Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Lip Matte Dari Jenama Lokal, Harga Berbaloi Kualiti Terjamin

Support Local!

Bagi anda yang kurang tahu mengenai dunia kecantikan tempatan, kini terdapat banyak jenama-jenama kecantikan tempatan yang mula naik bak ‘cendawan yang tumbuh selepas hujan’. Kebanyakannya diusaha oleh jurusolek terkemuka atau usahawan yang sangat berpengalaman tentang bidang kecantikan.

Antara produk yang mendapat perhatian ialah rangkaian lip matte atau gincu matte. Ia biasa menjadi tarikan utama pembeli kerana variasi warna serta daya tahan lama pemakaian. 

Apa kriteria paling penting ketika memilih lip matte?

Kering, bibir merekah dan pedih antara kesan yang sering memakai lip matte. Tidak semua lip matte mempunyai kesan yang sama dan pastikan bahan yang dirumus tidak membuatkan bibir tampak tidak bermaya.

Pilihlah lip matte yang diformulasi dengan Shea Butter, Vitamin E atau minyak Jojoba. Selain itu juga padankan juga warna lip matte bersama tona kulit anda. 

Barulah anda kelihatan berseri serta selesa mengoleskan lip matte pilihan hati walaupun untuk dipakai ke pejabat. Ayuh lihat senarai lip matte dari jenama lokal. Manalah tahu, ada yang berkenan di hati nanti;

8 Lip Matte Dari Jenama Lokal Malaysia

Lip matte dengan harga paling berpatutan
Kamelia Cosmetics
mulai
RM30.00
Semak Kamelia Cosmetics Mermaid Matte Lip Crème 2.0 harga dibawah:

Didatangi dengan 3 warna Melody, Azalea dan Athena direka khas untuk para gadis yang tidak mahu kelihatan bibir over. Formula lip matte yang ringan dan lembut ini sentiasa menjadi produk best-selling Kamelia Cosmetics. Lip matte dengan bauan karamel ini produk vegan dan cruelty-free!

Siapa suka bibir pink, sesuai pilih lip matte ini!
Chique Cosmetics
mulai
RM39.00
Semak Chique Cosmetics Sandy, The Sweetest harga dibawah:

Jika anda suka makan dan minum tak usah risau bila memakai lip matte Chique Cosmetics sebab ia dijamin 100% tidak akan pudar samada selepas anda makan atau minum. Diperkaya dengan Vitamin E, Shea Butter dan minyak kekacang Almond bagi merawat dan tidak mengeringkan bibir anda. Malah ia tidak mempunyai sebarang bahan terlarang seperti parabens dan sulfates. 

Tip dari Chique sebelum memakai lip matte, pastikan anda skrub dahulu bibir supaya lip matte lebih tahan lama dan tidak merekah.

Katanya lip matte ini langsung tidak melekit dan mesra solat
7AM
mulai
RM39.00
Semak 7AM Cosmetics Lip Matte Glorious Edition harga dibawah:

Olesan lembut bak baldu dari 7AM Cosmetics boleh buat si pemakai tidak sedar sedang memakai lip matte. 6 warna basic lip matte ini sesuai untuk digayakan tak kira rona kulit anda. Efek dari bahan Honey Bee Venom, Argan Oil dan Vitamin E membuatkan bibir anda selesa, lembut dan lembab sepanjang masa. Trademark mesra solat oleh 7AM dimaksudkan ia mudah ditanggalkan dan  ringan pada bibir.

Jenama lip matte terkenal bagi para pengantin
mulai
RM45.00
Semak NVDISMS #popthatlip harga dibawah:

Jika anda mengikuti Instagram jurusolek Nad Ismail pasti anda tahu beliau sering menggunakan warna-warna dari koleksi #popthatlip untuk para pengantin dan selebriti. Diperkaya dengan Vitamin E menjadikan #popthatlip sangat selesa dipakai. Warna pilihan seperti Kalila dan Ruqayya boleh mengubah wajah anda jadi ayu! Paling seronok ia jimat kerana sekali pakai boleh tahan sepanjang hari.

Rona warm yang sesuai untuk semua jenis warna kulit
SYEDFAIZALbeauty
mulai
RM40.00
Semak SYEDFAIZALbeauty Bibir Back to Basic Lipstick harga dibawah:

Tidak seperti lip matte yang lain, Bibir Back to Basic hadir dalam bentuk bullet lipstick yang lebih senang penggayaannya. Koleksi terbaru SyedFaizalBeauty ini mengandungi Vitamin E dan minyak Jojoba demi memastikan ia mudah dioles dan kesan satin matte yang tidak terlalu kering. Rona warm atau coklat sebegini membuatkan si pemakai tampak klasik dan sesuai untuk mana-mana jenis look solekan.

Rona lip matte yang boleh mix and match
Nita Cosmetics
mulai
RM46.00
Semak Nita Cosmetics Liquid Matte Lipstick harga dibawah:

Bila baca nama-nama lip matte dari Nita Cosmetics mengimbau ingatan kepada makanan yang lazat di Malaysia. Jika anda masih terkial mengoles lip matte pada bibir, jangan risau. Aplikator lip matte ini senang digunakan dan pigmen warna juga mudah diratakan. Hasil bibir matte kering anda tetap terasa lembab hasil ramuan bahan petrolatum dan isododecane di dalam lip matte ini.

Lip matte tempatan setanding luar negara
Velvet Vanity Cosmetics
mulai
RM49.00
Semak Velvet Vanity Liqiud Matte Lipstick harga dibawah:

Jenama Velvet Vanity tidak asing lagi dan sudah mempunyai ramai ikutan di laman Instagram. 8 warna dari jenama ini sangat sesuai digayakan untuk solekan setiap hari. Walaupun ia tahan lama pada bibir, formula dari Velvet Vanity mudah ditanggalkan tanpa menyebabkan kesan iritasi pada bibir anda. 

Tak perlu oles banyak kali kerana warna lip matte ini sangat pigmen dan tekstur krim sangat selesa. Tak suka bau atau wangian dalam produk bibir? Velvet Vanity Lip Matte bebas wangian!

Variasi warna nude lip matte paling menggoda
Syedewa Cosmetics
mulai
RM69.90
Semak Syedewa Cosmetics Lip Lacquer harga dibawah:

Lip matte ini dari sentuhan jurusolek terkenal Syedewa yang mengeluarkan 8 warna nude lip matte. Olesan dari lip matte Syedewa menjanjikan hidrasi pada bibir dan kekal tahan lama. Malah bibir pemakai berasa ringan dan sangat selesa hasil formulasi melembab. Haruman ‘tembikai susu’ boleh buat anda rasa ingin menjilat dan berselera pula. Warna paling laku dari Syedewa Cosmetics ialah Paris dan Moscow.

End of Article