Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Pencuci Muka Bawah RM 20 Untuk Remaja, Jagalah Kulit Sejak Usia Muda Lagi

Penjagaan kulit sangat penting tidak kira peringkat umur!

Penjagaan kulit merupakan satu rutin yang amat penting, bukan sahaja untuk orang dewasa malah penting juga untuk remja. Remaja merupakan usia yang sesuai untuk mula memakai dan amalkan rutin penjagaan muka kerana pada usia tersebut remaja telah mula membesar dan sesetengah daripadanya mempunyai masalah jerawat, kulit berminyak dan pelbagai lagi disebabkan masalah hormon.

Bagaimanakah cara remaja mencuci muka mereka?

Remaja juga boleh menggunakan produk pencuci muka untuk membersihkan wajah mereka dari kotoran. Hal ini sangat penting kerana remaja banyak terlibat dengan aktiviti sukan, berjemur di bawah matahari, hormon dan lain-lain lagi. Ia sangat penting untuk mereka membersih wajah dengan baik dan menjaga kulit wajah mereka dari sebarang masalah kulit serta menggunkan produk pencuci muka yang sesuai untuk kulit.

Tetapi semasa membeli haruslah diteliti dahulu kandungan dan harganya. Biarlah yang ikut kemampuan dan mudah didapati. Ayuh, lihat senarai pencuci muka untuk remaja dibawah;

10 Pencuci Muka untuk Remaja dengan Harga Mesra Poket

Sesuai untuk remaja berkulit normal usia 11 & 12 tahun
Garnier Light Complete Super Foam (50ml)
Garnier
From
RM6.99
Check Garnier Light Complete Super Foam (50ml) price below:

Produk ini mampu untuk membersih kulit secara mendalam sehingga 10 lapisan dengan mengandungi bahan-bahan aktif yang mampu untuk menyihatkan kulit sambil melakukan teknik pencerahan lebih sempurna. Diperkaya dengan Moringa dan esen Lemon, ianya tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit. Sesuai untuk anda yang alami kulit bermasalah seperti sensitif dan kering.

Pencuci muka untuk remaja 16 tahun –membersih kulit secara mendalam
Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser
Aiken
Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser
From
RM9.40
Check Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser price below:
add_circle Mengawal pengeluaran minyak
add_circle Mengecilkan pori
add_circle Bebas paraben & SLES/SLS
add_circle Harga murah
remove_circle Mungkin kurang sesuai untuk kulit jenis lain

Produk ini mengandungi minyak Tea Tree (Melaleuca Alternifolia) untuk membantu melindungi kulit daripada jerawat secara semulajadi. Membersih kulit dari liang tersumbat tanpa meninggalkan kesan kulit kering. Terbaik untuk remaja yang selalu lakukan aktiviti outdoor.

Pencuci muka ini berfungsi untuk kekalkan lembapan yang cukup untuk kegunaan harian. Penggunaan kerap membantu menjaga kulit yang sihat dan bebas jerawat.

Pencuci muka bertekstur buih, sesuai untuk remaja lelaki
Nivea Men Cleanser Whitening Acne Oil Control Foam
Nivea Men
From
RM12.53
Check Nivea Men Cleanser Whitening Acne Oil Control Foam price below:
add_circle Hapuskan lebihan minyak pada kulit wajah
add_circle Bersihkan liang pori secara mendalam
add_circle Mencerahkan kulit

Pencuci muka ini mampu untuk membersih kulit secara mendalam sambil mengeluarkan kotoran dan minyak yang boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat. Ia juga mampu menghalang penghasilan minyak dan mengawal sebum pada kulit wajah. Produk ini juga menghapus blackheads/whiteheads dan membuka liang pori semasa proses pembersihan.

Tidak menjadikan kulit bertambah kering atau tegang. Ianya berfungsi untuk melicinkan kulit wajah selepas beberapa kali cucian sekaligus menghidrat serta mengimbangi lembapan dan minyak pada kulit anda.

Sesuai untuk remaja kulit berminyak pada usia 13 & 14 tahun
Oxy Whitening Oil Control Wash
Oxy
From
RM11.10
Check Oxy Whitening Oil Control Wash price below:

Produk ini mengandungi ekstrak Etiol semulajadi, Vitamin C dan E yang membantu meringankan kulit dan meningkatkan kesihatan kulit. Ianya berfungsi untuk membersih secara mendalam dengan menghilangkan kotoran dan minyak yang terdapat pada permukaan kulit wajah

Ia juga mengurangkan cela atau parut sehingga kulit anda berasa segar dan bersih. Produk ini sangat bagus untuk remja yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Pencuci muka khas kulit sensitif untuk elak iritasi dan merengsa
Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)
Cetaphil
Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)
From
RM28.80
Check Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml) price below:
add_circle pH seimbang
add_circle Melembabkan kulit
add_circle Tidak merengsakan
add_circle Tidak memedihkan mata
add_circle Boleh digunakan walaupun tanpa air
remove_circle Harga mahal

Jenama Cetaphil ini dirumus secara khusus untuk menenangkan kulit kering anda. Setelah digunakan, kulit akan terasa lembut dan licin. Ianya bertekstur tidak berminyak dan bersifat non-comedogenic bagi elakkan liang pori tersumbat. 

Pencuci muka ini menjadikan anda berasa lebih selesa dalam kulit anda sendiri. Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur dan semua jenis kulit.

Pencuci muka untuk jeragat – lindungi cela dengan sempurna
Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash (150ml)
Himalaya Herbals
From
RM29.36
Check Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash (150ml) price below:
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Pembersihan mendalam untuk kulit berminyak
add_circle Aroma wangian floral
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering
remove_circle Kulit akan menjadi 'flakey' dan tegang

Kompleks White Natural dengan Himalaya Herbal Clear Complexion Whitening Face Wash ini diperkaya dengan campuran semulajadi Saffron dan Licorice. Rumusan herba unik ini dapat mengembalikan kulit wajah menjadi lebih sihat, mencerahkan dan kekal berseri secara semulajadi. 

Pencuci muka ini bertujuan untuk menghilangkan bintik-bintik gelap, membersih dan menghapuskan kotoran serta memberi kesan cahaya dan menyihatkan kulit. Sesuai digunakan oleh remaja yang mempunyai kesan jeragat pada kulit.

Pencuci muka untuk kulit kering – kekal terhidrat sepanjang hari
Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser
Neutrogena
From
RM19.97
Check Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser price below:

Produk ini mengandungi formula berkhasiat yang diperkaya untuk membersih jauh ke dalam liang sambil membersih kotoran, minyak dan kesan solek. Ianya mampu untuk mengeluarkan 99% kekotoran agar kulit sentiasa segar dan bersih. Diuji secara klinkal oleh ahli dermatologi, ianya baik untuk menghapus kotoran pada liang pori tersumbat.

Pencuci muka ini juga dapat merangsang lembapan 2 kali ganda untuk kulit lebih lembut. Sangat sesuai untuk kulit yang kering agar kekal hidrat dan lembap sepanjang hari.

Pencuci muka untuk kulit kusam, naikkan kembali seri wajah
Eversoft Tomato Cleanser Foam
Eversoft
From
RM15.88
Check Eversoft Tomato Cleanser Foam price below:

Pembersih muka Eversoft ini dirumus sebagai pencuci yang lembut tetapi berkesan dan diperkaya dengan 100% bahan organik yang dapat membersih kulit anda daripada kotoran> Ianya berfungsi untuk mengekalkan lapisan pelindung semulajadi pada kulit wajah anda akibat sinaran UV

Ianya meningkatkan semula tekstur kulit anda dan menjadikan kulit wajah tampil sihat dan berseri tanpa terasa tegang. Tiada lagi masalah kulit kusam dan keletihan selepas menggunakan pencuci muka ini.

Pencuci muka untuk kulit kombinasi – berkesan hapuskan blackhead
Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
Neutrogena
From
RM17.06
Check Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub price below:
add_circle Menghilangkan blackhead.
add_circle Menanggalkan sel kulit mati.
add_circle Mengawal penghasilan minyak.
remove_circle Bergantung kesesuaian kulit individu.

Produk ini membantu dengan berkesan menghapuskan komedo dari penggunaan pertama serta membantu kulit kelihatan lebih jelas dan sihat. Pencuci muka ini juga dapat menghapuskan sel kulit mati dan menghalang pembentukan bintik hitam. 

Diperkaya dengan kandungan ekstrak Cedarwood dan Emolien bagi membantu mengekalkan air serta keseimbangan minyak semulajadi pada kulit. Gunakannnya secara konsisten jika anda ingin menghapuskan blackheads dengan berkesan.

Pencuci muka untuk remaja kurangkan masalah jerawat dan parut
Beautea by SAFI Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser
Safi
From
RM13.52
Check Beautea by SAFI Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser price below:
add_circle Mengawal penghasilan sebum
add_circle Melindungi kulit daripada jerawat
add_circle Sesuai untuk remaja
add_circle Harga murah
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis wajah

Produk ini mengandungi ekstrak teh premium dan gabungan bahan-bahan semulajadi yang baik untuk melawan kesan negatif dari pencemaran, tekanan serta solekan. Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini dapat membuang kotoran dan minyak berlebihan pada kulit muka dengan beberapa kali cucian sahaja

Dirumus dari ekstrak Green Tea dan daun Neem yang melegakan serta melindungi kulit terhadap jerawat sambil mengawal penghasilan sebum bagi membantu mengurangkan kesan parut.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article