Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kembalikan Kulit Wajah Seperti 10 Tahun Lalu Dengan 7 Krim Collagen Ini

Kekal awet muda dulu, kini dan selamanya!

Apa itu kolagen?

Kolagen ialah suatu bahan yang boleh didapati di dalam tulang, otot dan kulit manusia. Ianya lebih banyak dihasilkan di dalam kulit manusia yang menjadikannya tegang, lembut serta tahan akibat kerosakan sinaran UV. Semakin kita meningkat usia, semakin kurang kolagen dihasilkan di dalam kulit. Produk yang mempunyai kolagen seperti krim pelembap, pencuci wajah dan serum wajar digunakan seawal usia remaja atau bermula dari 20-an. 

Kolagen bukan sahaja menghalang kekedutan berlaku, malah, menjamin bahawa kulit anda tidak akan rosak ketika umur semakin berusia seperti pembentukan jeragat, kedutan melampau dan kulit yang kendur. Jom lihat senarai produk krim yang diperkaya dengan kebaikan kolagen untuk mencegah daripada kesan kulit penuaan pra-matang terbaik untuk semua jenis kulit;

Krim kolagen untuk kulit kusam – miliki kulit bebas bintik hitam
Semak WATSONS Collagen White Regeneration Night Cream (50ml) harga dibawah:

Krim kolagen daripada Watsons ini membantu membaiki kulit yang kusam dan gelap ketika anda sedang tidur. Ianya mampu membuatkan kulit anda tampilberseri dan lebih cerah jika menggunakannya secara konsisten. Dilengkapi dengan teknologiKorean Liquid Crystal yang membantu memudahkan penembusan krim kedalam kulit lebih mendalam dan penyerapan yang cepat. 

Chromocare pula membantu memulihkan kulit, mengurangkan kekusaman dan memancarkan seri semulajadi pada wajah anda. Kolagen yang digunakan dalam produk ini ialah kolagen marin, hydrolisis kolagen dan kolagen hijau yang terbukti mengaktifkan regenerasi kulit, meningkatkan keanjalan dan meningkatkan pencerahan kulit.

Krim berkesan kegunaannya pada waktu malam
Semak V’ASIA Collagen Lightening Night Cream harga dibawah:

Krim malam ini sangat sesuai digunakan sebelum anda tidur kerana bahan aktifnya dapat berkerja dengan lebih sempurna untuk membaikpulih kerosakan pada kulit. Krim ini dapat melembapkan kulit sambil mencegah kadar pertumbuhan jerawat, pigmentasi, mengecilkan liang pori terbuka, mencerahkan semula kulit kusam, mengurangkan bintik hitam serta blackheads dan whiteheads.

Sesuai untuk semua jenis kulit dan gunakannya secara konsisten jika anda ingin mendapatkan hasil kulit yang diidamkan. Bangun pagi sahaja, kulit anda terasa segar dan anjal!

Krim pelembap yang mengandungi kolagen untuk kulit kering
Etude House
Semak Etude House Moistfull Collagen Cream (75ml) harga dibawah:

Pelembap kolagen daripada Etude House ini amat sesuai untuk yang mempunyai kulit jenis kering kerana ianya mengandungi 63% super collagen water yang memastikan kulit kekal lembap dan terhidrat dalam jangka masa yang lama. Produk ini bertekstur gel yang meluncur lembut diatas kulit tanpa meninggalkan kesan melekit dan berminyak. 

Krim ini juga akan memperbaiki penghadang lembapan yang akan memastikan kulit sentiasa tegang dan anjal. Amat sesuai digunakan pada siang hari untuk efek kulit yang sihat dan gebu dengan kadar lembapan yang menakjubkan selama 12 jam.

Krim kolagen dari farmasi, diperkaya dengan khasiat sarang burung
Semak BIO-ESSENCE Bio Bounce Bird Nest Collagen Essence Cream harga dibawah:

Krim bebas minyak ini amat sesuai untuk yang mempunyai kulit jenis berminyak. Formulanya yang ringan dan senang diserap membuatkan krim ini mudah dipakai ketika siang hari kerana ianya tidak merimaskan. Tetapi, apa istimewanya krim ini? Krim ini diperkaya dengan ekstrak sarang burung, hydrolised collagen, dan peptide pencerahan yang akan meresap masuk kedalam kulit untuk membantu dalam proses mengekalkan kulit yang anjal dan cerah.

Sesuai juga untuk yang mempunyai kulit tidak bermaya dan kusam, ekstrak sarang burung kaya dengan mineral dan protein kolagen akan membantu meningkatkan ketegangan dan kecerahan kulit.

Krim kolagen terbaik penghapus jeragat, penuaan dan kulit rosak
Olay
Semak Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream harga dibawah:
add_circle Mengandungi Amino-peptida
add_circle Tekstur krim mudah menyerap
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Mengandungi alkohol

Produk Holy Grail Olay ini amat sesuai jika anda mengalami gejala kulit berjeragat akibat kesan kerosakan daripada cahaya matahari. Ini kerana krim Olay ini mampu mengurangkan pori besar, menambah baik tekstur dan seri kulit yang telah kehilangan kolagen.Dengan formula teknologi Advanced Amino Peptide Complex + Carob Fruit Extract, ianya akan membantu dalam menjana pengeluaran kolagen dan memperbaharui lapisan kulit dengan pantas. 

Pelembapnya mengandungi asid Hyaluronik dan Glycerol pula mengunci dan membaiki penghadang lembapan supaya kulit akan kekal tegang serta anjal.

Krim kolagen untuk kulit 40-an ke atas – kekalkan kulit awet muda
Semak PHILOSOPHY Ultimate Miracle Worker Rejuvenating Cream SPF25 (60ml) harga dibawah:

Pelembap berkuasa ini dirumuskan untuk membantu dan memulihkan ketegangan dan keanjalan kulit anda dalam masa dua minggu sahaja. Pelembap ini ialah inovasi anti-penuaan terbesar sejak krim pelindung UV. Ianya menawarkan perlindungan broad spectrum dari UVA, UVB dan inframerah, malah membekalkan kulit dengan peningkatan kolagen yang akan membuatkan kulit tegang, kuat dan berseri. 

Diperkaya dengan teknologi multi-rejuvenasi dan bi-retinol + sel-sel tumbuhan aktif yang membantu membina semula kolagen di dalam kulit dan meremajakan lapisan kulit.

Krim kolagen dengan kapsul emas untuk mencerah dan memutihkan kulit
Semak THE FACE SHOP Yehwadam Nokyong Collagen Capsule Cream harga dibawah:

Krim kolagen yang mengandungi kapsul emas 24K ini dapat membantu membaikpulih kulit yang rosak akibat kesan penuaan. Krim ini mengandungi kapsul emas seperti telur ikan yang akan mencair ke dalam kulit dan melembutkannya dengan serta-merta. Kapsul emas itu juga membekalkan kolagen nokyong untuk menegangkan segala garisan halus diwajah. 

Ekstrak sutera emas juga diperkaya dalam produk ini yang akan membantu mengetatkan dan mengangkat definisi kontur muka serta membaiki lapisan kulit yang baru. Kulit baru anda akan lebih cerah berseri seperti bayi baru lahir.

Related articles

End of Article