Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Concealer Untuk Menutupi Segala Ketidaksempurnaan Kulit Anda

Concealer sememangnya menjadi pelengkap untuk setiap solekan. Ia boleh didapati di dalam bentuk cecair ataupun jenis padat. Penggunaan concealer ini dapat memberikan solekan anda nampak lebih licin dan bebas dari parut kerana ia membantu dalam menutupi segala cela parut, jerawat atau hitam di bawah mata.

Justeru itu, anda juga seharusnya memakai concealer yang bersesuaian dengan tona kulit anda agar tidak kelihatan pelik. Berikut beberapa jenis concealer yang disyorkan dan mungkin boleh membantu anda ketika membeli.

Concealer farmasi yang terbaik
Maybelline
Concealer farmasi yang terbaik
Semak Maybelline Instant Age Rewind Concealer harga dibawah:

Concealer dari jenama ini bersaiz kecil dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Dengan formula aktif Haloxyl, ia membantu dalam mengurangkan lingkaran hitam dan bengkak di bawah mata. Tekstur yang ringan dan lembut sesuai untuk menjadi pelengkap solekan setiap hari. Anda boleh dapatkan concealer jenama Maybelline ini di kedai farmasi yang terdekat ataupun online juga.

Concealer yang murah
Silky Girl
Concealer yang murah
Semak Silkygirl Quick Fix Care Concealer harga dibawah:

Concealer yang mudah untuk digunakan, hanya dengan sekali pulasan untuk penggunaan.

Dengan bahan-bahan yang terkandung, ia membantu dalam mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata, bintik-bintik hitam dan juga menutupi liang pori yang terbuka.

Terdapat dalam dua warna pilihan mengikut keserasian tona kulit anda iaitu warna natural medium dan natural light. Anda tidak perlu risau jika mempunyai kulit yang kering kerana concealer ini mampu melembapkan kulit agar kekal segar.

NYX PROFESSIONAL MAKEUP Wonder Pencil

BELI DISINI

RM 23.58

Concealer pencil terbaik

Concealer 3 dalam 1 ini mampu menutupi cela, membuat garisan dan juga mencerahkan garis hitam di bawah mata anda. Ia sangat mudah untuk digunakan – anda hanya perlu melukis pada bahagian yang anda inginkan dan ia juga boleh digunakan pada bibir untuk garisan gincu. Anda boleh memilih 3 warna pilihan iaitu light, medium, dan deep.

Semestinya ringan untuk dibawa di dalam beg tangan anda.

Concealer terbaik untuk kulit berminyak & berjerawat
Concealer terbaik untuk kulit berminyak
Semak Etude House Big Cover Concealer BB harga dibawah:

Satu-satunya concealer yang bertindak sebagai krim BB, bukan sahaja itu malah ia juga mempunyai SPF 50 yang membantu melindungi kulit dari cahaya matahari. Concealer yang terbaik untuk menutupi cela yang terdapat pada wajah anda. Anda tidak perlu risau kerana ia tidak memberi rasa iritasi pada kulit dan ia juga tahan lebih lama untuk penggunaan seharian.

Concealer yang terbaik dengan teksturnya yang lembut.

Concealer untuk kening
Semak Innisfree Mineral Stick Concealer 2g harga dibawah:

Tiada yang lebih menarik selain memiliki concealer jenis stik ini, ia sangat mudah untuk digunakan. Dengan stik ini, kening atau lingkaran hitam dapat ditutupi dengan mudahnya. Selain itu, ia juga tidak menjadikan kulit anda kering tetapi kulit nampak lebih licin dan bebas dari kesan parut.

Mempunyai dua pilihan warna untuk dipilih dan pilihlah mengikut kesesuaian kulit anda.

Concealer lokal yang bagus
Sendayu Tinggi
Semak Sendayu Tinggi Full Cover Concealer harga dibawah:

Concealer yang melengkapi solekan anda. Ia sangat sesuai untuk menutupi parut, tona kulit tidak sekata dan lingkaran hitam di bawah mata. Selain itu, semestinya concealer dari jenama ini tahan lebih lama sehingga 12 jam. Teksturnya yang ringan dan tidak menyumbat pada pori memberi keselesaan pada si pemakai.

Ia bukan sahaja boleh digunakan sebagai concealer malah ia juga boleh dijadikan sebagai highlight. Bagi anda yang tertanya-tanya, concealer ini sangat sesuai untuk kulit kering, kombinasi dan berminyak.

Concealer bawah mata yang bagus
Concealer bawah mata yang bagus
Semak BeautyMaker - Aqua Eye Concealer harga dibawah:

Concealer dari jenama ini terbukti keberkesanannya kerana ia dapat membantu anda dalam menutupi masalah hitam di bawah mata, parut dan juga kemerahan pada wajah. Dengan bahan-bahan yang terkandung di dalam concealer ini, ia dijamin selamat dan memberi perlindungan yang lebih lama.

Jika anda mempunyai jenis kulit kering, jangan risau kerana ia tidak mengeringkan malah kekal melembapkan kulit anda sepanjang pemakaian. Anda harus mencubanya sendiri, ramai yang telah berpuas hati dengan hanya sekali penggunaan.

Concealer tutup parut yang terbaik
Concealer tutup parut yang terbaik
Semak Revlon ColorStay Concealer harga dibawah:

Concealer yang tahan lama dan mampu bertahan sehingga 24 jam. Teksturnya  ringan dan memberi penutupan yang sepenuhnya kepada kulit yang berparut agar nampak lebih licin sempurna. Selain itu juga, ia turut membantu anda menutupi lingkaran gelap pada mata dan menjadikan solekan seharian nampak lebih sempurna.

Concealer dari jenama ini mempunyai 3 pilihan warna untuk pemilihan anda iaitu light medium, medium dan medium deep.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article