Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tiada Lagi Kulit Bermasalah Dengan 10 Produk Essence Terbaik

Ucapkan selamat tinggal pada garis halus!

Ramai yang tidak tahu bahawa produk penjagaan wajah bukan hanya ada satu jenis sahaja digunakan untuk mendapat kulit yang lebih halus dan lembut. Salah satunya adalah essence sebagai pengganti toner atau penyegar yang mempunyai nutrisi, vitamin, antioksidan serta mineral yang dapat membantu serum dan pelembap anda diserap masuk ke dalam kulit dengan lebih baik. Produk ini selalunya sesuai untuk kulit kasar, kering, kusam, berminyak, berjerawat, sensitif dan kombinasi.  

Essence juga mampu untuk menjadikan kulit anda lebih sihat dan lembap kerana ianya diformulasikan dari bahan-bahan tertentu yang dapat mengatasi masalah kulit seperti garis halus, kedutan serta kulit kusam. Terkandung sejumlah bahan aktif yang berfungsi untuk menstimulasikan sel-sel kulit baru. Kenalpasti jenis kulit anda terlebih dahulu. Info berikut akan membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk kulit wajah;

mulai
RM88.90
Semak MISSHA Time Revolution The First Treatment Essence Intensive Moist (150ml) harga dibawah:

Essence dari Missha ini diperbuat daripada Fermented Himalayan Purple Barley untuk penyerapan kulit lebih cepat dan memberikan kelembapan yang maksimum untuk wajah anda. Bagi anda yang berkulit kering, produk ini sesuai untuk anda kerana ianya membuatkan kulit terhidrat serta meningkatkan struktur keanjalan kulit wajah dan tampak sihat sepanjang masa.        

Dengan mengandungi 80% Yeast Concentrate dan Niacinamide, essence ini menyerap masuk ke dalam kulit wajah untuk membuatkan anda tampil segar dan menawan. Essence ini juga mampu untuk menghalang kulit anda dari munculnya kedutan halus dan tona kulit menjadi kembali sekata.

Essence bebas paraben dan alkohol - sesuai untuk si kulit sensitif
Terbaik untuk kulit berminyak dan sensitif
mulai
RM40.80
Semak Benton Snail Bee High Content Essence (60ml) harga dibawah:
Anda berkulit sensitif dan tidak tahu produk yang sesuai? Essence dari Benton ini ada jawapan terbaik untuk anda. Dengan mengandungi 90% lendiran siput dan bee venom, ianya mampu menghapus sel-sel kulit mati serta melembap dan menghilangkan kedutan di kulit anda.
 
Bagi wanita berkulit sensitif, anda tidak boleh memakai perawatan wajah yang ada bahan kimia. Essence ini bebas paraben dan alkohol, selamat untuk kulit anda. Tekstur essence ini mengandungi bahan-bahan dari semulajadi, tidak akan menyebabkan kulit anda bertambah iritasi. 
mulai
RM65.94
Semak L’OREAL Paris Skin Expert Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water (130ml) harga dibawah:

Produk perawatan wajah yang terkenal di pasaran Malaysia, L’Oreal Paris menghasilkan kaedah penjagaan yang sesuai untuk kulit wajah wanita Asia. Diformulasikan daripada 92% ekstrak Pure Centella Asiatica yang dapat menghapuskan garis-garis kedutan dan mengembalikan keremajaan kulit wajah anda. Kulit anda akan tampil terhidrat, lembut dan anjal dalam masa beberapa hari.

Essence ini berkesan untuk menghilangkan garis halus di wajah serta tekstur produk ini tidak melekit dan meresap terus masuk ke dalam kulit anda dengan cepat. Ingin kelihatan awet muda semasa bersantai bersama rakan-rakan sebaya? Cubalah sekarang!  

Essence terbaik untuk mencerahkan kulit wajah anda
Essence terbaik untuk mencerahkan kulit wajah anda
mulai
RM54.80
Semak CLINELLE WhitenUp Spot Corrector Essence harga dibawah:

Clinelle mengeluarkan rangkaian produk perawatan wajah yang bersesuaian untuk mencerahkan kulit wajah anda yang kusam dan tidak bermaya. Tona kulit wajah anda tidak sekata akibat liang pori dan bintik hitam? Essence dari Clinelle ini dapat mengurangkan pigmentasi kulit dan menutup cela di wajah anda dalam masa hanya 14 hari.

Dengan ekstrak beras ungu Jepun, bunga Daisy dan vitamin C, kulit anda akan tampil segar dan tiada lagi tompok hitam. Struktur kulit wajah anda yang baru akan membuatkan kulit tampak cerah dan bersinar.

Essence terbaik dari drugstore
mulai
RM49.50
Semak NARUKO Raw Job’s Tears Essence (30ml) harga dibawah:

Essence dari Naruko ini mengandungi intipati yang terbaik untuk mencerahkan kulit wajah anda dari kusam, kasar dan berminyak serta menjadi pilihan utama pengguna membeli dari drugstore Watsons. Tekstur produk ini mengandungi Gluconolactone, raw job’s tears (bahan khas anti-kusam), Vitamin B3 dan ekstrak Tremella dapat melembapkan serta bertindak sebagai agen penghapus liang pori.

Essence ini sesuai untuk wanita yang kulit berminyak dan kusam untuk meningkatkan kembali keserian wajah anda. Tampil lebih yakin dengan kulit yang lebih lembut dan halus.

Essence yang murah di pasaran - sesuai untuk kulit remaja 
Essence terbaik untuk kulit remaja dan murah di pasaran
mulai
RM25.41
Semak GARNIER Sakura White Pinkish Radiance Essence Lotion (120ml) harga dibawah:

Kebanyakkan remaja masih belum mengalami sebarang masalah kulit wajah akibat bahan kimia yang terdapat di dalam alat solekan mahupun asas penjagaan. Garnier, salah satu produk yang terkenal di pasaran Malaysia ini, terbaik untuk anda kerana ianya mampu membuatkan kulit wajah kekal terhidrat dan menjadi segar semasa melakukan aktiviti luar.

Diperkaya dengan ekstrak bunga Sakura dari Jepun, asid hyaluronik, Vitamin B3 dan CG, kulit anda akan kelihatan ‘pinkish’ dan bertambah cerah. Walaupun berjemur di bawah sinar matahari, kulit wajah anda kekal segar dan bermaya.

Essence terbaik khas dari Korea
Essence terbaik khas dari Korea
mulai
RM133.50
Semak INNISFREE Soybean Energy Essence (150ml) harga dibawah:

Ingin tampil cantik ala-ala artis wanita Korea? Bagi anda yang gemar menonton drama Korea, pasti anda tahu akan jenama Innisfree yang mendapat liputan meluas di Korea. Essence ini diperbuat daripada bahan semula jadi yang dapat membuat kulit anda tampak bermaya dan segar. Untuk wanita yang inginkan perlindungan kulit yang terbaik, produk ini untuk anda.

Manfaat essence ini adalah untuk mencerahkan kulit kusam dan meremajakan kulit wajah anda. Diformulasikan dari kacang soya yang diambil khas dari Kepulauan Jeju, essence ini mampu menghilangkan kekotoran dan menutup cela pada kulit wajah anda.

Essence terbaik untuk kulit bermasalah jerawat
Essence terbaik untuk kulit bermasalah jerawat
mulai
RM175.00
Semak PRIMERA Miracle Seed Essence (150ml) harga dibawah:

Untuk wanita yang kulit berminyak cenderung berjerawat, kandungan essence ini bernutrisi ringan, anti-penuaan, mencerahkan dan memberi penghidratan yang tinggi. Dengan 93.1%  ekstrak biji bunga teratai dapat mengurangkan masalah kulit anda yang mungkin disebabkan oleh pencemaran dari alam sekitar atau stres.

Selain itu, essence ini juga mengandungi asid amino dan asid linoleic yang tinggi untuk melembapkan kulit yang kering dan kusam. Tekstur essence yang berbentuk gel dapat meratakan tona kulit wajah anda sehingga tidak lagi tampak berbelang.

Produk essence terbaik untuk kulit kombinasi
Produk essence terbaik untuk kulit kombinasi dan tahan lama
mulai
RM68.00
Semak LANEIGE Water Bank Essence_EX (60ml) harga dibawah:

Laneige, satu jenama penjagaan wajah yang tidak asing lagi dalam pasaran menghasilkan essence sesuai untuk kulit kombinasi (normal to dry). Diperbuat daripada bahan semulajadi, essence ini mampu untuk bertahan selama 24 jam dan meningkatkan tekstur kulit menjadi lebih bersinar.

Dengan ekstrak tillandsia, benih Quinoa dan Hydro Ion Mineral Water, essence ini akan cepat meresap masuk untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dan memperbaiki lapisan kulit baru. Fungsi utama essence ini adalah untuk mengekalkan kelembapan dan memberikan keseimbangan buat kulit anda agar kekal sihat.

Essence terbaik untuk anda yang kulit berminyak
COSRX
mulai
RM45.00
Semak COSRX Advanced Snail 96 Mucin Power Essence (100ml) harga dibawah:
add_circle Tanpa alkohol
add_circle Memperbaiki tekstur kulit
add_circle Dapat memberi kelembapan wajah
add_circle Mengurangkan kemerahan
remove_circle Mengandungi pewangi

Essence dari produk Cosrx ini sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak. Diformulasikan dengan 96% dari ekstrak mucin (mucus) siput, Advanced Snail 96 Mucin Power ini mampu mengekalkan kelembapan kulit wajah dan menghapuskan sel-sel kulit mati.

Essence ini juga dapat menambah nutrien serta perbaiki masalah kulit dengan membuatkan kulit anda bertambah anjal dan kelihatan awet muda. Ianya menghalang kulit wajah anda dari penghasilan minyak yang berlebihan dan teksturnya tidak membuatkan kulit anda terasa melekit.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih! 

End of Article