Product in this article

Apakah fungsi serum Vitamin C untuk kulit?

Vitamin C menyalurkan kebaikan pencerahan kepada kulit kerana ianya mengandungi asid Ascorbic yang membantu mencerahkan masalah pigmetasi dan parut pada wajah. Dalam masa yang sama, serum ini menggalakkan pengeluaran kolagen yang membantu elastin di dalam lapisan kulit wajah kekal tegang dan anjal. Sekaligus membuatkan Vitamin C sebagai bahan antioksidan dan anti-penuaan yang digemari ramai.

Tidak dinafikan, serum Vitamin C amat popular dalam menangani masalah tona tidak sekata, kulit kusam, parut jerawat dan jeragat. Harganya juga tidak semurah yang dijangka dan juga sukar untuk didapati.

Kini terdapat pelbagai jenama serum vitamin C di drugstore berdekatan dengan anda. Harganya berbaloi dan ikut kemampuan bajet anda yang ingin berjimat tetapi masih mahu hasil kulit menawan. 

Garnier
1. Garnier Light Complete Anti Spot White Serum (30ml)
Serum vitamin C terbaik untuk remaja – murah dan berkualiti bagus
Serum sesuai untuk remaja dengan harga mampu untuk dimiliki
Garnier
1. Garnier Light Complete Anti Spot White Serum (30ml)
Serum vitamin C terbaik untuk remaja – murah dan berkualiti bagus

Remaja yang aktif bersukan dibawah matahari terik, ataupun mempunyai masalah parut jerawat hormonal pasti menyukai produk daripada Garnier ini. Ianya berkesan dalam mencerahkan wajah, melindung kulit dari kerosakan matahari dan menghakis sel kulit mati supaya parut jerawat tiada lagi. Menghalang pembentukan sebum dan minyak disekitar T-Zon serta kulit bebas minyak selama 12 jam.

Diperkaya dengan kebaikan esen  lemon asli, serum ini sangat ringan dan dapat menyerap dengan cepat untuk menghilangkan kesan degil pada wajah sehingga tiga tona lebih cerah!

Wardah
2. Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml)
Serum Vitamin C tidak menyebabkan kulit merengsa
Serum Vitamin C dari drugstore dibawah RM50, Halal untuk semua jenis kulit
Wardah
2. Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml)
Serum Vitamin C tidak menyebabkan kulit merengsa

Mengandungi Ethyl Ascorbic Acid iaitu satu bentuk Vitamin C yang lebih stabil, tidak menyebabkan kepedihan dan kerengsangan. Serum ini sesuai untuk jenis kulit kering kerana teksturnya yang likat dan pekat. Terbaik untuk kegunaan buat anda yang alami masalah kulit sensitif keraa produk ini bersifat bebas alkohol dan pewangi. 

Plus point, produk ini tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan tidak mudah teroksida. Wajah anda akan kekal bersih berseri dan cerah tanpa kerumitan.

Serum untuk menghilangkan bekas dan parut jerawat
Nano White
3. Nano White Dark Spot Corrective Serum (30ml)
Serum Vitamin C sesuai untuk kulit berminyak dan jerawat
Serum untuk menghilangkan bekas dan parut jerawat
Nano White
3. Nano White Dark Spot Corrective Serum (30ml)
Serum Vitamin C sesuai untuk kulit berminyak dan jerawat
add_circle tidak berminyak dan melekit
add_circle meresap ke dalam kulit dengan pantas
add_circle sesuai untuk di'layer'kan dengan makeup

Diperkaya dengan Vitamin C, minyak Tea Tree dan alga laut, serum pencerahan ini membantu melindungi bintik hitam yang muncul di kulit wajah, parut jerawat dan mengurangkan jerawat aktif. Serum ini juga mampu mengawal pengeluaran sebum dan penghasilan minyak berlebihan supaya wajah anda tampil lebih segar tanpa kilauan berminyak yang menganggu hari anda.

Clinelle
4. Clinelle Brightening WhitenUp Serum (20ml)
Serum terbaik untuk kulit kering dengan bahan hidrasi
Serum terbaik untuk kulit kering dengan bahan hidrasi
Clinelle
4. Clinelle Brightening WhitenUp Serum (20ml)
Serum terbaik untuk kulit kering dengan bahan hidrasi

Serum pencerahan daripada Clinelle ini menjanjikan pengurangan pigmentasi, menghalang pembentukan melanin dan meningkatkan keanjalan kulit. Namun, yang membuatkan serum ini bertambah bagus ialah kerana ianya mempunyai bahan mutiara hitam dan beras ungu untuk membaiki penghadang lembapan pada kulit dan tidak akan menyebabkan kepedihan ketika menggunakan serum ini. 

Kandungan Vitamin C dan ekstrak bunga daisi yang terdapat dalam serum ini dapat membantu menghalang kegelapan kulit wajah.

5. TARGET PRO By Watsons Whitening Intensive Serum (30ml)
Serum Vitamin C untuk bekas jerawat dan jeragat – merawat hiperpigmentasi
Serum Vitamin C untuk bekas jerawat dan jeragat – merawat hiperpigmentasi
5. TARGET PRO By Watsons Whitening Intensive Serum (30ml)
Serum Vitamin C untuk bekas jerawat dan jeragat – merawat hiperpigmentasi

Jika anda mencari Vitamin C serum yang tinggi kepekatannya untuk menangani masalah parut jerawat dan pigmentasi yang teruk, serum inilah yang sesuai untuk anda. Produk daripada Watsons ini menjanjikan kebaikan teknologi Jepun yang membantu dalam mencerahkan kulit. Kandungan asid Hyaluronik dan Niacinamide pula membantu dalam penghidratan dan pengecilan pori. 

Walaupun serum ini mengandungi vitamin C, namun ianya cukup stabil untuk digunakan siang hari selepas mengamalkan rutin penjagaan wajah siang. Tetapi Vitamin C masih mudah teroksida jika terdedah dengan panahan matahari yang kasar. Maka, jangan lupa untuk pakai sunscreen juga ya!

By Wishtrend
6. By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum (30ml)
Serum Vitamin C terbaik dari Korea – tiada lagi masalah kulit kusam
Serum untuk kulit jeragat dan kusam dengan Vitamin C
By Wishtrend
6. By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum (30ml)
Serum Vitamin C terbaik dari Korea – tiada lagi masalah kulit kusam

Jika anda peminat produk Korea, serum vitamin C ini pasti akan menjadi produk kegemaran anda yang seterusnya. Produk ini amat popular di kalangan rangkaian jenama Wishtrend yang menjanjikan penukaran sel kulit wajah yang pantas supaya kulit akan kekal anjal dan bebas kusam. Bukan itu sahaja, serum ini diperbuat daripada 70% ekstrak Vitamin C asli dengan kadar kepekatan yang tinggi. 

Namun vitamin C serum ini amat stabil serta tidak mudah teroksida dan cepat tamat tempoh.

7. URIAGE Depiderm White Serum (30ml)
Serum Vitamin C bersifat hypoallergenic sesuai untuk ibu hamil berkulit sensitif
Serum Vitamin C bersifat hypoallergenic sesuai untuk ibu hamil berkulit sensitif
7. URIAGE Depiderm White Serum (30ml)
Serum Vitamin C bersifat hypoallergenic sesuai untuk ibu hamil berkulit sensitif

Tidak dinafikan, serum yang mengandungi Vitamin C boleh mendatangkan iritasi kepada kulit sensitif keana ianya bersifat asidik terutamanya buat kulit wanita mengandung. Terdapat juga produk Vitamin C yang mengandungi bahan pelembap yang bertindak sebagai penghadang dan ‘buffer’ supaya kulit tidak memedih dan kemerahan seperti Uriage ini. 

Diperkaya dengan vitamin C dengan 10 kali konsentrasi, Vitamin E, Creatine dan air termal yang bertindak sebagai bahan pencerah. Produk ini mengandungi bahan pelembap dan penenang kulit sensitif. Diuji secara klinikal, serum ini bersifat hypoallergenic dan amat selamat digunakan oleh wanita hamil.

8. EPICURE Natural C-Plus Solution (50ml)
Serum Vitamin C terbaik untuk kulit kombinasi
Serum Vitamin C terbaik untuk kulit kombinasi
8. EPICURE Natural C-Plus Solution (50ml)
Serum Vitamin C terbaik untuk kulit kombinasi

Jika anda mempunyai kulit kombinasi, cuba gunakan produk yang tidak akan membuatkan kulit anda bebas minyak tetapi masih mempunyai kesan melembap. Seperti serum Vitamin C daripada Epicure ini yang diperkaya dengan Vitamin C 20 asli untuk mengekalkan kesan antioksidan supaya wajah sentiasa awet muda dan cerah berseri. 

Produk ini juga berkesan untuk melembap, namun kerana teksturnya yang nipis dan senang diserap, ianya tidak akan membuatkan wajah anda melekit.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!