Product in this article

Secara umumnya, sudah tentu anda ketahui kegunaan foundation dalam rutin semasa memakai solekan. Foundation dapat menutup cela-cela yang tampil di kulit wajah dan ianya juga didatangi dalam pelbagai bentuk seperti compact, krim dan cecair. 

Adakah foundation high end selalunya berkualiti tinggi?

Bedak asas atau lebih popular disebut sebagai foundation adalah antara salah satu produk make-up yang paling penting bagi setiap wanita. Akan tetapi, adakah foundation high end ini mempunyai mutu atau kualiti yang tinggi? Jawapannya, ya.

Ini kerana, kebanyakan foundation high end hanya menggunakan formula atau inti pati yang tinggi. Selain mampu menutup kesan jerawat dan parut pada wajah, high end foundation juga berguna untuk melindungi kulit anda daripada sinaran cahaya matahari. 

Berikut merupakan senarai foundation terbaik yang anda boleh cuba. Walaupun harganya agak mahal tetapi masih berbaloi untuk digunakan.

1. SEPHORA 10 Hour Foundation

Foundation high end murah dan dijamin berkualiti setanding harga mahal

Harga mulai RM78.00

Foundation khas dari Sephora adalah cecair mesra dan lembut pada kulit menjadikan garis halus, kedutan serta ketidaksempurnaan tidak lagi kelihatan. Tahan lama serta mudah untuk digunakan, foundation ini memberi hasil kemasan matte yang menawan.

Diuji secara klinikal, foundation ini sesuai untuk anda dengan semua jenis kulit. Diformulasi bebas minyak, wangian serta paraben. Didatangi dalam 39 tona pilihan, ia membantu meneutralkan nada kulit bagi memberi kesan penampilan kulit yang sempurna sepanjang hari.

2. FENTY BEAUTY Pro Filt’r Soft Matte Foundation (32ml)

Foundation high end bertekstur ringan, selesa dipakai setiap hari

Harga mulai RM145.00

Salah satu produk terbaik yang mempunyai formula khas bebas minyak dan peluh. Penyanyi antarabangsa yang terkenal, Rihanna telah menyediakan 50 tona berbeza mengikut kesesuaian warna kulit anda. Teksturnya terasa ringan pada kulit dan hanya bahan semula jadi unik diproses untuk memberi liputan penuh serta fleksibel.

Hanya menggunakan titisan kecil, foundation ini mampu menutup segala kesan cela yang ada, meninggalkan kulit nampak sempurna bak sutera. Ia juga diformulasi dengan teknologi penyesuaian iklim yang tidak mengganggu kulit atau menyumbat liang pori.

3. DIOR Backstage Face & Body Foundation (50ml)

Foundation high end untuk pengantin, tampil menawan di hari persandingan

Harga mulai RM155.00

DIOR Backstage Face & Body Foundation ini mampu menjadi asas solekan berpanjangan sehingga 24 jam. Ringan dan sangat selesa, foundation ini sesuai untuk yang berkulit kombinasi kerana ianya tidak mengeringkan kulit wajah serta mengekalkan hidrasi dalam pada masa yang sama, mengawal akses lebihan sebum.  

Degan kehebatan 21 variasi warna, mengikut kesesuaian tona dan jenis kulit, ia memberi hasil kemasan matte yang tampak sangat natural. Melitupi segala ketidaksempurnaan, bebas minyak, kalis air serta tahan di bawah terikan matahari.

4. MAC Studio Fix Fluid SPF 15 Foundation

Foundation high end dengan kemasan matte

Harga mulai RM68.60

Mempunyai kesan yang berpanjangan sehingga 12 jam tanpa menunjukkan kesan kedutan atau rekahan, Studio Fix Fluid klasik dari MAC ini telah menjadi kegilaan ramai kerana ia memberi hasil matte yang sangat mengagumkan terutamanya kepada kulit berminyak. 

Ia membantu mengunci akses sebum serta berupaya menutup kesan cela sedia ada. Selain itu, ia juga membantu meningkatkan tekstur kulit dan memberi liputan sempurna. Tahan lama, mesra foto dan tidak mengeringkan.

5. TARTE Amazon Clay 12 Hour Full Coverage Foundation (50ml)

Foundation high end untuk kulit kering - memberi manfaat antioksidan

Harga mulai RM160.00

Dikuasakan oleh tanah liat dari Amazon, foundation jenama Tarte ini diperkaya dengan batu permata semula jadi yang memberi perlindungan kalis air sehingga 12 jam. Asas inovatif ini menggunakan sistem terbaik bagi melengkapi keperluan kulit, menjadikan kulit tampak lebih sihat, bersinar dan sempurna. 

Bahan-bahan semula jadi seperti Tourmaline, Pearl Powder dan ekstrak Camellia Leaf diproses untuk memberi manfaat antioksidan, membantu penambahbaikan kulit anda serta memberi tenaga untuk penghasilan yang lebih cerah dan berseri!

6. KAT VON D Lock-It Liquid Foundation (30ml)

Foundation high end yang mampu menutup cela jerawat

Harga mulai RM168.00

Direka khas dengan kelebihan produk kalis air, anti-pudar dan tidak merekah serta berkedut bagi mengekalkan kesempurnaan wajah anda sepanjang hari. Hebat, kan? Gabungan khas Silicone Polymers di dalamnya memastikan kulit anda akan kekal terhidrat sehingga 24 jam.

Dengan hanya menggunakan bahan semula jadi, produk vegan ini memberi kemasan sempurna tanpa mengeringkan kulit atau menyebabkan iritasi. Terdapat 43 pilihan warna, kini anda tidak perlu risau tentang touch up berulang kali.

7. IT COSMETICS CC+ Cream With SPF 50+ Foundation (32ml)

Foundation high end bertekstur CC, sesuai untuk kulit sensitif

Harga mulai RM168.00

Foundation ini didatangi dalam bentuk krim CC, memberi perlindungan SPF50+ daripada matahari sepenuhnya, menghidrat dan membaik pulih tona gelap serta menutup cela yang terhasil dari hyperpigmentasi dan ketidaksempurnaan kulit. 

Dengan bahan unik yang diserlahkan seperti Peptida, membantu mengurangkan penampilan kedutan dan menyokong kolagen semulajadi untuk kulit lebih licin serta asid Hyaluronik sebagai kunci lembapan dan mengurangkan garis-garis halus. Produk ini juga bebas Phthalates dan selamat untuk kulit sensitif.

8. ESTEE LAUDER Double Wear Makeup Broad Spectrum SPF30

Foundation high end sesuai untuk kulit berminyak, mengawal pengeluaran sebum

Harga mulai RM190.00

shopping_cart Sephora Malaysia RM190.00

Dengan agen perlindungan khusus, Estee Lauder Double Wear SPF 30 ini memberi penjagaan dan daya tahan yang tiada tandingnya pada kulit anda sepanjang hari. Ia menyediakan perlindungan selama 24 jam serta dapat memberi kulit tampak lebih sempurna.

Dihasil dengan tekstur lembut, bahan semula jadi yang terkandung seperti ekstrak tembikai, biji laici dan epal mampu mengawal minyak, menyembunyikan tompok kering serta garis halus. Hanya sapukan pada zon T atau kawasan cenderung minyak, kulit anda akan nampak lebih bermaya.

9. COVER FX Power Play Foundation

Foundation high end sesuai untuk kulit kombinasi

Harga mulai RM207.00

Kulit anda pastinya akan nampak lebih flawless dengan Cover FX Power Play Foundation ini. Diproses dengan gabungan Butylene Glycol serta Propanediol, formula cecair long-wear ini memberi pertahanan terhadap kesan peluh dan panas. Tidak kira apa jua jenis cuaca, foundation mampu milik ini membantu menghidrat dengan serta merta tanpa mengeringkan kulit. 

Hanya menggunakan satu aplikasi, ianya mampu untuk bertahan tanpa apa-apa gangguan. Foundation ini dapat memberi perlindungan pada sekitar kulit muka daripada polusi seperti sinaran cahaya matahari, debu dan pancaran sinar UV.

10. MARC JACOBS BEAUTY REMARCABLE Full Cover Foundation

Foundation high end dengan hasil full coverage

Harga mulai RM235.00

Ringan dan berkrim, produk popular ReMarcable Full Cover Foundation dari Marc Jacobs ini memberi kemasan matte berpanjangan sehingga 24 jam. Ianya membantu menyembunyikan ketidaksempurnaan serta kesan pigmentasi untuk hasil kulit yang lebih licin dan berseri. Ianya diinovasi untuk menutup cela pada kulit muka serta merta dalam hanya satu titikan saja

Katakan selamat tinggal kepada parut jerawat, bintik hitam dan kemerahan pada kulit wajah anda. Sekiranya kamu mempunyai masalah kulit cenderung berminyak, cubalah foundation ini.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

 

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!