Product in this article

Seluruh badan kita dilindungi oleh satu lapisan kulit yang tebal. Kulit merupakan aset yang penting untuk kita menjaga dan membelai dengan baik. Penting sekali untuk anda melakukan penjagaan yang lebih rapi untuk memelihara serta mencegah kulit terutamanya kulit wajah daripada pelbagai ancaman akibat pencemaran udara atau radikal bebas.

Pelembap bertindak sebagai krim pelindung kulit wajah daripada sinaran cahaya matahari dan akan menyebabkan penyakit kulit. Kini, terdapat bermacam jenis pelembap di pasaran yang dapat memenuhi keperluan kulit berbeza.

Ingin memakai moisturizer (pelembap) tetapi tidak tahu produk dengan harga mampu milik dibawah RM 50? Nah, dibawah ini penulis sediakan 10 jenis pelembap yang bersesuaian mengikut jenis kulit anda.

1. NANOWHITE Fresh Mattifying Moisturiser (50ml)

Moisturiser terbaik untuk mencerahkan dan atasi kulit berminyak

Harga mulai RM16.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM16.90

Nanowhite Fresh Mattifying moisturiser dirumus khas untuk mengatasi masalah kulit berminyak sambil mencerahkan kulit. Kandungan Vitamin C, Tea Tree oil dan alga laut, ianya mampu melembab serta mencerahkan kulit kusam dan tona tidak sekata.

Dengan tekstur ringan dan mudah menyerap, ia juga diperkaya dengan bahan aktif yang mengawal minyak serta penghasilan sebum berlebihan pada permukaan kulit muka. Sesuai untuk semua jenis kulit berminyak, pelembap ini menjadikan kulit anda kekal bermaya sepanjang hari.

2. MEDITREE Tea Hydrator 

Terbaik untuk kulit kombinasi cenderung berjerawat

Harga mulai RM30.50

search Cari produk di Shopee Malaysia

Pelembap ini adalah salah satu produk yang ideal untuk mereka yang mempunyai kulit bermasalah cenderung jerawat. Dengan kandungan Tea Tree Oil yang berfungsi sebagai antiseptik dan anti-radang, dapat membantu mengurangkan kemerahan dan jerawat. Ekstrak Chamomile pula dapat membantu memberi keselesaan dan melembutkan kulit.

Ekstrak Willow Bark, ianya mampu bertindak sebagai penghapus bakteria yang menyebabkan jerawat dan masalah kulit yang lain. Pelembap ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kombinasi cenderung untuk berjerawat. Murah dan berbaloi!

3. COSRX Natural BHA Skin Returning Emulsion (100ml)

Moisturiser waterbase terbaik dari Korea

Harga mulai RM56.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM56.00

Jenama terkenal dari Korea, Cosrx mengeluarkan rangkaian pelembapnya yang tersendiri iaitu Natural BHA Skin Returning Emulsion adalah pelembab berasaskan air yang dirumus

khas dengan bahan-bahan semulajadi menggunakan molekul BHA organik yang mampu menembusi lapisan kulit paling dalam. Ianya bertujuan untuk memberikan keselesaan, melicin, melembapkan serta memelihara kulit daripada radikal bebas.

Diperkaya dengan asid Hyaluronik dan Centella Asiatica yang memberi kelembapan berpanjangan pada kulit. Paling penting, pelembap ini bebas dari bahan pengawet, pewarna dan pewangi tiruan.

4. DR. MORITA High Purity Hyaluronic Acid Moisturising Cream (90ml)

Pelembap yang mengandungi Hyaluronic acid

Harga mulai RM37.90

search Cari produk di Shopee Malaysia

Moisturiser dari jenama Dr. Morita ini melembapkan kulit, boleh digunakan sewaktu tidur serta  keberkesanannya dapat dilihat dalam semalaman. Dirumus khas dengan 4 bahan utama iaitu Sodium Hyaluronate, Natural moisturizing factor PCA-NA, Hyaluronic acid hydrolysis dan air mawar.

Pelembap yang mengandungi bahan berkualiti ini diterbangkan khas dari Jepun, bertindak sebagai agen pelembap yang mengekalkan kelembapan sepanjang hari, memperbaiki kulit kasar, mengembalikan keanjalan, melicinkan garis halus serta mencegah penuaan pada kulit. Anda akan kelihatan awet muda dari jauh!

5. NARUKO Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Lotion (120ml)

Moisturiser non-comedogenic terbaik untuk kulit berminyak dan jerawat

Harga mulai RM44.10

shopping_cart Hermo Malaysia RM44.10

Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Lotion adalah pelembab yang mempunyai sensasi dingin mampu untuk menyerap minyak, mencegah serta menghilangkan jerawat. Tekstur losyen khas yang lembut membantu mengurangkan minyak dan sebum berlebihan agar liang pori tidak tersumbat.

Kulit anda akan kembali segar dan bermaya selepas memakai krim pelembap ini. Sesuai untuk mereka yang berkulit berminyak, berjerawat dan mahu mengatasi masalah pori-pori tersumbat.

6. ORGANIC AID Vitamin E Moisturizing Cream

Moisturiser untuk atasi masalah kulit kering dan kusam

Harga mulai RM19.80

shopping_cart Shopee Malaysia RM19.80

Pelembap ini mempunyai tekstur krim yang sangat ringan dan lembut pada kulit wajah. Tidak akan menyebabkan iritasi dan kepedihan pada kulit, sesuai dipakai untuk anda yang mengalami masalah kulit wajah kering. Mengandungi asid amino dan Vitamin E, ianya dapat membantu kulit anda agar kekal lembap sepanjang hari dengan satu sapuan.

Dua kombinasi terbaik untuk memperbaiki masalah kulit yang menjadi kusam akibat kekeringan adalah Gliserin dan Vitamin E. Ianya dapat mengelak kulit wajah anda dari merekah serta kemerahan. Tidak melekit dan berminyak membuatkan anda kelihatan bermaya setiap masa.  

7. MINAKAWAII Anti Aging Face Cream 

Kembalikan keremajaan kulit dengan moisturiser anti-aging terbaik

Harga mulai RM48.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM48.00

Minakawaii Anti Aging Face Cream adalah salah satu produk dari jenama penjagaan kulit baru dari Jepun. Produk ini dirumus khas dengan kandungan molekul rendah dari kolagen ikan dan stearate untuk melembap serta mengekalkan keremajaan kulit. Ia juga bertindak sebagai pelindung kulit dari sinar matahari sambil mencerahkan. Tekstur pelembap ini jenis tidak melekit sesuai digunakan semasa anda tidur kerana ianya dapat memperbaiki lapisan kulit agar anda bangun dengan kulit yang lebih segar pada keesokkannya.

8. CLEAN & CLEAR Fairness Moisturizer (50ml)

Moisturiser sunscreen dengan SPF dari drugstore untuk remaja 

Harga mulai RM18.50

shopping_cart Watsons Malaysia RM18.50

Clean & Clear Clear Fairness Moisturizer SPF 30 adalah pelembap kulit, sesuai untuk remaja yang berfungsi memberi perlindungan UV dan mengawal keseimbangan minyak semulajadi ada kulit. Diperkaya dengan ekstrak vitamin dari buah ceri dan minyak beras yang dapat menaikkan keserian wajah serta mengembalikan tona kulit anda menjadi lebih sekata. Bagi remaja yang selalu berjemur di luar menjalani aktiviti outdoor, krim ini sesuai untuk anda untuk menghapuskan sel kulit mati, penyebab kulit tampak kusam.

9. DERMA Health Skinlabs Aloe Vera Gel (200ml)

Moisturiser dari bahan Aloe Vera sesuai untuk kulit sensetif 

Harga mulai RM19.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM19.90

Derma Health's Skinlabs Moisturizing Aloe Vera Gel mengandungi 100% Aloe Vera tulen, diperkaya dengan Betaine semulajadi yang berfungsi sebagai pelembap untuk menyembuh kulit yang tidak selesa. Ia meningkatkan status penghidratan kulit dan menghalang penembusan bahan berbahaya seperti alergen dan pencemaran dari kawasan sekeliling ke dalam kulit.

Dengan mengandungi ekstrak lidah buaya atau Aloe Vera, gel pelembap ini mempunyai ciri-ciri anti-radang, melembab dan manfaat untuk menyembuhkan kulit bermasaalah serta sensitif seperti ekzema dan kulit rosak akibat sinaran matahari.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!