Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Makeup Remover Wipes untuk Setiap Jenis Kulit Wanita Asia

Bersihkan wajah anda dari kotoran dengan sempurna

Kehidupan seharian wanita pada hari ini menjadikan bersolek sebagai salah satu rutin harian. Makeup merupakan salah satu aksesori yang diperlukan untuk tampil menawan dan jelita, malah segelintir lelaki juga menggunakan solekan untuk berketerampilan baik terutamanya buat artis lelaki. 

Berkesankah menggunakan Makeup Wipes Remover?

Jawapannya, ya. Menggunakan Makeup Wipes Remover yang bersesuaian dengan jenis kulit mampu membersih wajah dari kesan solekan yang melekat pada kulit.

Pemilihan produk Makeup remover yang tepat amat penting bagi mendapatkan kesan yang efektif pada kulit muka.

Terdapat pelbagai jenis kulit wajah, misalnya kulit kering, berminyak, berjerawat dan pelbagai lagi. Jenis-jenis kulit wajah ini memerlukan produk yang bersesuaian dengan kulit agar dapat membersihkan kesan solekan dengan baik tanpa merosakkan kulit.

Ayuh, lihat jenis produk Makeup Remover Wipes yang terbaik mengikut jenis kulit wajah anda;

Makeup remover wipes dengan bahan organik sesuai untuk ibu hamil
Imaan
mulai
RM6.00
Semak IMAAN Make up Remover Wipes harga dibawah:

Produk ini amat bagus umtuk ibu mengandung kerana tidak mengandungi sebarang alkohol, tetapi ianya mengandungi Vitamin E dan Aloe Vera dengan formula yang dipertingkatkan. Menggunakan bahan organik yang dijamin tidak akan memberi sebarang kesan kepada kandungan serta mampu untuk meremajakan kulit dan melembutkan. Kepada yang beragama Islam, produk ini merupakan produk mesra wudhu’ dan tidak menyebabkan kulit iritasi.

Makeup remover wipes yang Murah, berkualiti dan efektif
Biore
mulai
RM5.80
Semak BIORE Clean Oil Cotton Wipes (10s) harga dibawah:

Produk ini membersih dan menyegarkan semula kulit wajah yang tidak bermaya. Biore Makeup Remover Wipes ini berfungsi dengan membersihkan muka secara mendalam dan kesan minyak serta sisa-sisa makeup. Dengan mempunyai teknologi kawalan sebum, ia menyegarkan kulit selepas setiap sapuan bagi melegakan kulit yang kusam dan berminyak supaya tampil segar.

Produk ini ideal untuk mencapai kemasan wajah matte, membersih kekotoran dan mengembalikan kulit tampak cerah serta berseri. Produk yang sangat murah dan sangat berkualiti untuk digunakan.

Makeup remover wipes untuk kulit kering, bagus untuk menghidratkan kulit
Elianto
mulai
RM16.90
Semak Elianto Organic Cucumber Make-up Cleansing Tissue harga dibawah:

Produk ini menggunakan kandungan organik seperti ekstrak timun sejuk dan bahan organik untuk membersih dan menyegarkan kulit anda pada masa yang sama. Mempunyai tekstur yang lembut, dihasilkan untuk kekal hidrat dan berkesan menghilangkan kotoran dan solekan, termasuk maskara kalis air.

Ianya menjadikan kulit wajah anda tampil bersih dan lembut. Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit kering agar kekal lembap dan hidrat.

Makeup remover wipes waterproof - membersih wajah secara menyeluruh
Silky Girl
mulai
RM9.90
Semak SILKYGIRL Pure Fresh Micellar Cleansing Wipes (20s) harga dibawah:

Makeup remover wipes ini berfungsi untuk meninggalkan kulit berasa bersih dan lembap. Molekul Micellar tertarik pada kotoran dan minyak, jadi mereka mampu menarik keluar kekotoran daripada solekan tanpa mengeringkan kulit.

Pada masa yang sama, ekstrak Aloe Vera berfungsi untuk melegakan, melembap dan memperbaiki kulit. Mampu untuk menanggalkan makeup yang kalis air secara menyeluruh.

Makeup remover wipes untuk kulit kombinasi, kekal segar dan licin
Nivea
mulai
RM12.29
Semak NIVEA 3-in-1 Refreshing Cleansing Wipes (25s) harga dibawah:

Produk Nivea ini boleh digunakan harian untuk menghapus solekan jenis kalis air dan maskara. Berfungsi dengan pembersihan menyeluruh dan melembap secara mendalam, cara yang ideal untuk menyegarkan kulit dalam satu langkah mudah. 

Formulanya menyegarkan yang mengandungi Vitamin E, ringan kepada kulit dan mempunyai kelembapan NIVEA lebih banyak berbanding sebelum ini. Keserasian kulit diuji dan diluluskan secara othalmologi sesuai untuk kulit normal dan kombinasi.

Makeup remover wipes untuk kulit sensitif bagi mengelakkan iritasi
Himalaya
mulai
RM14.90
Semak HIMALAYA Purifying Neem Facial Wipes (25s) harga dibawah:

Produk Himalaya ini sangat lembut pada kulit dan tidak beralkohol dengan rumusan lembut yang ringan dapat membersihkan kulit supaya ianya bersih dan sihat. Produk ini diperkaya dengan kandungan Neem dan daun Turmeric yang terkenal dengan sifat-sifat antibakteria. Ianya juga dapat menyegarkan kulit dan membantu dengan mudah menghapuskan kesan solekan yang melekat pada kulit wajah. 

Produk ini sangat baik bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana kandungannya sangat organik.

Makeup remover wipes untuk kulit berminyak - mengawal sebum berlebihan
Simple
mulai
RM18.00
Semak SIMPLE Oil Balancing Cleansing Wipes (25S) harga dibawah:

Makeup remover wipes ini terdiri daripada gabungan sempurna dari pembersih yang mampu lembutkan kulit muka dan Zinc PCA yang berkesan untuk menyegarkan kulit dan mengawal sinaran berlebihan di wajah kerana kulit berminyak. 

Produk ini sangat baik digunakan oleh mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan sensitif bagi membersihkan solekan dan mengawal sebum berlebihan.

Makeup remover wipes terbaik untuk kulit berjerawat - elakkan infeksi
The Body Shop
mulai
RM49.00
Semak The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wipes (25s) harga dibawah:

Produk Body Shop ini merupakan makeup remover wipes yang dapat menghapus kotoran dan melembap kulit dalam satu langkah. Dirumus dengan perlindungan Vitamin E, minyak Wheatgerm dan minyak Tea Tree. Produk ini sesuai untuk kulit berjerawat yang ditapis dengan minyak pokok teh. 

Dalam satu langkah mudah sahaja kulit wajah anda bersih dan tidak perlu membilas dengan air.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article