Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kulit Tampil Halus Dengan 7 CC Cream Di Bawah RM 50

Dapatkan kulit bebas cela tanpa perlu berbelanja banyak!

Apakah perbezaan CC dan BB cream?

Apa itu cc cream? Mungkin anda pernah dengar tentang BB Cream atau singkatannya ‘blemish balm’ cream, yang berfungsi sebagai foundation ringan yang merawat masalah kulit dalam masa yang sama. CC Cream pula bermaksud ‘color correct/control cream’, yang mempunyai ciri-ciri pembetulan tona kulit wajah tidak sekata sama ada bintik gelap, kesan dari pigmentasi serta pendedahan cahaya matahari dan kesan kulit kemerahan akibat jerawat.

CC cream sering digunakan sebagai primer sebelum aplikasi foundation dan ia juga sesuai digunakan begitu sahaja untuk efek lebih natural. Diformulasikan bukan sahaja untuk menangani masalah tona kulit tidak sekata malahan memperbaiki kulit wajah bermasalah seperti kering, berminyak, kombinasi serta sensitif. Mari kita lihat senarai jenama CC Cream di bawah yang paling sesuai dengan kulitmu!

Sesuai untuk kulit berminyak – formulanya anti peluh
mulai
RM42.90
Semak Miss Hana Color Control CC Cream (30ML) harga dibawah:

Sesuai degan cuaca panas terik di Malaysia, produk bebas minyak ini juga bebas alkohol dan paraben. Diperkaya dengan Vitamin C, asid Hyaluronik dan kolagen untuk membaiki tona kulit tanpa cela serta mengelakkan penghasilan lebihan minyak di wajah tanpa mengeringkan kulit.

Bukan itu sahaja, produk ini juga diformulasi dengan bahan yang mengandungi perlindungan matahari SPF50 agar wajah kekal bersih, cerah dan bebas sebum!

Terbaik untuk kulit kering, memberikan hasil efek dewy pada kulit
Terbaik untuk kulit kering, memberikan hasil efek dewy pada kulit
mulai
RM29.90
Semak Tov Camellia CC Cream SPF45 PA+++ harga dibawah:

Produk ini mampu memberikan pencerahan pada tona kulit sambil membaik pulih teksturnya dan memberikan penghidratan yang cukup untuk penghasilan efek lebih dewy. Produk ini mengandungi elastomer gel yang bertindak sebagai pore filler untuk meratakan dan melicinkan kulit bertekstur dan pori berliang.

Sesuai dipakai begitu sahaja tanpa foundation kerana ianya berfungsi sebagai pelembap berwarna yang mampu mencerahkan bintik gelap, parut dan pigmentasi pada raut wajah.

Selamat tinggal kulit bertompok, tidak sekata dan berjerawat!
Selamat tinggal kulit bertompok, tidak sekata dan berjerawat!
mulai
RM39.00
Semak Bourjois 123 Perfect CC Cream 3 Pigments harga dibawah:

Kulit rawan jerawat seringkali menghadapi masalah tona tidak sekata samada kerana kesan kemerahan atau parut jerawat. Produk ini mengandungi 3 pigmen berwarna - peach untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata, hijau untuk menyembunyikan kesan kemerahan jerawat dan putih untuk menutup bintik hitam. 

Teksturnya yang ringan dapat meluncur lembut pada kulit wajah dengan mudah serta membuatkan kulit terasa lembut dan sekata. CC Cream bebas minyak ini mengandungi SPF15 yang melindungi kulit wajah dari cahaya UVA dan UVB yang akan merosakkan kulit. Produk ini boleh didapati di drugstore berdekatan anda.

Formulasi 8 dalam 1 – sesuai untuk anda, si berkulit kombinasi
Formulasi 8 dalam 1 – sesuai untuk anda, si berkulit kombinasi
mulai
RM50.00
Semak Etude House Correct & Care CC Cream harga dibawah:

Kepada sesiapa yang mengalami jenis kulit kombinasi, produk ini amat sesuai untuk anda. Produk terlaris dari Etude House ini menjanjikan penghidratan, mencerahkan, menghaluskan, menghalang penuaan, melegakan tekanan kulit, melindungi dari cahaya matahari dan menghasilkan permukaan kulit wajah yang berseri serta sempurna dan bebas cela.

Formula CC Cream ini sesuai digunakan sebagai primer untuk foundation ataupun dipakai begitu sahaja sebagai efek natural. Produk ini boleh didapati dalam dua jenis – Silky, untuk efek kulit segar atau Glow untuk wajah tampil lebih berseri dan dewy.

Produk bebas alkohol terbaik – untuk kulit sensitif dan keradangan
Produk Bebas Alkohol Terbaik – untuk kulit sensitive dan keradangan
mulai
RM32.97
Semak Sugao Air Fit CC Moist harga dibawah:

Kebanyakan produk yang mengandungi alkohol sebagai pengawet dan pewangi, akan menyebabkan iritasi kepada kulit sensitif menjadikan kulit bermasalah seperti ekzema, psoriasis, kulit terlampau kering mahupun berjerawat. Formula produk bebas alkohol ini ringan, nipis dan teksturnya seakan mousse, memberikan keselesaan pada kulit seperti (bagaikan) tidak memakai apa-apa produk.

Formula pelembapnya mengekalkan kehidratan kulit dengan mengunci kelembapan di dalam lapisan kulit serta memberikan impak kulit bersih, licin dan berseri. Kini tiada lagi kegusaran bagi pemilik kulit sensitif!

CC Cream bebas minyak terbaik – sesuai untuk semua jenis kulit
CC Cream bebas minyak terbaik – sesuai untuk semua jenis kulit
mulai
RM44.30
Semak Kate Secret Skin CC Base Zero harga dibawah:

CC Cream daripada Jepun ini diformulasikan bebas minyak dan didatangi dalam dua rona yang boleh dipilih – pink beige untuk melindungi tompok hitam pada wajah dan menghilangkan lingkaran hitam manakala light green, untuk mengurangkan kesan kemerahan pada kulit wajah. Produk ini juga mampu untuk menutup liang pori dengan memberi efek matte dan blur pada bahagian pori yang besar.

Produk ini amat sesuai dipakai pada bila-bila masa kerana teksturnya tahan lebih lama dan tidak mudah luntur pada wajah. Kulit anda akan kekal kelihatan cerah, bersih dengan tona lebih sekata!

CC cream dengan SPF untuk perlindungan cahaya matahari
Perlindungan cahaya matahari lebih baik serta menutup cela dan bintik hitam
mulai
RM32.00
Semak Kiss Me Ferme Skincare CC Milk UV (30ml)  harga dibawah:

Produk 5 dalam 1 ini bertindak sebagai essence, pelembap, pelindung matahari, foundation dan concealer. Efek akhirnya yang membuatkan kulit anda terasa licin dan lembut serta memberikan kesan natural pada wajah. Perlindungan matahari dengan SPF39 PA+++ melindungi kulit anda dari sinar UV, menghalang pembentukan bintik hitam dan pigmentasi.

Dengan mengandungi asid Hyaluronik dan ceramide yang diekstrak dari sayur-sayuran, ianya memberikan kesan kulit dewy dari dalam. Produk ini juga mampu membaiki penghadang kulit dengan memberikan kelembapan yang secukupnya

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article