Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Skrub Muka Untuk Blackheads, Hapuskan Bintik Hitam Yang Mencela Penampilan

Untuk kulit halus, bebas blackhead!

Hampir kesemua kita pernah berperang dengan blackhead di wajah. Apa itu blackhead? Blackhead terbentuk apabila sebum pada wajah terdedah kepada udara atau radikal bebas. Punca terjadinya blackhead adalah disebabkan oleh kurang air dalam badan, sebum yang dihasilkan berlebihan, penggunaan skincare/makeup jenis berminyak, hormon dan persekitaran. 

Apakah kesan jika blackhead tidak dibuang?

Cara yang betul harus digunakan dalam menghapuskan blackhead dari permukaan kulit kerana jika ianya ditangani dengan kasar, kulit mudah teriritasi sekaligus mendorong pembentukan jerawat. Namun, jika tidak membuang blackhead pada kulit anda, minyak dan sebum yang terperangkap di dalam pori akan mudah merebak. 

Antara cara yang selamat dan efisien untuk menghapuskan blackhead adalah dengan menggunakan skrub muka. Partikel kasar seakan-akan pasir di dalam skrub muka membantu mengeluarkan blackhead dari liang roma muka. Ayuh kita lihat beberapa jenis-jenis skrub yang terbaik untuk membantu menangani masalah blackhead anda!

10 Skrub Muka Untuk Hapus Blackhead Dengan Berkesan

Skrub dengan bahan anti-bakteria untuk kulit berjerawat
Garnier
mulai
RM10.80
Semak Garnier Pure Active Anti-Acne White Scrub (100ml) harga dibawah:
add_circle Menyelesaikan pori tersumbat.
add_circle Mengawal penghasilan minyak.
add_circle Tidak sesuai untuk ibu mengandung.
remove_circle Bukan untuk mencerahkan kulit.

Produk ini mengandungi bahan anti-bakteria dan ekstrak blueberry asli untuk menangani kulit bermasalah terutamanya masalah jerawat dan blackhead. Ianya juga membantu mengurangkan garis halus dan parut akibat jerawat. Skrub ini juga merawat liang pori terbuka.

Skrub terbaik untuk lelaki – serap jauh ke dalam lapisan kulit
Biore
mulai
RM10.78
Semak Biore Men’s Double Scrub Deep Clean harga dibawah:

Diformulasi dengan Advanced Japan Million Scrubs yang bertindak meresap jauh ke dalam liang roma kulit untuk mengeluarkan blackhead serta minyak berlebihan. Sifat deep detox skrub ini juga menghantar Active Oil Clearing dan agen anti bakteria ke dalam liang roma.

Skrub terbaik untuk kulit remaja – elak wajah breakout
Nurish Organiq
mulai
RM14.96
Semak Nurish Organiq Teen Blackhead Scrub harga dibawah:

Mengandungi minyak Tea Tree dan Bio-X15, skrub ini membantu mengurangkan jerawat dan memberi ketahanan pada kulit daripada terkena serangan jerawat. Ianya juga mampu membersihkan kulit wajah dari segala kekotoran yang melekat atau tersumbat. Ianya juga memberi kulit lebih bersih dan sihat serta mengekalkan kelembapan pada kulit.

Skrub dengan teh hijau terbaik – tidak menyumbat liang pori
ST. IVES
mulai
RM17.40
Semak ST. IVES Blackhead Clearing Green Tea Scrub harga dibawah:
add_circle Menghapuskan blackhead d& whitehead.
add_circle Membersih sehingga dalam liang pori.
add_circle Mengelakkan pertumbuhan jerawat.
remove_circle Pedih jika terkena bahagian mata.

Skrub viral ini berbau harum dan memberi efek kulit halus dengan hanya satu kali penggunaan. Ianya mengandungi teh hijau yang 100% asli untuk menghapuskan blackhead dengan tidak menyumbatkan pori. Skrub ini bebas minyak serta bahan pengawet merbahaya untuk kulit.

Skrub terbaik daripada drugstore
Neutrogena
mulai
RM17.06
Semak Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub harga dibawah:
add_circle Menghilangkan blackhead.
add_circle Menanggalkan sel kulit mati.
add_circle Mengawal penghasilan minyak.
remove_circle Bergantung kesesuaian kulit individu.

Skrub dengan mikrobead serta blackhead kompleks ini merawat masalah blackhead dengan efektif tanpa merengsakan kulit. Ianya bertindak dengan membersih kotoran yang paling dalam agar blackhead tidak kembali terhasil. Skrub ini juga bebas minyak, tidak hipoalergenik dan tidak menyumbatkan pori.

Skrub terbaik dari bahan antioksidan seperti kopi
Temyracle
Scrub kopi berkesan untuk kulit kering
mulai
RM30.00
Semak Temyracle Coffee Scrub harga dibawah:

Diperbuat daripada empat bahan organik utana iaitu kopi, gula perang, minyak kelapa dan minyak almond, skrub ini mempunyai banyak kebaikan. Selain mampu membersih pori dan menanggalkan sel kulit mati, ianya juga boleh membantu memudarkan parut serta sunburn. Skrub ini juga boleh dipakai di bahagian lain pada tubuh kerana ianya mempunyai sifat pelembap.

Skrub terbaik untuk kulit kusam – menjadikan kulit lebih halus
Sephora Collection
mulai
RM27.00
Semak Sephora Collection Creamy Face Cleansing Scrub – Charcoal harga dibawah:

Dapatkan kulit wajah yang lebih glowing dan cerah dengan skrub ini. Skrub berkrim ini membantu membersih wajah dengan lembut tanpa iritasi pada kulit. Ianya memberi anda hasil kulit yang lebih bersih dan sekata serta tona lebih cerah.

Skrub tomato terbaik untuk menghapuskan blackhead
mulai
RM58.00
Semak DOCTO x LEOLA Tomato Scrub harga dibawah:

Skrub dengan rumusan buah tomato ini bukan sahaja menanggalkan sel kulit mati dan blackhead, ianya juga mencerah dan membuatkan kulit wajah anda tampil bersinar. Ianya bertindak dengan lembut untuk mengelakkan penghasilan jerawat dan melambatkan proses penuaan.

Skrub terbaik untuk kulit kering, tidak iritasi dan merengsa
Fresh
mulai
RM107.00
Semak Fresh Sugar Face Polish (30ml) harga dibawah:
add_circle Kulit kelihatan halus.
add_circle Menanggalkan sel kulit mati.
add_circle Mengandungi bahan semulajadi.
remove_circle Mempunyai kesan sampingan.

Kekal hidrat dengan skrub dari Fresh ini. Ianya mengandungi gula perang dan biji strawberry sebenar untuk memberi kulit yang lebih cerah dan sihat setelah membersihkan kulit wajah. Penggunaan yang kerap menjanjikan kulit wajah lebih halus dan glowing.

Skrub terbaik untuk kulit berminyak – wajah bersih dengan sekali cucian
Clinique
mulai
RM108.00
Semak Clinique Exfoliating Scrub (100ml) harga dibawah:

Tangani masalah minyak berlebihan serta blackhead dengan skrub ini. Setelah membersih wajah, ianya membantu meratakan garis halus dan kedutan. Skrub ini bersifat bebas minyak, sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak.

End of Article