Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Foundation Bagus Dibawah RM50 Yang Boleh Dibeli Online

Penggunaan produk kosmetik telah menjadi satu ikutan pada masa kini, bahkan kebanyakan remaja juga telah menunjukkan minat mereka dalam penggunaan produk-produk kosmetik. Sesetengah produk kosmetik seperti foundation berkos tinggi dan susah bagi sesetengah individu untuk mendapatkannya. Namun, terdapat beberapa produk kosmetik seperti foundation yang berkualiti dan bagus dijual dibawah harga RM 50.

Hal ini akan menyebabkan, ramai individu yang berkemampuan sederhana seperti remaja untuk memiliki foundation yang murah ini bahkan berkualiti dan bagus tanpa memikirkan masalah kewangan.

Foundation terbaik untuk kulit berminyak
Maybelline
Foundation farmasi terbaik untuk remaja
Semak Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation harga dibawah:
add_circle Perlindungan SPF 22
add_circle Formula Superfine Silky Particies
add_circle Lebih 20 jenis pilihan tona warna
remove_circle Terlalu berminyak
remove_circle Tekstur sedikit berat

Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation ini terdiri dari pelbagai tona warna yang mampu memberi padanan tona warna dengan tona kulit wajah anda. Foundation ini mampu menyesuaikan teksturnya kepada mereka yang berkulit normal dan berkulit berminyak.

Meskipun, sesetengah foundation mampu membesarkan pori-pori dan menyebabkan kulit berminyak, tetapi produk ini mengandungi Micro-powders yang bijak untuk menghilangkan pori-pori dan menyerap minyak berlebihan pada kulit wajah. 

Foundation farmasi dengan SPF terbaik
Silky Girl
Terbaik untuk remaja dan acne-prone skin
Semak Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation harga dibawah:

Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation ini diformulasikan dengan Nano Seaweed Plus Vitamin E untuk mencegah kulit dari kekeringan dan kedutan. Nanosphere 100 Vitamin A Palmitate membantu pertumbuhan kulit dan keanjalan kulit, membantu merangsang peredaran darah dan pernafasan pada kulit wajah.

Produk ini juga mengandungi SPF 30 untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB, ia sangat sesuai untuk individu di negara Asia.

Foundation waterproof terbaik
Foundation waterproof terbaik
Semak Elianto Stay Comfort Liquid Foundation 30ml harga dibawah:

Elianto Stay Comfort Liquid Foundation ini memberikan keselesaan dan kulit yang ternyata sempurna. Produk ini diformulasikan dengan SPF 20 untuk melembabkan, mengawal minyak, memberikan kesempurnaan, dan melindungi kulit untuk kelihatan lebih natural. Foundation ini sangat tahan lama, tahan peluh dan air untuk memberikan rupa yang berseri dan bersinar.

Foundation terbaik yang tahan lama dan murah
Foundation terbaik yang tahan lama dan murah
Semak LAKME Perfecting Liquid Foundation 27ml harga dibawah:

LAKME Perfecting Liquid Foundation ini berfungsi untuk menutupi cela, tona tidak sekata dan dark circles. Produk ini diformulasikan untuk tahan air dan tahan lama agar foundation di wajah kekal sempurna tanpa kesan comot. Foundation ini mengandungi Vitamin E dan silicones untuk meremajakan, menambah dan menyuburkan kulit wajah dengan menggunakannya.

Foundation yang sesuai untuk kulit kering
Foundation yang sesuai untuk kulit kering
Semak Palladio Herbal Foundation Tube harga dibawah:

Palladio Herbal Foundation Tube ini merupakan ini merupakan formula bebas minyak yang unik, mengandungi pigmen yang mencerminkan kesan cahaya pada kulit untuk menghasilkan penampilan semula jadi matte. Foundation ini juga mengandungi Vitamin A dan E, serta esktrak Ginseng dan Gingko yang membantu mengurangkan garis-garis halus, liang-liang pori yang besar dan ketidaksempurnaan yang lain.

Produk ini juga mengandungi Aloe Vera, Cucumber dan Chamomile untuk melembabkan kulit wajah.

Terbaik untuk remaja
Semak Avon True Color Luminous Liquid Foundation SPF 15 harga dibawah:

Avon True Color Luminous Liquid Foundation ini diformulasikan dengan teknologi Invisi-Blend yang ringan untuk memberikan perlindungan pada kulit wajah sepenuhnya. Produk ini mengandungi SPF 15 untuk melindungi kulit dari sinaran matahari. Foundation yang bebas minyak ini sesuai untuk semua jenis kulit dan menggunakannya sepanjang hari akan memberikan keselesaan berpanjangan pada kulit pengguna, malah ia merupakan produk yang non-comodegenic.

Foundation full coverage terbaik untuk kulit berjerawat
Semak L’Oreal Make Up Designer Mat Magique Liquid Foundation 30ml harga dibawah:

L’Oreal Make Up Designer Mat Magique Liquid Foundation ini merupakan foundation yang memberikan penggunanya berketerampilan segar sehingga 12 jam. Foundation ini tidak meninggalkan kesan minyak pada kulit wajah dan memastikan kulit kelihatan sekata memakainya tanpa kesan comot. Produk ini bertindak untuk menyerap ke dalam kulit wajah dengan pantas dan memberikan penampilan yang sempurna dengan fungsinya yang mampu menutup parut atau kesan jerawat.

Foundation ringan terbaik untuk kulit sensitif
Foundation ringan terbaik untuk kulit sensitif
Semak Deeja Cosmetic Diamond Foundation harga dibawah:

Deeja Cosmetic Diamond Foundation ini mengandungi SPF50 Collagen. Produk ini berfungsi untuk menghaluskan, melembutkan kulit wajah dan menutup serta memudarkan parut dan cela pada kulit wajah. Foundation ini mempunyai tekstur yang sangat ringan, lembut, tidak berminyak dan melekit. Produk ini juga tahan sehingga 12 jam dan sesuai untuk kesemua jenis kulit termasuk kulit kering dan kulit sensitive.

Bagi mereka yang beragama Islam, produk ini semestinya Halal dan boleh dibawa solat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article