Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Untuk Si Hitam Manis, Ini 10 Concealer Untuk Serlahkan Kulit Sawo Matang Anda

Untuk hasil wajah lebih bermaya

Product in this article

Jerawat yang tiba-tiba muncul seringkali mengganggu keyakinan diri kita. Apatah lagi jika ianya muncul pada saat-saat genting. Disini lah datangnya concealer sebagai penyelamat buatmu! Dihasilkan dalam putaran rona kulit agar senang dipadankan dengan warna wajah seseorang, memudahkan ia untuk menutup cela seperti parut wajah serta lingkaran gelap di bawah mata.

Cara terbaik untuk memilih concealer sesuai dengan rona kulit sawo matang? 

Kebanyakan concealer di pasaran umumnya tersedia dalam tiga warna utama; light beige, yellow beige, dan dark beige. Dalam hal ini, untuk anda yang berkulit sawo matang sesuai memilih rona yellow beige atau dark beige. Selain itu, gunakan translucent powder berwarna kuning cerah agar dapat menaikkan seri wajah terutama di bawah mata. 

Namun, carilah concealer dengan kualiti yang baik meskipun ianya datang dengan harga mampu milik. Berikut kami sediakan senarai concealer terbaik terutama buat anda si kulit sunkissed

10 Concealer Sesuai untuk Kulit Sawo Matang

Silkygirl Quick Fix Care Concealer

RM 11.75
Concealer yang murah
Silky Girl
1. Silkygirl Quick Fix Care Concealer
Untuk kulit sawo matang yang kering agar kulit kekal hidrasi

Buat kamu yang mempunyai masalah kulit kering dan inginkan produk yang berhidrasi tinggi, cuba Quick Fix Care Concealer dari Silkygirl ini. Ianya mengandungi bahan seperti Sodium Hyaluronate dan ekstrak Fraxinus Excelsior Bark yang bertujuan membekalkan lembapan pada kulit wajah agar tampak lebih segar dan awet muda, terutama di bawah lingkaran mata. 

Hanya dengan sekali usap, produk ini akan menutup segala ketidaksempurnaan di wajahmu. Hebat bukan?

Essence Stay All Day Concealer (7 ml)

RM 14.06
Essence
2. Essence Stay All Day Concealer (7 ml)
Concealer dari drugstore, murah dan sesuai untuk kulit remaja

Walaupun harga mesra poket, kualiti produk concealer Stay All Day dari jenama Essence ini mampu bertahan selama 16 jam tanpa menyebabkan ketidakselesaan kepada si pemakai. Teksturnya sangat lembut dan berkrim, membantu menyembunyikan lingkaran hitam di bawah mata serta bintik-bintik merah yang terdapat di sekitar wajah. 

Sesuai untuk kulit wanita Asia, mata anda kini tampak lebih bermaya. Ucap selamat tinggal pada eyebag!

Maybelline Instant Age Rewind Concealer

RM 19.95
Concealer farmasi yang terbaik
Maybelline
3. Maybelline Instant Age Rewind Concealer
Concealer untuk kulit sawo matang dan berminyak - bersifat non-comedogenic

Dihasilkan dengan formula aktif Haloxyl dan Berry Goji, Maybelline Instant Age Rewind concealer ini membantu melawan sebum berlebihan serta memberi pertahanan terhadap kesan peluh dan panas. 

Selain membantu dalam memberi hidrasi di bawah mata, concealer ini juga bersifat non-comedogenic sesuai digunakan setiap hari sebagai pelengkap solekan. Gunakan bersama berus atau span, wajah anda akan kekal segar dan bebas kilauan sepanjang hari!

L'oreal Paris Infallible Full Wear Concealer

RM 37.5
L'oreal Paris
4. L'oreal Paris Infallible Full Wear Concealer
Lindungi jeragat atau kulit kusam – sesuai untuk si sawo matang

L’Oreal Infallible Concealer telah direka bagi membantu mencerahkan tona kulit kusam atau tidak sekata. Hadir dalam 6 tona berbeza, ianya memberi liputan tinggi atau full coverage untuk kemasan sempurna serta memperbaiki tekstur kulit. 

Buat kamu yang mengalami masalah kulit jeragat, kekusaman atau sering mencari produk untuk menyembunyikan tanda-tanda keletihan, cuba produk ini. Selamat digunakan setiap hari, wajah akan tampak lebih glowing selepas satu sapuan.

Revlon Photoready Concealer

RM 38.8
Revlon
5. Revlon Photoready Concealer
Concealer sesuai untuk digunakan pada kening – pantas dan mudah

Hadir dalam bentuk stick, Revlon PhotoReady Concealer ini bukan sahaja senang dan pantas digunakan, malahan juga dapat membantu dalam membentuk atau membersih kawasan sekitar kening selepas aplikasi eyebrow drawing

Ia telah direka secara profesional dengan pigmen photochromatic untuk memberi pencerahan dan meninggalkan kulit tampak lebih flawless dan airbrush. Bertekstur unik, ringan serta berkrim membantu menutup segala kelemahan yang ada pada wajah anda!

Milani Conceal + Perfect Longwear Concealer

RM 51.55

Selamat digunakan pada setiap hari, concealer Milani Perfect Longwear ini telah direka demi keserasian semua jenis kulit, terutama buat beginner yang sedang menyesuaikan diri dengan penggunaan make-up. Terdapat dalam 5 tona berbeza, rumusan cecair yang selesa ini memberi liputan matte berpanjangan sehingga 24 jam lamanya! 

Ringan, kalis air serta berpigmentasi, gunakan bersama span atau berus kabuki untuk menghasilkan kemasan lebih perfect dan flawless.

MAC Pro Long Wear Concealer (9ml)

RM 41
MAC Cosmetics
7. MAC Pro Long Wear Concealer (9ml)
Concealer dengan hasil full coverage untuk kulit rawan jerawat

Hadir dalam 10 tona pilihan, Mac Pro Long Wear Concealer ini telah menjadi pilihan ramai di dalam industri kecantikan kerana walaupun bertekstur ringan, ia mampu memberi hasil kemasan full coverage sehingga 15 jam. Hanya dengan satu atau dua titisan, sudah cukup untuk menutupi segala jenis cela dan noda gelap. 

Buat anda si ratu seflie, concealer ini mungkin menjadi pilihan terbaik. Ia tidak akan memberi kesan ‘cakey’ atau kilas balik walaupun sedang berdiri bawah terikan matahari.

Smashbox Studio Skin 24 Hour Waterproof Concealer (8ml)

RM 36

Bebas minyak dan kalis air, concealer hebat dari jenama Smashbox ini dicipta khas untuk mengeliminasi segala ketidaksempurnaan yang terdapat di wajah hanya dengan sekali usapan. Dilengkapi dengan teknologi Ultra HD yang berpigmentasi tinggi bagi mengurangkan lingkaran gelap, garis halus dan parut jerawat sehingga 24 jam lamanya. 

Concealer ini juga menyediakan kawalan lembapan serta hidrasi yang berkekalan. Hasilnya, kulit anda akan nampak lebih lembut dan sempurna bak sutera!

Fenty Beauty Pro Filt'r Instant Retouch Concealer (8ml)

RM 38

Seperti yang diketahui umum, Fenty Beauty keluaran Rihanna adalah di antara jenama popular yang mengandungi bahan vegan atau cruelty free, selamat dan selesa dipakai walaupun setiap hari. Pro Filt'r Instant Retouch Concealer ini telah dihasil bagi mencerah, melancar serta membantu kulit kelihatan lebih bermaya selepas setiap aplikasi. 

Dengan hasil kemasan matte yang nampak semula jadi pada kulit, concealer ini membuatkan kulit terasa segar dan selesa sepanjang hari. Tiada melekit pun!

It Cosmetics Bye Bye Under Eye Waterproof Concealer (12ml)

RM 42

Diperkaya dengan air glasier Niacinamide juga Sodium Hyaluronate, IT Comestic Bye Bye Under Eye ini sangat serasi buat kamu yang mempunyai masalah mata panda atau mata sensitif. Bukan sahaja ia membantu menghidrat semula kulit, produk ini juga merapi serta mencegah tanda awal penuaan. 

Selamat dari kesan iritasi, ia memberi perlindungan berpanjangan dan membantu menyembunyikan lingkaran hitam atau bengkak di bahagian mata, kedutan serta garis halus.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article