Eyeliner merupakan salah satu alat solek yang wajib ada bagi setiap wanita di luar sana tetapi ada yang masih mencari eyeliner yang sesuai untuk dipakai ketika bekerja atau ke Shopping Mall. Terdapat pelbagai jenis eyeliner iaitu pencil eyeliner, liquid eyeliner, liquid pencil eyeliner dan gel eyeliner. Oleh sebab itu, anda akan mengalami sedikit kekeliruan untuk memilih eyeliner yang bagus kerana terlalu banyak jenis eyeliner yang dijual tetapi setiap eyeliner mempunyai fungsi yang berbeza. Jika anda mempunyai masalah kulit yang berminyak, anda boleh mendapatkan eyeliner mengikut kesesuaian kulit anda.

Fungsi eyeliner ialah boleh menampakkan mata yang sepet menjadi lebih besar atau mata yang besar nampak lebih kecil. Eyeliner bukan sekadar alat solek di mata namun ia akan menambahkan keyakinan untuk berhadapan dengan orang lain.

1. Maybelline Eyestudio Lasting Drama Gel Eyeliner Black

Eyeliner jenis gel terbaik yang waterproof dan smudgeproof

Harga mulai RM39.90

shopping_cart Hermo Malaysia RM39.90

Eyeliner ini bukan sahaja sangat sesuai untuk kulit berminyak, malah eyeliner ini ialah jenis waterproof dan smudge-proof. Eyeliner ini juga dapat bertahan selama 36 jam. Selain itu, ia selamat digunakan bagi orang yang mempunyai mata yang sensitif atau yang menggunakan kanta mata. Jadi anda tidak perlu risau lagi untuk menggunakannya.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. MAC Rollerwheel Liquid Liner

Liquid eyeliner terbaik untuk pemula

Harga mulai RM97.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM97.00

Eyeliner ini sangat berbeza dan senang digunakan kerana bentuknya yang seperti roda kecil dapat menghasilkan garisan lurus ataupun geometri. Rodanya sangat kecil dan nipis, jadi tiada masalah jika anda mahu menggunakannya sebagai permulaan. Produk ini merupakan waterproof dan warnanya tidak pudar. Walaupun harga yang diberikan di pasaran sedikit mahal namun ia bersesuaian dengan kualiti produk yang dijual.

Anda tidak akan ada masalah lagi dengan eyeliner yang tidak sekata. Percayalah, kawan anda pasti akan tegur tentang garisan eyeliner anda yang kelihatan kemas dan sempurna.

3. SILKYGIRL Perfect Matte Liquid Eyeliner

Eyeliner matte murah terbaik untuk kulit berminyak

Harga mulai RM24.50

shopping_cart Hermo Malaysia RM24.50

Eyeliner ini mengandungi paraben free. Pasti anda tertanya-tanya apa itu paraben-free? Paraben-free ialah bahan pengawet yang digunakan untuk melindungi alat solek anda daripada bakteria. Harga yang dijual di pasaran

juga sangat murah dan produk ini mempunyai ketahanan sehingga 17 jam. Eyeliner ini merupakan smudge proof, bermakna anda boleh menggunakannya walaupun kulit muka anda berminyak atau berpeluh.

4. KOJI Dolly Wink Pencil Liner Black

Eyeliner pensil yang bagus dan tahan lama 

Harga mulai RM45.20

shopping_cart Hermo Malaysia RM45.20

Bagi anda yang merasakan lebih senang menggunakan pencil dari liquid, anda boleh mencuba pencil eyeliner dari Dolly Wink.Walaupun ia merupakan pencil eyeliner tetapi mata pencil yang digunakan sangat lembut dan senang digunakan. Pencil eyeliner ini juga merupakan waterproof eyeliner dan mempunyai ketahanan yang lama. Selain itu, ia sangat mudah dipadam dengan menggunakan make up remover.

5. Crystal Dia Brush Eyeliner

Eyeliner pen Halal terbaik untuk mata besar

Harga mulai RM69.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM69.00

Produk ini sangat mudah digunakan kerana ia mempunyai brush muncung tirus. Tiada masalah bagi kaum wanita yang hendak menggunakan eyeliner ini kerana anda boleh pilih untuk membuat ketebalan eyeliner yang anda inginkan. Eyeliner ini bukan sahaja mudah digunakan, namun anda juga boleh menjimatkan masa anda dengan tidak perlu menunggu lama untuk mengeringkan eyeliner.

Produk ini mempunyai sijil halal, jadi anda tidak perlu ragu-ragu lagi untuk membelinya.

6. NYX Professional Makeup Vivid Brights Eyeliner

Eyeliner yang mudah digunakan

Harga mulai RM30.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM30.00

Bagi anda yang suka pakai eyeliner yang mempunyai warna yang terang, anda harus mencuba eyeliner ini. NYX mengeluarkan sebanyak sembilan warna eyeliner yang berbeza untuk menceriakan hari anda dan membuat anda lebih yakin dengan keterampilan anda. Eyeliner ini juga senang digunakan. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan, jadi anda harus milikinya sekarang.

7. Revlon Colorstay Eyeliner Black Brown

Eyeliner natural terbaik

Harga mulai RM32.31

shopping_cart Lazada Malaysia RM32.31

Pencil eyeliner ini set dalam masa 60 saat, jadi anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk keringkannya. Bukan itu sahaja, eyeliner ini juga mengandungi vitamin E dan aloevera yang sangat baik untuk mata. Selain itu, anda tidak perlu bimbang untuk menajam kan pencil eyeliner tersebut kerana ia merupakan self-sharpening eyeliner.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Azreena

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!