Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Sunblock SPF50 Untuk Beri Perlindungan Pada Kulit Dari Sinaran UV

Jaga kulit secara external dengan sempurna!

Tudak dinafikan, terdapat pelbagai jenis sunblock diluar sana yang mensasarkan bukan satu jenis kulit sahaja. Memilih sunblock juga sama seperti memilih produk penjagaan yang lain kerana fungsinya berbeza untuk setiap sunblock. 

Berapa lamakah sunblock dengan kandungan SPF50 dapat bertahan?

Sunblock dengan SPF50 bertahan cuma 2 jam dan pakar kulit juga rata-rata menyarankan supaya sunblock disapu semula setiap 2 jam walaupun cuaca mendung. Satu perkara yang perlu diingati adalah sunblock dengan SPF50 adalah paling selamat untuk digunakan. 

Jangan guna sunblock yang mengandungi SPF80 atau SPF130 kerana bahan aktif yang terdapat di dalamnya dapat merosakkan kulit dan menyebabkan kanser. Ini kerana kandungan bahan kimia yang tinggi.  Ayuh lihat senarai sunblock dengan SPF50 yang baik untuk kulit anda;

10 Sunblock SPF50 Baik Untuk Melindungi Kulit

Sunblock SPF50 untuk kulit berminyak dengan kemasan matte
Biore
Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50
Semak Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 harga dibawah:
add_circle Anti penuaan, tidak mengeringkan kulit
add_circle Ekstrak rice germ dan Vitamin E
add_circle Anti bakteri, bagus untuk masalah jerawat
remove_circle Tidak sesuai jika re-apply
remove_circle Bukan untuk kulit kering

Sunblock ini memberi kemasan terakhir matte, ringan dan senang dioles pada kulit wajah. Bertekstur ringan membuatkan pemakaian sunblock ini amat mudah dan tidak melekit. Ianya juga dapat mengawal penghasilan minyak, namun, masih mengekalkan lembapan supaya kulit tidak mengering.

Sunblock spray dari drugstore – diuji secara dermatologi
Watsons
Semak Watsons Aqua UV Sensitive Sun Protection Spray (150ml) harga dibawah:

Sunblock daripada Watsons ini mempunyai teknik semburan yang membuatkan ianya amat senang untuk diaplikasi juga sesuai untuk touch-up makeup ketika berada diluar. Dirumus khas untuk kulit sensitif, sunblock ini bersifat lembut dan tidak meriritasikan kulit serta sesuai untuk kulit bermasalah seperti ekzema, proriasis dan rosacea.

Sunblock SPF50 tanpa alkohol untuk kulit sensitif
Hada Labo
Semak Hada Labo Air Aqua UV (Fresh) SPF50 PA+++ harga dibawah:

Sunblock Hada Labo ini amat sesuai untuk kulit sensitif kerana ianya tidak mengandungi alkohol yang boleh menyebabkan kulit iritasi. Berformula ringan dan melembap dengan kandungan asid Hyaluronik, tidak menjadikan kulit sensitif bertambah kering

Produk ini juga mempunyai Anti-Glycation berfungsi sebagai agen anti-penuaan yang membantu menghalang garisan halus dan mengekalkan keanjalan kulit.

Sunblock SPF50, sesuai dipakai semasa ke pantai/pulau
Nivea
Semak Nivea Sun Water Sport SPF50 harga dibawah:

Sesetengah sunblock mengandungi bahan kimia merbahaya buat hidupan laut. Namun, terdapat juga beberapa jenama sunblock yang selamat digunakan dan telah disahkan ‘reef safe’ seperti Nivea Sun Watersport ini.

Ianya tidak mengandungi oxybenzone, zinc oxide dan bahan kimia lain yang membahayakan hidupan laut. Jadi jika anda ingin travel ke destinasi tropikal, jangan lupa check dulu bahan-bahan di dalam sunblock sebelum terjun ke dalam laut, ya.

Sunblock SPF50 untuk kulit jeragat, mengandungi bahan pencerah
Sunplay
Semak Sunplay Aqua Uv Watery Essence SPF50 PA++++ harga dibawah:

Sunblock ini amat senang meresap kerana formulanya ringan dan nipis. Sesuai untuk jenis yang cepat berpeluh kerana rumusan sunblock ini yang nipis memberi ruang untuk kulit bernafas. Produk ini juga mengandungi Vitamin C sebagai ejen pencerah untuk mengawal dan membaiki kesan pigmentasi akibat jeragat, kesan daripada terdedah dibawah sinaran UV

Diformulasi dengan asid Hyaluronik, sunblock ini jenis lembut dan sesuai buat mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Sunblock SPF50 jenis spray untuk badan – tidak mudah melekit
Banana Boat
Semak Banana Boat Dry Balance Sunscreen Lotion SPF50+ harga dibawah:

Sesuai jika anda ingin sesuatu yang cepat dan ringkas ketika melakukan aktiviti di luar, sunblock spray untuk badan ini senang dibawa dengan bentuk botolnya yang slim. Sunblock ini juga sesuai untuk digunakan ketika touch-up makeup kerana stail spray yang senang digunakan dan juga formulanya tidak melekit. Ianya membuatkan sunblock ini senang kering dan tidak perlu disapu dan dioles.

Sunblock dengan zinc oxide untuk jerawat, ditambah minyak Tea Tree
Naruko
Semak Naruko Tea Tree Anti-Acne Sunscreen SPF50 (30ml) harga dibawah:
add_circle Boleh dipakai pada waktu malam
add_circle Membantu mencerahkan kulit
remove_circle Harga agak mahal dengan kuantiti sedikit

Jika anda mengalami masalah jerawat dan cerewet untuk memilih sunblock yang sesuai dengan kulit rawan jerawat anda, cubalah jenama Naruko ini. Sunblock ini mengandungi minyak Tea Tree, asid Salicylic dan zinc oxide yang membantu mengecutkan jerawat. Dengan kemasan matte, sunblock ini juga amat sesuai untuk digunakan hari-hari tanpa berpeluh dan melekit.

Sunblock SPF50 bertekstur gel terbaik untuk muka
La Roche-Posay
Semak La Roche-Posay Anthelios Dermo-Pediatrics Pocket SPF50 (30ml) harga dibawah:

Sunblock daripada LA Roche-Posay ini amat terkenal di satu dunia dan telah dinobatkan sebagai sunblock terbaik untuk muka. Formulanya amat unik kerana bertekstur gel, cepat mengering dan memberi sentuhan satin yang membuatkan wajah anda berasa lebih lembut. 

Juga amat sesuai digunakan sebagai sunblock untuk touch-up kerana teksturnya tidak mudah melekit pada kulit. Jadi kulit akan sentiasa berasa segar dan terlindung dari cahaya UV.

Sunblock SPF50 buat kanak-kanak – baik untuk semua jenis kulit
BabyGanics
Semak BabyGanics Mineral Based Sunscreen Lotion SPF50+ harga dibawah:

Sunblock ini amat sesuai untuk kanak-kanak kerana formulanya tidak akan memedihkan mata dan kalis air. Sesuai untuk kanak-kanak lasak dan gemar bermain air, para ibu bapa tidak perlu risau lagi. Sunblock ini dapat melindunginya dari sinar UV dan tidak menyebabkan kulit si kecil menjadi rengsa atau kemerahan.

Sunblock SPF50 untuk kulit kering dengan rumusan ultra-melembap
Supergoop!
Semak Supergoop! Everyday Sunscreen With Sunflower Extract SPF50 harga dibawah:
add_circle Tidak meninggalkan whitecast
add_circle Menyerap dengan pantas
add_circle Mempunyai SPF
remove_circle Harga mahal
remove_circle Sukar didapati dalam pasaran

Sunblock daripada Supergoop! telah menempa nama sebagai produk sunblock yang popular di Malaysia. Rumusannya bebas minyak dan kalis air, sesuai untuk dijadikan sebagai kegunaan harian. Teksturnya nipis dan ringan, namun mempunyai sifat ultra-melembap, membuatkan kulit glowing dari dalam dengan bantuan pelembapan beta-glucan yang unik!

End of Article