Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Concealer Tahan Lama Untuk Kulit Berminyak, Kulit Bebas Kilau

Anda sentiasa tampil yakin setiap hari!

Aplikasi pemakaian concealer atau makeup agak mencabar terutama buat anda yang memiliki masalah kulit berminyak. Kulit akan kembali kelihatan berkilat dan melekit hanya beberapa jam selepas mengenakan makeup. Sebab itulah penting untuk anda memilih concealer bertekstur lightweight, kalis air atau kalis peluh dan bukannya berformula rumit yang berat kerana ia akan cenderung bergerak atau cair apabila bercampur dengan minyak semulajadi pada kulit. 

Untuk hasil terbaik, sapu dan ratakan bedak di seluruh wajah selepas memakai concealer untuk membantu mengekalkan kesempurnaan sepanjang hari. Tetapi, jangan pula anda lupa, pembersihan kulit yang teliti serta memakai pelembap juga menjadi kunci utama untuk melawan keluaran minyak berlebihan. Jaga kulit anda sebaiknya, ya!

Concealer murah dan sesuai untuk kulit berminyak – kulit tidak kelihatan cakey
mulai
RM21.51
Semak RIMMEL Match Perfection Concealer (7ml) harga dibawah:

Walaupun dengan harga mesra poket, concealer ini mampu menutup segala kecacatan dan mengawal akses minyak pada wajah biarpun sedang berada di bawah cahaya terik matahari. Dengan teknologi beradaptasi nada kulit yang berkualiti lembut, Match Perfection Concealer dari jenama Rimmel ini juga membantu mengusir tanda-tanda keletihan dan kesan kilatan minyak untuk kulit kelihatan lebih sempurna. 

Aplikator kusyennya juga lembut, senang dan selamat digunakan di sekitar mata dan bibir. Kualitinya setanding jenama mahal.

Concealer paling sesuai untuk kulit para remaja
mulai
RM26.00
Semak NYX PROFESSIONAL HD Photogenic Concealer (3.5ml) harga dibawah:

Ringan, kalis air serta berpigmentasi tinggi, concealer HD keluaran NYX ini memang serasi buat para remaja yang sedang menyesuaikan diri dengan penggunaan makeup. Terdapat dalam 5 tona berbeza, rumusan cecair yang selesa ini memberi liputan matte berpanjangan sehingga 24 jam. Selamat digunakan setiap hari, concealer ini telah direka demi keserasian semua jenis kulit. 

Gunakan bersama berus kabuki atau beauty blender untuk hasil kemasan yang perfect dan flawless.

Concealer dengan rawatan Berry Goji untuk kulit berminyak dan sensitif
Maybelline
Concealer farmasi yang terbaik
mulai
RM30.00
Semak Maybelline Instant Age Rewind Concealer harga dibawah:

Maybelline Instant Age Rewind Concealer ini sudah tidak asing lagi buat para gadis serta pencinta makeup. Dihasilkan dengan formula aktif Haloxyl dan Berry Goji, ia membantu pengawalan sebum berlebihan serta memberi pertahanan terhadap kesan peluh dan panas. Selain membantu dalam memberi hidrasi di bawah mata, concealer ini juga bersifat non-comedogenic sesuai digunakan setiap hari sebagai pelengkap solekan. 

Gunakan bersama berus atau span, wajah anda akan kekal segar dan bebas kilauan sepanjang hari.

Concealer dari drugstore mengandungi mineral untuk kulit berminyak
Concealer tutup parut yang terbaik
mulai
RM44.91
Semak Revlon ColorStay Concealer harga dibawah:

Dengan tekstur ultra nipis yang mengalir dengan mudah ke kulit, Revlon Colorstay Concealer memberikan liputan menyeluruh untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit wajah anda termasuk liang pori, patut jerawat dan lingkaran hitam. Diperkukuhkan dengan teknologi Time-Release, concealer ini membantu anda mencapai kulit yang kelihatan semula jadi serta bebas minyak selama 24 jam. 

Bebas paraben dan pewangi tiruan, kini kulit anda akan kelihatan lebih flawless dan airbrush!

Liquid concealer terbaik, bertekstur ringan dengan hasil full coverage
MAC Cosmetics
mulai
RM97.00
Semak MAC Pro Long Wear Concealer (9ml) harga dibawah:

Hadir dalam 10 tona pilihan, Mac Pro Long Wear Concealer ini telah menjadi pilihan ramai di dalam industri kecantikan kerana walaupun bertekstur ringan, ia mampu memberi hasil kemasan full coverage sehingga 15 jam. Hanya dengan satu atau dua titisan, sudah cukup untuk menutup segala cela dan noda gelap. 

Buat anda yang germar berseflie, concealer ini mungkin menjadi pilihan terbaik. Ia tidak akan memberi kesan cakey atau kilas balik, biarpun sedang berdiri di bawah sinaran terik matahari. Kini, wajah anda akan kekal cantik bersinar pada setiap foto.

Concealer berupaya menutup ketidaksempurnaan seperti jerawat dan bintik hitam
Smashbox
mulai
RM99.00
Semak Smashbox Studio Skin 24 Hour Waterproof Concealer (8ml) harga dibawah:

Berformulaksi bebas minyak dan kalis air, concealer hebat dari jenama Smashbox ini diciptakan khas untuk mengeliminasi segala ketidaksempurnaan yang terdapat di wajah anda hanya dengan sekali usapan. Dilengkapi dengan teknologi Ultra HD yang berpigmentasi tinggi untuk mengurangkan lingkaran gelap, garis halus dan parut jerawat sehingga 24 jam lamanya. 

Buat anda yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berpeluh, concealer ini menyediakan kawalan lembapan serta hidrasi yang berkekalan. Hasilnya, kulit anda akan nampak lebih lembut dan sempurna bak sutera.

Concealer dengan 100% bahan vegan, selamat dan selesa dipakai setiap hari
Tarte
mulai
RM115.00
Semak Tarte Shape Tape Contour Concealer harga dibawah:

Seperti yang diketahui umum, Tarte adalah antara jenama popular yang mengandungi bahan vegan atau cruelty free, selamat dan selesa dipakai walaupun setiap hari. Shape Tape Contour Concealer ini juga tidak kurang hebatnya. Ia membantu mencerah, melancar dan membantu kulit kelihatan lebih bermaya pada setiap aplikasi. Kandungan Mango Seed dan Shea Butter di dalam, memberi hidrasi secukupnya pada kulit dan memerangi kesan penuaan awal. 

Bebas dari minyak mineral, paraben dan gluten, concealer ini menjadikan kulit terasa segar sepanjang hari. Ianya terbukti berkesan untuk melindungi kulit selama 24 jam.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article