepas musim The Kardashians sekitar tahun 2016, lipstick matte mula menjadi trend.

Waktu itu memang ramai yang gilakan lipstik jenis matte ini kerana jenis lipstik tahan lama.

Apa yang menjadi masalah sekarang, mana satu lip matte yang bagus? 

Jom lihat senarai lipstick matte terbaik untuk anda.


Senarai 8 Lipstick Matte Terbaik

L’Oreal Paris Color Riche Slim Intense Volume Matte Lipstick
mulai
RM63.50
Semak L’Oreal Paris Color Riche Slim Intense Volume Matte Lipstick harga dibawah:
add_circle Memberikan kelembapan
add_circle Guna formula powdery yang tahan lama
add_circle Sesuai untuk bibir kering dan mengelupas
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Selain mencantikkan, lipstik matte ini membantu untuk menghidrat dan menggebukan bibir, sekaligus kelihatan bermaya dan lembut.

Ciri-ciri:

Gincu ini memberikan warna yang lebih berintensiti dan mampu bertahan sehingga 16 jam jadi, anda tidak perlu touch up bibir dengan kerap.

Tambahan, gincu ini tidak akan mengeringkan bibir kerana mengandungi Asid Hylaluronik yang dapat melembutkan dengan setiap sapuan.

Terdapat 9 pilihan warna untuk setiap warna kulit yang berbeza dengan reka bentuk lipstick yang kelihatan mewah dan elegan. 

Paling menarik, teksturnya sangat pigmented dan ringan tau jadi selesa untuk dipakai setiap hari!

Review:

“Sumpah cantik gila colour dia. Selesa tak melekit and tak rasa ada benda pun kat bibir.”

Lipstik matte terbaik dan tahan lama
Rimmel
Lipstick jenis liquid terbaik dengan sentuhan akhir matte
mulai
RM21.17
Semak Rimmel Stay Matte Liquid Lip Colour harga dibawah:
add_circle Mampu bertahan selama 12 jam
add_circle Tidak terasa berat di bibir
add_circle Kalis air
remove_circle Bibir mudah kering

Anda mencari gincu yang bertahan dengan jangka masa yang lama dan transferproof? Rimmel Matte Liquid Lip Colour ini jawapannya!

Selain sangat sesuai digunakan untuk semua warna kulit. Teksturnya juga ringan, kissproof, transferproof dan kalis air.

Jadi, tiada lagi masalah kesan lipstik melekat di cawan, topeng muka atau baju!

Gincu cecair ini mampu memberikan penampilan warna matte yang sempurna pada bibir dengan hanya sekali calitan sahaja.

Keistimewaan gincu cecair ini adalah warnanya berintensiti tinggi, memberikan kemasan baldu dengan sentuhan matte dan tahan lama.

INTOYOU Heroine Series Matte Lip Mud Lipstick
mulai
RM38.00
Semak INTOYOU Heroine Series Matte Lip Mud Lipstick harga dibawah:
add_circle Bebas Paraben
add_circle Mempunyai variasi warna yang banyak
remove_circle Tidak tahan lama

Jenama Into You merupakan produk kosmetik terkenal dari negara China.

Ini kerana mungkin teksturnya lembut, ringan dan memberikan kemasan matte berkrim yang mana dapat menjadi favorite dalam kalangan wanita.  

Bibir anda juga tidak akan berasa kering kerana penggunaan lipstick ini dapat melembapkan bibir.

Jangan risau, terdapat pelbagai pilihan warna yang dapat disesuaikan dengan setiap jenis tona kulit.

Cuma anda perlu touch-up dengan kerap terutama selepas makan dan minum kerana formulanya tidak tahan lama.

Maybelline Color Sensational Cushion Matte Liquid Lipstick
mulai
RM33.92
Semak Maybelline Color Sensational Cushion Matte Liquid Lipstick harga dibawah:
add_circle Dirumus dengan Vitamin E
add_circle Melembapkan bibir
add_circle Pigmentasi
remove_circle Tekstur agak melekit

Sukar untuk mencari matte lipstick bertekstur cecair yang tidak mengeringkan bibir anda? 

Kami syorkan liquid lipstick dari Maybelline kerana mengandungi Vitamin E yang membantu melembapkan bibir anda dengan lebih efektif.

Anda boleh mendapatkan rupa bibir ala Korea dengan menggunakan kaedah ombre atau sapukan pada bibir seperti biasa dengan menggunakan Maybelline Color Sensational Cushion Matte Liquid Lipstick.

Bagaimanapun, pilihan warna yang ada mungkin tidak sesuai dengan tona kulit yang gelap.

Lipstik matte yang murah (di bawah RM20)
Wardah Colorfit Ultralight Matte Lipstick
mulai
RM16.00
Semak Wardah Colorfit Ultralight Matte Lipstick harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Sesuai dengan setiap tona warna kulit
add_circle Tekstur tidak melekit
add_circle Melembapkan bibir
remove_circle Warna lipstik cepat pudar dan hilang

Anda inginkan lipstick matte yang tinggi pigmentasinya dengan harga mampu milik? Jom dapatkan produk Wardah Colorfit Ultralight Matte Lipstick!

Lip matte ini mempunyai reka bentuk produk yang elegan dan ada 8 jenis warna yang sangat cantik dan mudah disesuaikan dengan setiap tona kulit.

Dengan formulasi yang sangat ringan dan melembapkan bibir, anda hanya perlu calit sekali sahaja bila pakai!  

Tetapi, lipstick matte ini bukan transferproof jadi anda harus memakainya semula untuk touch up solekan bibir anda.

Lipstik matte untuk kulit sawo matang
Maybelline Color Sensational Ultimatte Slim Lipstick
mulai
RM29.92
Semak Maybelline Color Sensational Ultimatte Slim Lipstick harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sawo matang
add_circle 15 warna pilihan lipstick
add_circle Saiz kecil
add_circle Tekstur lembut
remove_circle Tidak transferproof

Masih mencari lipstik untuk kulit anda yang sawo matang? Dengan adanya produk dari Maybelline ini, anda tidak perlu risau lagi! 

Formulanya terasa sangat lembut dan mempunyai pigmentasi yang tinggi dapat menyerlahkan bibir anda dengan baik!

Kini tersedia dalam reka bentuk yang langsing dan mewah, teksturnya juga ringan dengan campuran serbuk ultra halus dan mampu bertahan lebih lama daripada gincu biasa

Anda tidak perlu risau dengan masalah kekeringan bibir kerana lipstick ini dirumuskan dengan minyak jojoba yang memberikan kelembapan pada bibir anda.

Lipstick matte korea terbaik
ROMAND Zero Matte Lipstick
mulai
RM22.90
Semak ROMAND Zero Matte Lipstick harga dibawah:
add_circle Bibir terasa lembap dan ringan
add_circle Tekstur sangat pigmented
add_circle Tidak melekit
remove_circle Sukar didapati di pasaran

Gincu matte ini boleh dipakai di bibir dengan mudah dan membuatkan bibir anda terasa lebih lembap. 

Dengan teksturnya yang ringan akan membuatkan anda terasa seperti tidak memakai apa-apa di bibir.

Lipstick Zero Matte ini memberikan pilihan warna yang berani dan mampu bertahan dari penggunaan pertama sepanjang hari!

Menarik lagi, warnanya mempunyai pigmentasi yang tinggi dan tidak akan meninggalkan kesan mengelupas atau kering.

Lipstick matte ini juga mudah dibersihkan dengan menggunakan tisu basah atau makeup remover!

Lipstik matte untuk remaja
Silky Girl Matte Junkie Lip Cream
mulai
RM17.05
Semak Silky Girl Matte Junkie Lip Cream harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Bebas Paraben, Carmine dan wangian tambahan
add_circle Aplikator doe-foot
remove_circle Bibir mudah kering

Penggunaan lipstik di kalangan remaja bukanlah perkara yang janggal dan para remaja pasti mahukan lipstick matte yang sesuai dengan umur mereka.

Jom cuba produk dari Silkygirl kerana harganya sangat berpatutan dan pilihan warnanya juga tidak terlalu terang.

Ada 8 variasi warna yang menarik dan dengan pemilihan warna yang betul, wajah anda akan kelihatan lebih fresh dan menawan!

Menarik lagi, gincu matte ini direka dengan aplikator doe-foot dan mudah untuk dipakai pada bibir anda.

Bagaimanapun, kami sarankan anda pakai lip balm sebelum memakai lipstik matte ini kerana boleh mengakibatkan bibir kering.


Gincu Jenis Mana Terbaik Untuk Kegunaan Harian? 

Jenis gincu yang sesuai untuk kegunaan harian bergantung kepada jenis kulit bibir dan keselesaan anda. 

Jom kami kongsikan beberapa jenis gincu yang biasa digunakan untuk kegunaan harian.

  • Gincu Satin

Jenis ini memberikan kilauan yang tidak terlalu berkilat dan memberikan warna yang lembut, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian. 

Gincu satin juga lebih cenderung untuk memberi kelembapan yang lebih berbanding gincu matte.

  • Gincu Krim

Mempunyai konsistensi yang lebih pekat dan melembabkan sambil memberikan warna yang berinstensi sederhana seperti lip balm

Amat sesuai untuk mereka yang inginkan kelembapan dari produk kosmetik seperti gincu.

  • Gincu Sheer

Kebiasaannya mempunyai formula yang sangat ringan dan selesa untuk dipakai sepanjang hari. 

Jenis gincu sheer ini sesuai untuk mereka yang suka warna bibir yang lembut dan tidak terlalu menonjol.

  • Gincu Matte

Bagi gincu matte pula, anda boleh memakainya setiap hari jika anda sukakan warna yang lebih berintensiti! 

Namun, perlu diingatkan beberapa gincu matte cenderung untuk menjadi lebih kering pada bibir berbanding dengan jenis gincu yang lain.

Jom tonton video di bawah untuk tahu lebih banyak!


Apakah Jenama Gincu Terbaik? 

Penting untuk diingat bahawa definisi "terbaik" adalah subjektif dan berbeza bagi setiap individu dan ada banyak jenama gincu yang terkenal dan disukai oleh ramai. 

Berikut adalah beberapa pilihan jenama gincu yang popular dan deskripsi singkat bagi setiap produk.

L'Oreal Paris Color Riche Lipstick: Gincu dari L'Oreal yang terkenal dengan formulasi yang melembapkan, kaya pigmen dan ada pelbagai warna yang cantik dan tahan lama.

SilkyGirl Moisture Boost Lipcolor: Gincu SilkyGirl yang melembapkan bibir dengan intensiti warna yang menarik, mudah dipakai dan memberi kesan yang tahan lama.

MAC Cosmetics Matte Lipstick: Gincu matte daripada MAC yang sangat popular dengan pelbagai warna yang cantik, tahan lama dan memberi hasil matte yang halus tanpa keringkan bibir.

Maybelline SuperStay Matte Ink Liquid Lipstick: Gincu cecair daripada Maybelline dengan formula tahan lama yang boleh bertahan sehingga 16 jam, memberi kesan matte dan transferproof.

NYX Professional Makeup Soft Matte Lip Cream: Gincu cecair NYX yang memberi kesan matte lembut dan ringan pada bibir. 

Revlon Super Lustrous Lipstick: Gincu daripada Revlon yang terkenal dengan kelembapan tinggi, formulasi tahan lama dan memberi kesan matte dengan keselesaan yang tinggi.

Clinique Chubby Stick Moisturizing Lip Colour Balm: Memberikan warna lembut dan memberi perlindungan pelembap untuk bibir.

Pilihan gincu yang terbaik sebenarnya bergantung kepada kehendak dan keperluan kulit bibir anda. 

Jadi pastikan untuk mencuba beberapa pilihan untuk mendapatkan gincu yang sesuai dengan anda. Selamat mencuba!


Artikel Berkaitan

End of Article