Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Jika Anda Alami Eyebag Yang Teruk Di Bawah Mata, Cubalah 10 Concealer Ini

Hapuskan mata panda itu!

Tidak ada apa yang boleh merosakkan pagi anda selain daripada bangun dengan lingkaran bawah mata yang gelap. Pastinya anda terfikir cara-cara hendak menutup mata panda itu! Tidak kiralah lingkaran gelap berpunca daripada stres, tidur yang tidak mencukupi atau faktor genetik. Dengan adanya concealer bawah mata yang sesuai, masalah anda boleh diselesaikan dalam sekelip mata. 

Bagaimanakah cara memilih concealer yang bersesuaian untuk anda?

Pemilihan concealer bawah mata sama seperti memilih concealer untuk bahagian lain pada wajah. Anda hanya perlu pastikan jenis dan tona kulit anda agar ianya kelihatan sekata selepas memakainya. Bagi anda yang masih tercari-cari concealer bawah mata yang terbaik, apa kata ikuti cadangan daripada kami untuk membantu anda membuat pembelian yang bijak!

10 Concealer untuk Panda Eyes

Concealer bawah mata yang murah – terbaik dari segi kualiti
Focallure
Semak Focallure Full Coverage Concealer harga dibawah:

Dengan harga rendah anda boleh dapatkan concealer bawah mata berkualiti sama seperti yang mahal. Concealer ini memberi full coverage dengan efek matte serta ianya tidak mudah cair akibat peluh. Ianya juga sangat kaya dengan pigmentasi agar lingkaran gelap mudah ditutup sekaligus kulit tampak bermaya dan tidak lagi kusam.

Sesuai untuk remaja dengan harga mampu milik
MISSHA
Semak MISSHA Under Eye Brightener Concealer harga dibawah:

Concealer ini datang dalam tona light beige untuk kulit cerah dan natural beige untuk kulit normal. Ianya mudah untuk digunakan dengan krim CC, BB mahupun foundation. Concealer ini tidak mudah bercapuk dan memberi efek matte setelah disapu. Ianya sesuai untuk kulit remaja kerana sifatnya yang natural-looking dan tidak sarat.

Concealer bawah mata untuk kulit kombinasi
Rimmel
Semak Rimmel Wake Me Up Concealer harga dibawah:

Concealer Rimmel ini mempunyai vitamin C dan radiance pearl untuk memberi kulit anda nutrisi yang diperlukan. Selain memberi kelembapan, radiance pearl menjadikan kulit sekitar mata kelihatan segar dan bermaya. Dengan harga yang mampu milik, concealer ini menjanjikan kulit yang lebih halus dan cerah.

Concealer bawah mata jenis stick terbaik
BeautyMaker
Semak BeautyMaker BB Concealer Stick harga dibawah:

Jika anda gemar concealer dalam bentuk stick, concealer ini jawapannya. Ianya memberi pelindungan menyeluruh untuk mata panda itu. Dengan melembapkan kawasan bawah mata dan meningkatkan seri wajah, tona kulit anda akan kelihatan lebih sihat dan segar. 

Plus point untuk concealer ini adalah ianya tidak bercapuk dan sesuai digunakan untuk masalah kulit sekitar bibir yang kusam.

Concealer bawah mata untuk kulit kering – kekal hidrat
Sendayu Tinggi
Semak Sendayu Tinggi Full Cover Concealer harga dibawah:

Usah khuatir akan kulit kering dengan concealer ini. Ianya diformulasi untuk memberi penghidratan serta melindungi lingkaran gelap bawah mata dengan penuh. Biarpun concealer ini menjanjikan full coverage tahan 12 jam, ianya masih memberi ruang untuk kulit bernafas dengan tidak menyumbatkan pori. 

Selain digunakan sebagai concealer, ianya juga boleh digunakan sebagai highlighter pada solekan.

Concealer bawah mata daripada drugstore terbaik
Maybelline
Concealer farmasi yang terbaik
Semak Maybelline Instant Age Rewind Concealer harga dibawah:

Menggunakan micro-corrector, concealer ini membantu mengurangkan lingkaran gelap dan garis halus bawah mata dengan berkesan. Diperkaya dengan ekstrak Goji Berry dan Haloxyl, concealer pekat ini adalah pilihan top concealer bawah mata pilihan pengguna. Ianya pasti memberi ‘fresh look’ buat anda.

Concealer bawah mata untuk kulit sensitif – kulit tak mudah iritasi
Tarte
Semak Tarte Mini Maracuja Creaseless Concealer harga dibawah:

Tarte merupakan jenama make-up yang terkenal dengan sifatnya yang lembut dan tidak merengsakan kulit. Concealer ini kaya dengan Maracuja penuh vitamin C untuk memberi kulit yang lebih lembut dan berseri. Anda boleh pilih daripada 30 tona berlainan. 

Concealer ini bukan sahaja boleh memberi penutupan penuh lingkaran gelap bawah mata malahan boleh digunakan untuk masalah hiperpigmentasi dan kemerahan kulit.

Concealer bawah mata jenis palette terbaik dengan kemasan matte
Benefit Cosmetics
Semak Benefit Cosmetics Boi-ing Industrial Strength Concealer harga dibawah:

Concealer daripada Benefit Cosmetics ini menawarkan litupan yang penuh bagi memastikan lingkaran gelap mudah untuk diselindungkan. Ianya memberi hasil matte yang tahan lama untuk penggunaan seharian. Untuk coverage yang menyeluruh, guna berus sesuai untuk meratakan concealer pada bahagian bawah mata.

Concealer bawah mata untuk kulit berminyak
It Cosmetics
Semak It Cosmetics Bye Bye Under Eye Illumination Anti-Aging Concealer harga dibawah:

Concealer bebas minyak ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak. Penggunaan concealer ini menjanjikan hasil yang tidak bercapuk dan tidak pecah. Diperbuat daripada hydrolyzed collagen, niacin, vitamin serta light technology, concealer ini mempunyai sifat anti-aging agar kulit kekal muda dan sihat. 

Hanya sapu concealer pada garis halus, lingkaran gelap mahupun kedutan sekitar mata, anda pasti dapat melihat perbezaannya.

Sesuai untuk yang alami masalah jerawat, bantu tenangkan kulit
Huda Beauty
Semak Huda Beauty Overachiever Concealer harga dibawah:

Diperkaya dengan 31% pigmen asli dan bahan aktif penjagaan kulit dengan pelbagai fungsi, concealer ini bukan sahaja boleh menutupi lingkaran gelap, ianya juga memberi efek soothing pada kulit bawah mata. Formula berkrim concealer ini terdapat campuran teh hijau untuk membantu menenangkan kulit daripada radiasi. 

Ekstrak Jericho Rose pula untuk memberi lebih lembapan. Didatangi dalam 20 tona berlainan, anda juga boleh menggunakan concealer ini pada cela, parut atau tona tidak sekata di bahagian lain pada wajah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article