Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Beauty Is NOT Pain. Ini 20 Produk Kosmetik Yang Selamat Untuk Digunakan

Bebas bahan kimia berbahaya!

Kebiasaannya, bahan semula jadi atau organik yang terkandung dalam penjagaan kulit atau makeup selalu menjadi kesukaan ramai adalah Aloe Vera atau daun lidah buaya.

Tambahan pula, ia sangat sesuai untuk kulit yang mudah gatal seperti sensitif, kemerahan atau rawan jerawat. 

Apakah bahan merbahaya yang terkandung di dalam produk makeup dan penjagaan kulit?

Memang susah untuk mencari produk penjagaan diri yang benar-benar sesuai. Terdapat 10 bahan yang merbahaya untuk kulit seringkali terkandung dalam makeup atau produk skincare seperti SLS, phthalates, paraben, triclosan, siloxanes, resorcinol, BHA, kompaun EG (polyethelyne glycol), octinoxate, petrolatum atau pewangi tiruan (fragrance).

Jadi jalan terbaik untuk merawat kulit sekali-sekala adalah dengan menggunakan bahan semula jadi. 

Jom lihat senarai produk dibawah yang bebas dari bahan kimia merbahaya dan mengandungi organik semulajadi baik untuk kulit anda;

20 Produk Skincare dan Makeup di Malaysia yang Selamat

Skincare

Micellar water organik - melindungi kulit sensitif sepenuhnya
ORIGINS
mulai
RM158.00
Semak ORIGINS Mega-Mushroom Skin Relief Micellar Water (200ml) harga dibawah:

Dikenali sebagai ‘Cendawan Keabadian’ dipercayai mempunyai sifat anti penuaan dan sangat terkenal digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menyembuhkan, meningkatkan kesihatan dan membantu kulit agar nampak kekal awet muda. 

Dirumus dengan gabungan Meil’s Mega Mushroom, Cordyceps, Honey dan Plus Sea Buckthorn, micellar water dari jenama Origins ini memberi penghidratan serta merta terutama buat anda yang memiliki kulit kering dan sensitif. Tambahan lagi, ianya membantu mengurangkan kesan kemerahan dan menjadikan kulit lebih kuat terhadap penuaan akibat polusi atau pencemaran udara.

Cleanser organik untuk kulit rawan jerawat dengan minyak Tea Tree
The Body Shop
Cleanser sesuai untuk kulit berjerawat
mulai
RM50.00
Semak The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash (250ml) harga dibawah:

Pencuci  muka Tea Tree dari Body Shop berasaskan gel yang menyegarkan dan melawan jerawat sedia ada. Ianya juga berkesan untuk menghalang dari kemunculan semula jerawat serta mengawal akses minyak yang berlebihan. 

Diperkaya dengan minyak Tea Tree berasal dari kaki bukit Gunung Kenya, pembersih muka ini melindungi kulit anda dari pelbagai masalah kulit termasuk jerawat dan komedo. Ia juga meningkatkan keserian dan keseimbangan semulajadi kulit anda. Tak perlu risau lagi masalah iritasi kulit!

Scrub wajah organik dengan kepekatan buah Apricot, memulihkan keretakan kulit
BURT’S BEES
mulai
RM74.00
Semak BURT’S BEES Peach & Willow Bark Deep Pore Scrub harga dibawah:

Tanpa iritasi, tanpa keradangan. Burt’s Bees Apricot ini sangat sesuai buat yang berkulit kering serta sensitif kerana ianya mengandungi kandungan antikoksidan yang tinggi seperti buah Apricot bagi memulihkan keretakan kulit serta melindungi wajah anda dari sebarang masalah. 

Selain memberi rawatan berpanjangan, minyak daun pudina di dalamnya juga memberi aroma menyegarkan dan keselesaan sepanjang hari. Ia juga tidak meninggalkan rasa melekit atau berminyak kepada si pemakai, membantu bibir anda berasa lebih lembut dan segar.

Toner wajah dari Jepun melawan pembentukan penuaan
Benton
mulai
RM46.49
Semak Benton Snail Bee High Content Skin Toner (150ml) harga dibawah:

Dengan kandungan Snail Secretion Filtrate, Bee Venom serta variasi bahan semulajadi, Benton Snail Bee Content Skin Toner dapat membaiki kerosakan pada wajah seperti parut jerawat dan bintik hitam. Ianya mampu menghasilkan kolagen dan memberi keanjalan pada kulit wajah anda.

Ekstrak Arbutin yang terdapat di dalam toner ini juga dapat melawan penampilan penuaan selepas beberapa kali penggunaan. Toner dari jenama Benton ini telah diuji secara klinikal, selamat untuk semua jenis kulit terutama buat anda yang jenis sensitif atau cenderung jerawat.

Face mask kolagen dengan Vitamin C bagi mencerahkan kulit
Dr. Dennis Gross
mulai
RM60.00
Semak Dr. Dennis Gross Vitamin C+ Collagen harga dibawah:

Masker wajah C+ Colagen Biocellulose dari Dr. Dennis Gross yang sangat lembut dan halus ini berfungsi sebagai detoks untuk menghilangkan kekotoran, lebihan minyak serta jerawat yang terperangkap di bawah kulit wajah. Untuk anda yang sentiasa alami masalah breakout, cuba masker ajaib ini. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, produk ini mengandungi bahan-bahan berkhasiat seperti buah Citrus dan Collagen Amino. Ianya berfungsi untuk membantu dalam meningkatkan keanjalan dan kebersihan kulit secara menyeluruh.

Eye roll untuk menenang dan menyegarkan kulit bawah mata yang sensitif
Simple
mulai
RM23.68
Semak Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On (15ml) harga dibawah:
add_circle Tidak diuji ke atas haiwan
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Hypoallergenic
add_circle Diuji secara Dermatologi
add_circle Bebas bahan kimia
remove_circle Roller ball applicator boleh menyebabkan kuman

Kind To Eyes Revitalising Eye Roll On dari Simple ini memberi rawatan dan ketenangan pada kulit bawah mata sejurus selepas aplikasi. Diformulasi dengan ekstrak timun, Lupin, Vitamin B5 serta Glycerin, tiada lagi masalah mata keletihan atau kusam. 

Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kombinasi, sensasi dinginnya akan memastikan mata anda terasa lebih aman setiap pagi.

Spot corrector untuk menyingkirkan segala ketidaksempurnaan kulit
Kiehl's
mulai
RM150.00
Semak Kiehl's Targeted Breakout Treatments (20ml) harga dibawah:

Sekiranya anda mempunyai kondisi kulit yang cenderung kepada tumbuhnya jerawat, Kiehl’s Targeted Breakout Treatments ini mungkin menjadi penyelesaiannya. Tekstur yang bebas minyak dapat menghalang dari terbentuknya penghasilan jerawat pada kulit, sekaligus membuatkan wajah anda tampak berseri. 

Spot treatment ini juga bebas paraben dan pewangi tiruan. Dengan ekstrak Cylindrica Root, Vitamin B3 serta Mineral Sulfur, molekul bertekstur liquid ini dapat melindungi kulit anda dari pencemaran udara. Cubalah!

Serum dengan bahan organik dan Vitamin E untuk parut jeragat
Garden of Eden
mulai
RM30.30
Semak Garden of Eden Natur E Scar Serum (15ml) harga dibawah:
add_circle Membaik pulih kulit kering dan retak
add_circle Mengurangkan keradangan kulit
add_circle Boleh mencerahkan kulit
add_circle Mengurangkan parut
remove_circle Mahal

Produk eliksir Vitamin E semulajadi ini, Natur E Scar Serum berfungsi dengan baik dalam pembetulan parut jeragat dan kesan luka. Dengan sifat anti-oksidannya, serum ini melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas yang mengakibatkan kulit menjadi kusam dan mula muncul jeragat atau pigmentasi pada kulit wajah. 

Ia juga merupakan pelembap intensif yang membantu melicinkan parut lama serta mencerahkan kulit. Serum ini menyerap dengan pantas ke dalam kulit, mengekalkan hidrasi dan melembut hingga ke dalam lapisan kulit. Ianya berkesan untuk merawat sunburn akibat terdedah kepada sinaran UV.

Moisturizer organik dari gunung Himalaya untuk kegunaan harian
Himalaya Herbals
Moisturizer drugstore yang bagus
mulai
RM32.00
Semak Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream (150ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi cenderung kering
add_circle Kulit kekal anjal dan tampil awet muda
add_circle Bertekstur ringan
add_circle Melindungi kulit dari radikal bebas
remove_circle Agak 'greasy' dan meninggalkan kesan residu

Dengan tekstur yang ringan dan tidak melekit, Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream ini amat sesuai untuk penggunaan harian. Ia menyediakan sistem lembapan yang berkhasiat serta memberi perlindungan terhadap kesan minyak sepanjang hari. 

Diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Cherry dan Pokok Kino, krim pelembap ini akan menjaga kulit anda sepenuhnya dari polusi serta pencemaran alam sekitar. Kini, anda tidak perlu risau tentang kerosakan kulit lagi!

Sunscreen dengan kandungan Aloe Vera untuk kulit berminyak
Innisfree
mulai
RM26.00
Semak Innisfree Daily UV Protection Cream Mild SPF35 PA++ (50ml) harga dibawah:

Pelindung matahari yang mengandungi minyak bunga matahari dan ekstrak teh hijau dari Kepulauan Jeju untuk melindungi daripada sinaran UV berbahaya ini, berfungsi dengan baik untuk mengawal penghasilan minyak selama 5-6 jam. 

Krim Innisfree tanpa sebum ini juga mempunyai penapis mineral 100% untuk menguruskan dan menghalang kulit anda daripada berminyak serta berpeluh untuk memastikan kulit tampak berseri.

Night serum dan face oil untuk efek wajah awet muda
Drunk Elephant
mulai
RM122.00
Semak Drunk Elephant Bright Night Duo Set harga dibawah:

Night serum dan face oil dari produk popular vegan ini mengandungi formula teknologi AHA + BHA yang membantu dalam menjana pengeluaran kolagen serta memperbaharui lapisan kulit dengan pantas. Ianya mengurangkan liang pori terbuka, memulihkan tekstur kulit serta mengembalikan keserian yang hilang akibat penuaan. 

Minyak Birrea (Marula) Kernel di dalamnya pula akan mengunci penghadang lembapan supaya kulit anda akan kekal tegang dan anjal secara semula jadi.

Makeup

Foundation vegan dan waterproof untuk kulit kering
Tarte
mulai
RM160.00
Semak Tarte Amazon Clay 12 Hour Full Coverage Foundation (50ml) harga dibawah:

Dikuasakan oleh tanah liat dari Amazon, foundation jenama Tarte ini diperkaya dengan batu permata semula jadi yang memberi perlindungan kalis air sehingga 12 jam. Asas inovatif ini menggunakan sistem terbaik bagi melengkapi keperluan kulit, menjadikan kulit tampak lebih sihat, bersinar dan sempurna. 

Bahan-bahan semula jadi seperti Tourmaline, Pearl Powder dan ekstrak Camellia Leaf diproses untuk memberi manfaat antioksidan, membantu penambahbaikan kulit anda serta memberi tenaga untuk penghasilan yang lebih cerah dan berseri!

Concealer vitamin untuk remaja – lindungi kulit dari sinar UV
Pixi
mulai
RM53.00
Semak Pixi Correction Concentrate Concealer harga dibawah:

Pixi adalah antara jenama popular yang mengandungi bahan vegan atau cruelty-free, selamat dan selesa dipakai walaupun setiap hari. Ianya membantu mencerah, melancar dan kulit kelihatan lebih bermaya pada setiap aplikasi. Kandungan Vitamin A, Vitamin E dan buah Rosa Canina, memberi hidrasi secukupnya pada kulit dan memerangi kesan penuaan awal. 

Bebas dari minyak mineral, paraben dan gluten, concealer ini menjadikan kulit terasa segar sepanjang hari. Ianya terbukti berkesan untuk melindungi kulit selama 24 jam.

Bronzer dari beeswax yang sesuai untuk kulit kombinasi
RMS Beauty
mulai
RM125.00
Semak RMS Beauty Buriti Bronzer harga dibawah:

Buriti Bronzer dari RMS Beauty ini bukan sebarang bronzer biasa. Ultra-sheer cream bronzer ini membuatkan kulit wajah anda menjadi lebih glowing dan tidak tampil kusam. Diperkaya dengan bahan yang paling tinggi dalam Vitamin A iaitu minyak Buriti dan beta karotin. 

Sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kombinasi, ianya tidak akan membuatkan wajah anda tampil berkilau. Inginkan wajah ‘sun-kissed’? Gunakan bronzer dari RMS Beauty ini!

Blusher merah jambu – pipi tampil ‘rosy cheeks’
Dear Dahlia
mulai
RM135.00
Semak Dear Dahlia Blooming Blusher harga dibawah:

Pemerah pipi keluaran jenama vegan dan organik ini sangat berpigmentasi tinggi, tahan lama dan dapat menaikkan seri wajah anda selepas mencalit sedikit di pipi. Untuk kemasan lebih sekata, gunakan berus kecil yang sesuai untuk pemerah pipi ini. 

Sapukan dengan berhati-hati di sepanjang bahagian atas tulang pipi anda, ini bertujuan untuk menampakkan cheekbones anda lebih tinggi. Tak perlu terlalu kuat sapuan berus, hanya sapu secara ringan saja wajah anda akan tampak berseri. 

Mascara bebas bahan kimia - elak bulu mata gugur
Too Faced
mulai
RM105.00
Semak Too Faced Better Than Sex Mascara harga dibawah:

Diperkaya dengan bahan berprotein tinggi seperti bunga Acacia serta minyak lebah, Too Fcaed Better Than Sex mascara ini sememangnya hadir untuk memberi hasil bulu mata yang tampak lebih menarik dan sihat. Dengan adanya protein soya, ia sekaligus dapat meningkatkan kesihatan dan menguatkan bulu mata dan kening. Tiada lagi masalah bulu mata gugur!

Eyebrow pencil untuk kulit berminyak, bebas peluh dan tidak comot
Zoeva
mulai
RM53.00
Semak Zoeva Graphic Eyebrow Pencil harga dibawah:

Produk dari brand makeup tersohor ZOEVA ini memiliki tekstur pomade yang creamy. Anda tidak perlu mengambil produk terlalu banyak karena sifatnya yang pigmented meski hanya satu kali usap. 

Dengan formula yang waterproof serta smudge proof, dapatkan bentuk bulu kening yang sempurna seharian! Produk ini sesuai digunakan untuk tampilan natural ke pejabat mahupun tampilan bold untuk ke majlis tertentu.

Gincu bibir yang mampu merawat masalah bibir hitam
Physicians Formula
mulai
RM47.90
Semak Physicians Formula The Healthy Lip Velvet Liquid Lipstick harga dibawah:

Lipstick dari jenama Physicians Formula ini mengandungi minyak pelembap, ekstrak Avocado serta Vitamin A dan E untuk merawat serta mengekalkan lembapan pada bibir. Dengan formula liquid yang ringan, lipstik ini memberi hasil kemasan satin atau matte baldu, bergantung kepada jumlah lapisan yang anda gunakan. 

Terdapat 13 tona pilihan untuk anda, mampu menampilkan bibir ‘pouty’ dengan lebih terserlah!

Body & Hair Care

Sabun mandi bersifat organik untuk masalah kulit ekzema
Thayers
mulai
RM28.30
Semak Thayers Peppermint Body Bar harga dibawah:

Diperkaya dengan Witch Hazel serta ekstrak Aloe Vera, sabun Thayers Peppermint Body Bar ini mengandungi 100% bahan semulajadi yang akan membantu dalam meredakan keradangan kulit. Kandungan Peppermint yang terdapat dalam sabun ini pula akan memberi kesan kelegaan dan sensasi dingin sepenuhnya untuk kulit anda. 

Vitamin C dan E yang terdapat di dalam sabun ini pula mengekalkan keanjalan kulit agar sentiasa terhidrat sepanjang hari walaupun berada di bawah sinaran terik matahari. Berfungsi sebagai anti-radang, ianya bertindak menyerap oksigen untuk membuatkan kulit anda bernafas dengan sempurna.

Krim rambut cruelty-free untuk meluruskan rambut
Briogeo
mulai
RM86.40
Semak Briogeo Blow Dry Perfection and Heat Protectant Creme (118ml) harga dibawah:

Dengan formula yang diperoleh secara semula jadi, Briogeo Farewell Frizz Heat Protectant Creme ini memberi kesempurnaan buat rambut anda. Sangat dipercayai oleh selebriti antarabangsa juga pendandan rambut, krim rambut ini membantu dalam membekalkan penghidratan, nutrisi serta vitamin yang telah hilang akibat pendedahan sinaran UV. 

Bebas sulfat, silikon, paraben dan pewarna tiruan, anda tidak perlu belanja berhabisan duit untuk mendapat rawatan di salon sekiranya boleh mendapat efek yang sama dari krim ini. Rambut anda akan tampil lebih beralun bak selebriti Hollywood!

End of Article