Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Elakkan Masalah Bibir ‘Kemarau’ Dengan 10 Makeup Remover Terbaik Untuk Bibir

Bersihkan bibir dengan bersih dan kekal lembab!

Kulit wajah bukan sahaja kawasan yang sering digunakan untuk mengaplikasi makeup, malah bibir juga sentiasa menerima pelbagai jenis, warna dan tekstur gincu. Lipstick, lip matte, lip cream, lip balm dan lip tint antara solekan yang sering digunakan oleh wanita untuk menyempurnakan effect makeup yang cantik. 

Menggunakan makeup remover yang sesuai pada kulit bibir adalah satu keperluan agar tidak menyebabkan bibir kering, iritasi, gelap dan lebih lagi.

Adakah Air Micellar boleh digunakan di bibir?

Jawapannya ialah ya. Air micellar boleh digunakan di kulit wajah dan bibir untuk menanggalkan kesan makeup, kotoran dan sebarang kesan kotoran pada kulit. Air micellar ini bertekstur cecair, jadi ia sangat lembut pada permukaan bibir untuk membersihkan kotoran secara efektif dan tidak meninggalkan sebarang kesan.

Jom lihat senarai makeup remover terbaik untuk bibir anda;

10 Makeup Remover Untuk Bibir

Makeup remover murah - tidak perlu dibilas
MayCreate
mulai
RM4.90
Semak MayCreate Eyes Lips MakeUp Remover (50ml) harga dibawah:

Produk ini merupakan remover makeup yang berfungsi untuk menghapus semua kesan solek dengan mudah di kawasan mata dan bibir. Formula ini mengalih keluar makeup kalis air dan menguatkan keanjalan kulit mata dan menjaga bibir. 

Ia mengandungi tekstur lembut yang meninggalkan kulit lembut semasa menghapuskan makeup. Sangat sesuai digunakan di kawasan bibir dan mata.

Makeup remover wipes - sesuai dibawa kemana sahaja
Innisfree
mulai
RM8.80
Semak Innisfree Apple Seed Lip & Eye Remover Tissue harga dibawah:

Makeup remover jenis wipes ini mampu membersih secara perlahan-lahan untuk menghapus makeup dari kawasan mata dan bibir yang halus. Diperkaya dengan formula ekstrak epal, ianya dapat membersih makeup jenis waterproof dan melembutkan kulit wajah terutamanya di bahagian bibir

Lapisan tisu lembut dan halus membersihkan kawasan melengkung termasuk garis halus di sekitar mata dan bibir dengan efektif. Sangat sesuai dan efisien untuk dibawa kemana sahaja.

Makeup remover untuk bibir gatal - mengelakkan iritasi
Silky Girl
mulai
RM16.56
Semak Silky Girl Gentle Eye & Lip Makeup Remover (110ml) harga dibawah:

Dirumus dengan menggunakan 2 formula, ianya berkesan untuk membuang semua kesan solekan kalis air anda, tidak hanya kegunaan pada mata sahaja tetapi juga bibir. Ia menenangkan dan lembut di sekitar kawasan mata dan tidak meninggalkan residu berminyak apabila dikeluarkan. 

Lembut pada kulit sensitif, jadi ianya sangat sesuai digunakan pada kulit bibir yang gatal untuk mengelakkan iritasi.

Makeup remover oil-based – kulit bibir tidak terasa melekit
Biore
mulai
RM15.50
Semak Biore Makeup Remover Cleansing Oil harga dibawah:
add_circle Tidak menyebabkan pori tersumbat
add_circle Menanggalkan seluruh makeup pada wajah termasuk waterproof mascara
add_circle Tidak membuatkan kulit berminyak
remove_circle Ada pewangi tambahan

Produk ini berkesan melarut dan menghilangkan makeup yang degil termasuk maskara kalis air. Tidak seperti minyak pembersih lain, ia tidak meninggalkan kesan berminyak di wajah anda dan mengekalkan keseimbangan lembapan semula jadi kulit. Ia tidak beremulsi apabila di sentuh oleh air dan mengekalkan prestasi pembersihan yang optimum pada setiap masa.

Makeup remover untuk mata dan bibir yang bersifat waterproof
Laneige
mulai
RM25.00
Semak Laneige Lip & Eye Remover Waterproof harga dibawah:

Produk ini sangat cepat, cekap dengan rumusan minyak yang lembut. Diformulasi ultra-ringan kandungan pH yang sama dengan air mata, tetapi cukup kuat untuk mengeluarkan solek mata dan bibir. Dua formula berasingan membentuk emulsi apabila bercampur, membolehkannya menghapuskan apa-apa jenis solek tanpa meninggalkan apa-apa kesan. 

Sangat bagus untuk digunakan pada mata dan bibir serta makeup yang kalis air juga dapat dibersih dengan sempurna.

Makeup remover untuk membaikpulih bibir merekah
Biore
mulai
RM26.78
Semak Biore Make Up Remover Eye & Lip harga dibawah:

Dengan formula pembersihan mikro, Biore Makeup Remover ini adalah untuk kegunaan pada mata dan bibir. Ianya dapat menyingkirkan kotoran dengan mudah dan menghapus kotoran dengan berkesan walaupun menggunakan solekan kalis air. 

Ia juga mengandungi bahan-bahan pelembap asid Hyaluronik untuk menjaga kulit di sekitar bibir dan mata agar kekal lembap.

Makeup remover untuk melembapkan bibir kering
Maybelline
mulai
RM16.50
Semak Maybelline Lip and Eye Makeup Remover (150ml) harga dibawah:

Produk ini mampu untuk membersih makeup yang degil dan waterproof. Formula lembut remover ini dapat membuang kesan makeup dan kotoran dengan serta-merta tanpa menyebabkan iritasi pada kulit. Ianya juga akan meninggalkan kesan hidrasi pada kulit selepas anda memakainya. 

Sangat sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai bibir kering. Tidak membuatkan bibir anda cepat kering atau iritasi, juga terbaik untuk semua jenis kulit.

Makeup remover untuk bibir mengelupas – bebas alkohol dan Halal
L'oreal Paris
mulai
RM23.90
Semak L'oreal Paris Gentle Lip & Eye Make-Up Remover harga dibawah:

Produk ini mempunyai formula unik yang dapat menghilangkan kesan makeup di mata dan bibir walaupun ianya bersifat kalis air. Makeup remover untuk bibir bertekstur lembut ini sesuai walaupun untuk kulit bibir yang sensitif. 

Ianya dapat menghidratkan kulit bibir dan mata selepas menggunakannya, sesuai untuk kulit bibir yang mudah mengelupas.

Makeup remover untuk bibir terbaik dari drugstore
BBIA
mulai
RM22.33
Semak BBIA Soft Gentle Lip & Eye Remover harga dibawah:

Produk ini berfungsi untuk menghilangkan kesan makeup secara perlahan-perlahan dan lembut. Dengan mengandungi formula lembut yang serta-merta membuang kotoran makeup tanpa menyebabkan kerengsaan pada kulit. 

Diperkaya dengan Pro-Vitamin untuk menenangkan kulit di kawasan mata dan bibir tanpa meninggalkan residu berminyak. Manakala D-Panthenol dan Fluorasun-90 untuk melembap dan melembutkan kulit kering.

Makeup remover yang lembut dan beri lembapan pada bibir
The Face Shop
mulai
RM38.00
Semak The Face Shop Rice Water Bright Lip and Eye Makeup Remover harga dibawah:

Produk ini mempunyai dwi-tindakan dua fasa yang mampu untuk perlahan-lahan menghilangkan solek dari mata dan bibir. Formula pelembap diperbuat daripada air beras ini mengandungi Vitamin A, B, E dan Ceramide yang menghidrat kulit walaupun selepas pembersihan.

Bahan yang terdapat di dalam makeup remover ini bertekstur seperti susu sesuai untuk semua jenis kulit bermasalah seperti sensitif.

Artikel berkaitan

End of Article