Kecantikan mahkota wanita harus dijaga dengan sebaiknya walupun berhijab kerana dapat menyempurnakan kecantikkan sendiri.
Lebih-lebih lagi wanita berhijab yang sudah mempunyai pasangan, tak kan la nak tunjuk rambut depan suami yang kejung?
Alternatif kami adalah penggunaan krim pelurus rambut yang bagus supaya rambut kelihatan sihat dan cantik.
Jadi kami bantu and senaraikan jenama krim ubat rebonding terbaik supaya rambut anda kelihatan bermaya.
Senarai 10 Krim Pelurus Rambut
Table of Contents
Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Sesuai juga digunakan oleh golongan lelaki dan kaum Hawa.
Ciri-ciri;
Merupakan krim pelurus rambut keriting yang murah dan formulanya bagus untuk semua jenis rambut.
Malah, turut memberikan kesan rambut yang lebih berkilat dan licin, jadi tiada lagi masalah rambut menggerbang.
Anda digalakkan untuk guna bersama krim neutralizer selepas guna krim pelurus rambut ini untuk hasil yang lebih menawan.
Review;
‘Berkesan tapi buat selama 30 minit nampak lurus semula jadi, mungkin kalau tunggu 1 jam baru lurus betul-betul. Boleh buat rawatan di rumah je, tak payah ke salon untuk luruskan rambut. Jimat masa,’
Tak perlu bazirkan wang dan masa untuk ke salon semata-mata untuk rawatan rambut sebab dengan krim Wella ini, anda boleh luruskan rambut sendiri di rumah.
Cara gunakannya sangat ringkas, anda perlu syampu rambut namun jangan guna perapi.
Kemudian, letakkan krim dalam bekas non-metallic dan boleh mula sapu krim pada rambut dengan berus.
Ratakan krim dengan menggunakan sikat dan selepas 15-25 minit, sikat rambut sekali lagi dengan sikat saiz besar dan boleh bilas rambut.
Jangan lupa untuk baca arahan dengan teliti sebelum guna krim pelurus ini supaya tak salah langkah.
Dapatkan krim pelurus rambut yang bagus jenama Berina yang diimport dari Thailand ini untuk rambut yang lebih berkilat, lurus dan cantik.
Ini kerana mengandungi bahan-bahan yang berkesan untuk meluruskan rambut seperti thioglycolic acid.
Paling bagus, krim rambut ini sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita yang berambut keriting.
Penat uruskan rambut yang menggerbang setiap pagi? Gunakan ubat pelurus rambut dari Shiseido ini.
Produk terbaik dari Jepun ini mampu meluruskan rambut yang kerinting agar lebih mudah untuk disikat.
Jangan risau, boleh digunakan pada rambut jenis normal dan kering.
Dalam masa yang sama, berfungsi untuk menjaga kesihatan mahkota wanita wanita supaya tampak sentiasa berkilat dan licin.
Kaum lelaki yang mahu gaya rambut lurus pula boleh cuba ubat pelurus rambut Straightpro ini.
Produk yang diformulasikan dari Jerman ini juga boleh digunakan pada rambut jenis Afro, rambut kerinting yang pendek, rambut kasar serta rambut sederhana panjang dan beralun.
Paling best, krim ini mampu meluruskan rambut keriting tanpa perlu rebonding.
Untuk pengetahuan, set pelurus rambut ini hadir dengan 3 produk iaitu krim, neutralizer dan serum rambut.
Wanita yang berambut panjang dan beralun juga boleh guna tanpa masalah.
Lepas ini, anda tak perlu lagi bazirkan wang ke salon untuk luruskan rambut sebab boleh buat rawatan sendiri di rumah!
Tak perlu lagi guna iron rambut setiap hari untuk dapatkan rambut lurus.
Dengan adanya krim yang dah diluluskan KKM ini, rambut akan kekal lurus untuk tempoh yang lama.
Cara penggunaan krim ini juga semudah ABC sebab pertama sekali, anda perlu basuh rambut dan cuci dengan syampu.
Selepas kering, boleh sapu krim ini pada rambut dan sikat hingga hujungnya. Biarkan selama 1 jam.
Kemudian, bilas rambut dan keringkan macam biasa.
Rambut anda keriting dan keras sehingga sukar diurus? Jangan risau, boleh diselesaikan dengan penggunaan krim rambut untuk lelaki dan wanita ini.
Selepas guna krim ini, rambut anda jadi lurus persis seperti lepas buat rebonding di salon.
Setiap sebotol krim ini boleh digunakan pada rambut sebanyak 12-13 kali, memang tahan lama.
Yang penting, diperbuat daripada bahan-bahan yang halal, jadi selamat digunakan oleh orang muslim.
Krim pelurus rambut tahan lama ini boleh memberi kesempurnaan dan kecantikan pada mahkota wanita.
Sesuai digunakan pada rambut keriting semula jadi walaupun telah diwarnakan.
Selepas penggunaan, anda dapat lihat sendiri hasil rambut yang kusut dan menggerbang akan bertukar dari menjadi kemas.
Jangan lupa untuk syampu dulu rambut anda sebelum gunakan produk ini.
Rawatan rebonding di salon terlalu mahal dan mahukan alternatif lain untuk luruskan rambut?
Kami sarankan guna krim pelurus dan neutralizer rambut K9 ini.
Cuma ingin diingatkan pastikan anda sikat rambut menggunakan sisir rambut jenis non-metallic ketika sapu krim ini pada rambut.
Kemudian, bilas krim yang terdapat pada setiap helaian rambut selepas 25-30 minit sehingga bersih.
Akhir sekali, guna krim neutralizer untuk hasil yang lebih menawan dan lurus.
Apa yang menarik tentang krim pelurus rambut ini ialah boleh digunakan oleh lelaki dan wanita.
Baunya juga wangi, lebih kurang sama seperti ubat pelurus rambut yang digunakan di salon.
Diformulasikan dengan Hydro Safe Complex yang dapat meningkatkan kebolehan setiap helaian rambut untuk mengekalkan kelembapan semula jadinya.
Boleh digunakan dengan selamat untuk rambut tebal dan nipis sebab telah diuji secara dermatologi.
Cuma jangan lupa untuk sapu krim pada rambut menggunakan berus atau sikat rambut dan ikut arahan penggunaan produk agar tak tersalah langkah.
Bagaimanakah Cara Menjaga Kecantikan Rambut Di Rumah?
Tak semestinya anda perlu ke salon setiap bulan semata-mata untuk dapatkan rambut yang cantik kerana tak sukar pun nak jaga kebersihan dan kecantikan rambut.
Tak percaya? Jom ikut tips berguna ini untuk kekalkan kecantikan rambut dengan mudah di rumah.
- Keringkan rambut dengan betul.
- Sikat rambut dengan berhati-hati.
- Cuci dan syampu rambut dengan kerap.
- Jangan lupa untuk guna perapi rambut.
- Elakkan guna syampu yang mengandungi bahan kimia.
- Gunakan produk rambut yang diperbuat dari bahan semula jadi.
- Sebaiknya guna serum atau tonik rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
- Sekali-sekala, gunakan ubat rebonding terbaik atau ke salon jika mahukan gaya rambut lurus.
- Buat urutan kepala menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum syampu.
Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui penjagaan rambut dengan betul.