Bagi wanita, rambut adalah mahkota yang perlu dijaga dengan sebaiknya. Tak ramai diantara kita yang “rajin” untuk menjaga rambut seperti menggunakan conditioner. Proses untuk syampu rambut dan mandi saja sudah memakan masa terutama bagi wanita yang memakai tudung. Proses mengeringkan rambut selalunya menyebabkan anda jarang sekali menggunakan perapi rambut kerana langkah-langkah yang remeh.

Tetapi tahukah anda bahawa conditioner ada peranan penting dalam penjagaan kesihatan rambut?  Conditioner adalah produk yang dapat melembapkan folikel rambut dengan segera. Rambut anda akan terasa lebih halus dan tidak kusut. Perapi rambut ini baik untuk wanita yang berambut panjang dan sesuai untuk wanita bertudung.

Tak tahu conditioner yang sesuai untuk rambut anda? Pertama sekali, kenali dulu jenis-jenis rambut anda. List dibawah ini pasti dapat membantu anda.  

1. PANTENE Pro-V3 Minute Miracle Conditioner Hair Fall Control 180ml

Conditioner rambut yang murah, terbaik untuk rambut gugur
Harga mulai RM10.29
Beli di Shopee Malaysia

Rawat rambut anda dengan perapi penjagaan Pantene Hair Fall Control yang dibuat khusus untuk menjaga kesihatan rambut anda dari akar umbi. Perapi ini melindungi rambut dari gugur dengan memperkuatkan setiap helai rambut anda daripada rosak.

Diformulasikan dengan Nutrilock, perapi ini akan membuatkan rambut anda kekal kuat dan sihat walaupun dicuci setiap hari. Ianya juga dapat menyuburkan rambut, menipis dan mengurangkan peratus rambut keguguran. Rambut anda tidak akan kusut sepanjang hari. Harga yang sangat berpatutan. Jalani rutin harian anda dengan penuh yakin!

2. L’Oreal Total Repair Conditioner 325ml

Conditioner sesuai untuk rambut kering dan bercabang
Harga mulai RM11.16
Beli di Hermo Malaysia

L’Oreal Total Repair 5 Conditioner ini melawan 5 tanda kerosakan yang nyata pada rambut seperti rambut rapuh, kering, kusam, cepat patah dan bercabang. Dilengkapi dengan dwi-tindakan untuk memperbaiki serta melindungi helaian rambut dari dalam dan luar.

Bahan aktif yang terkandung dalam perapi ini memiliki tekstur yang ringan dan conditioner ini akan menyerap pada rambut anda dengan lebih mudah. Kandungan Micro-Ceramide dapat memperbaiki kerosakan rambut sehingga rambut kembali kuat, lembap dan bersinar. Perapi ini pilihan yang tepat untuk anda yang mempunyai jenis rambut kering dan bercabang di hujung rambut.   

3. Himalaya Protein Conditioner Repair & Regeneration

Conditioner terbaik untuk rambut frizzy
Harga mulai RM29.60
Beli di Hermo Malaysia

Jenama Himalaya ini sangat terkenal di kalangan pengguna yang gemarkan produk-produk berasaskan organik. Himalaya juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan perapi rambut yang intensif untuk rambut kering, frizzy dan juga sesuai untuk anda yang mempunyai rambut rosak.

Perapi ini dapat membaikpulih dan melindungi rambut anda dari rosak yang lebih teruk dengan memastikan ianya sentiasa sihat dan lembut. Bahan utama yang terkandung di dalam perapi ini ialah Aloe vera, Yarrow, Chickpea dan Bean Sprout mampu bertindak sebagai pelembap rambut semula jadi yang berkesan.    

4. SUNSILK Conditioner Perfect Straight 320ml

Terbaik untuk rambut lurus & halus tetapi mengembang
Harga mulai RM10.80
Beli di Shopee Malaysia

Anda mempunyai jenis rambut yang lurus dan halus tetapi sukar diuruskan? Hal itu terjadi akibat rambut anda terlalu kering dan cepat mengembang. Gunalah rangkaian conditioner dari Sunsilk ini, sesuai untuk anda yang berambut lurus dan halus.

Sunsilk mencipta satu formula baru bersama Yuko Yamashita, pakar perawatan rambut dari Tokyo. Diformulasikan dengan Straight Lock Technology, untuk mempertahankan rambut lurus agar tetap rapi dan halus bak sutera. Jadi anda tidak perlu risau dengan rambut mengembang, gunakan saja perapi ini selepas mandi.

5. Botanicals by L’Oreal Paris Geranium Radiance Remedy Conditioning Balm 200ml

Conditioner terbaik untuk rambut berwarna
Harga mulai RM28.20
Beli di Hermo Malaysia

Perapi terbaharu dari L’Oreal Paris Geranium ini sesuai untuk rambut berwarna atau kusam. Dengan intipati utama kelopak geranium, bunga melati, lavender dan mawar, ianya boleh menghidrat dan menghidupkan semula warna rambut dan menaikkan seri rambut yang kusam.  

Botanicals Geranium Radiance Remedy Conditioner membantu melegakan kulit kepala anda dengan terhidrasi dan bersinar secara sihat. Aroma yang menyegarkan, perapi ini adalah pilihan yang terbaik untuk rambut anda yang berwarna dan kusam.

6. OUAI Leave In Conditioner

Leave in conditioner terbaik untuk rambut kerinting
Harga mulai RM108.00
Beli di Sephora Malaysia

Conditioner dari Sephora ini sesuai bagi anda yang mempunyai jenis rambut kerinting atau cepat kusut. Perlindungan haba yang terkandung dalam perapi ini bertujuan untuk mengurangkan rambut anda menjadi kerinting serta kembalikannya kepada bentuk yang lebih halus dan licin.

Bahan yang terkandung di dalam semburan ini seperti ekstrak bunga mawar, bergamot dan cendana dapat meluruskan rambut yang cepat kusut (frizzy). Ianya juga dapat melindungi rambut daripada kesan haba dan melicinkan rambut yang kerinting sehingga rambut anda terasa lembut, berkilau. Jom cuba!

7. DOVE Nutritive Solutions Conditioner 330ml

Conditioner haruman yang wangi, terbaik untuk rambut rebonding
Harga mulai RM15.40
Beli di Hermo Malaysia

Dove Intense Repair Conditioner membantu menyuburkan rambut serta membaiki kerosakan dan memulihkan semula rambut anda menjadi sihat dan kuat. Bagi wanita yang melakukan teknik rebonding, rambut akan cepat rosak dan kering akibat penggunaan bahan kimia tertentu semasa melakukannya.

Perapi keluaran Dove dirumuskan dengan Nutri-Keratin Repair Actives, ia mampu membaiki tanda-tanda kerosakan awal pada permukaan rambut. Menyuburkan rambut secara progresif, ia mampu untuk menjadikan rambut lebih kuat dan sihat selepas mencuci dengan syampu. Tidak dinafikan baunya juga sangat menyenangkan.

8. DOVE Nutritive Solutions Volume Nourishment Conditioner 330ml

Conditioner yang sesuai untuk rambut berminyak
Harga mulai RM11.80
Beli di Shopee Malaysia

Rangkaian conditioner dari Dove ini mengeluarkan produk yang bersesuaian bagi anda yang mempunyai kulit kepala dan rambut berminyak. Conditioner ini mengandungi bahan semulajadi yang dilengkapi dengan Oxyfusion Technology.

Nutritive Solutions Volume Nourishment Hair ini mampu mengatasi rambut berminyak dan menjadikan rambut tampak lebih lembut, halus dan mudah diatur. Conditioner ini juga boleh menambah volume rambut anda sehingga 95%.  Jadi anda yang mempunyai rambut berminyak, usah lagi risau. Gunakan saja conditioner ini!

9. VERB Hydrating Conditioner

Conditioner rambut sesuai untuk lelaki
Harga mulai RM35.00
Beli di Sephora Malaysia

Sesetengah kaum lelaki sebenarnya jarang menjaga rambut mereka sendiri tetapi usah risau,  ada produk perapi yang sesuai untuk lelaki. Perapi dari VERB ini memberikan penghidratan yang baik serta membaiki kerosakan yang ada pada rambut anda serta mengembalikan kelembutannya.

Protein Quinoa secara semulajadi yang ada dalam perapi ini akan membuatkan rambut anda bersinar dan melembap sepanjang hari. Manakala protein keratin sayurannya memelihara setiap helai rambut anda sehingga menjadi kuat dan tahan lentur. Pelembap pro-vitamin B5 dan asid amino yang terkandung akan mengurangkan rambut kering serta menghidrasi rambut anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aishamza

An inspired novelist dream to explore the world of creative writing.

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!