Makeup merupakan benda yang amat penting bagi semua wanita kerana ia menaikkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan seseorang. Terdapat pelbagai jenis berus dengan saiz yang berbeza membuat anda keliru setiap kali ingin membelinya. Setiap berus ada fungsi yang tertentu supaya make up nampak lebih kemas dan serata.

Menggunakan berus dengan fungsi yang betul dapat menonjolkan lagi make up supaya nampak lebih cantik dan sempurna. Jika anda tahu fungsi setiap berus, anda tidak akan menghadapi masalah make up tidak rata dimuka.

Sebenarnya, tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk memiliki set berus makeup yang anda impikan. Ini adalah set berus makeup dengan harga berpatutan yang perlu dimiliki oleh semua wanita.

1. Miss Hana Dandelion Brush 

Set berus makeup untuk mata dan bibir

Harga mulai RM14.63

shopping_cart Hermo Malaysia RM14.63

Tidak mempunyai set berus makeup mata dan bibir? Jangan risau kerana ini adalah set berus mata dan bibir yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Berus ini sangat mudah untuk digunakan ketika menggunakan eyeshadow atau ketika memakai lipstick liquid. Sudah semestinya mata dan bibir pasti nampak lebih sempurna dengan menggunakan set berus ini.

2. Makeup Brush Kabuki White

Set berus makeup yang Halal

Harga mulai RM10.50

shopping_cart Lazada Malaysia RM10.50

Set berus ini tidak menggunakan bulu haiwan tetapi diperbuat daripada sintetik. Jadi, tidak perlu meragui status Halal set berus makeup ini. Walaupun ia hanya menggunakan sintetik, bulu berus ini sangat lembut seperti set berus yang diperbuat daripada bulu haiwan dan ia juga senang digunakan.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Mermaid Fishtail Colourful handle Makeup Brushes

Set berus makeup yang unik

Harga mulai RM22.80

shopping_cart Lazada Malaysia RM22.80

Sering tertukar berus makeup dengan rakan atau adik-beradik kerana memiliki warna yang sama? Ini adalah set berus makeup yang berwarna warni dan berbeza daripada set berus yang lain. Bentuk berus ini yang seperti ‘mermaid fishtail’ juga merupakan bentuk yang sangat unik. Selepas ini, pasti set berus makeup tidak akan tertukar lagi dengan adik-beradik atau rakan lain.

4. Stage Trio Traveller Set

Set berus makeup yang kecil dan mudah dibawa

Harga mulai RM35.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM35.00

Suka travel atau suka memakai beg tangan yang kecil? Set berus makeup yang kecil dan comel ini sangat sesuai untuk dibawa kemana sahaja. Selain itu, beg yang diberi juga diperbuat daripada kulit ular palsu yang agak tahan lama. Walaupun set berus makeup ini kecil tetapi ia nampak elegan dengan beg yang diberikan.

5. CERRO QREEN Makeup Brush Set - Kobicha Brown

Set berus makeup yang terbaik

Harga mulai RM75.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM75.90

Ingin memiliki berus makeup yang sangat lembut dan gebu? Set berus ini diperbuat daripada bulu haiwan dan sudah semestinya ia sangat lembut apabila digunakan. Pemegang berus ini juga diperbuat daripada kayu, jadi ia nampak sangat unik dan elegan.

Bukan itu sahaja, dengan pembelian set berus makeup ini, beg hitam kecil akan diberikan dan mudah untuk anda menyimpan kesemua set berus makeup.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Coringco Sweet Pink

Set berus makeup untuk pemula

Harga mulai RM65.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM65.00

Untuk mereka yang sangat meminati warna merah jambu, ini ialah set berus makeup yang diidamkan. Warna berus makeup ini bukan sahaja menarik hati tetapi ia juga merupakan set berus asas makeup yang lengkap. Selain itu, cermin kecil disertakan sekali dengan set berus makeup ini.

Para wanita yang ingin mencuba menggunakan berus buat pertama kali ketika makeup harus memilikinya sekarang.

(Sesuai untuk mereka yang masih lagi seorang “newbie” dalam dunia makeup.)

7. Cerro Qreen Professional Makeup Brush Set

Set berus makeup profesional yang terbaik

Harga mulai RM108.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM108.00

Inginkan set berus makeup yang lengkap? Set berus ini sangat sesuai digunakan oleh mereka yang profesional kerana mengetahui setiap fungsi berus yang disediakan. Set ini datang dengan sebuah beg untuk menyimpan set 18 jenis berus. Senang untuk dibawa kemana saja.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Azreena

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!