Apabila bercakap tentang foundaion, pasti anda mula merasa gementar dan tidak tentu arah untuk memilih tona yang sempurna ataupun formula yang terbaik mengikut kulit anda. Tidak usah lagi menghabiskan beratus ringgit demi sebotol foundation kerana kini, produk dari drugstore mengandungi formula yang sama kualitinya dengan jenama high-end diluar sana.

Anda juga tidak perlu berasa ragu lagi untuk memilih foundation yang terbaik di drugstore kerana kebanyakannya memenuhi keperluan kulit anda samada kering, berminyak ataupun kombinasi. Dengan pelbagai kemasan dan juga berpuluh tona, anda tidak perlu risau untuk mencari foundation yang sesuai dengan kulitmu lagi! Mari kita lihat, antara foundation drugstore yang popular ini, yang mana satukah sesuai dengan anda;

1. RIMMEL Match Perfection Foundation (30ml)

Foundation bertekstur ringan – murah dan berkualiti hebat

Harga mulai RM26.32

shopping_cart Watsons Malaysia RM26.32 shopping_cart Hermo Malaysia RM29.60

Jika anda mencari foundation yang rigan dan memberikan kemasan semula jadi untuk kegunaan harian, Rimmel lah jawapannya. Foundation ini mempunyai rumusan yang mengekalkan lembapan selama 24 jam dengan formula mengaburkan liang pori besar. Jadi, anda tidak perlu memakai primer lagi.

Walaupun litupannya tidak penuh, namun, kemasan yang diberikan amat natural seperti kulit sebenar membuatkan kulit anda kelihatan sihat dan glowing. Foundation ini juga amat sesuai untuk kulit kering dan jenis solekan glass-skin yang semakin popular di Korea.

2. WETNWILD Photo Focus Foundation (30ml)

Foundation dengan kemasan flawless, terbaik untuk kegunaan harian

Harga mulai RM37.60

Jika anda mencari foundation berkualiti tinggi dengan litupan penuh serta efek flawless dan murah, WetNWild lah kawan baik anda! Foundation ini dihasilkan khas untuk memberi efek blur pada kulit supaya kulit tampil flawless tanpa cela dan yang pastinya memberi kesan seperti filter kepada hasil swafoto anda.

Walaupun foundation ini bersifat matte tetapi ianya mengandungi gliserin yang tidak akan mengeringkan muka dan akan sentiasa menjaga lembapan kulit. Kini, anda tidak perlu mengedit selfie!

3. BOURJOIS Healthy Mix Foundation

Foundation dengan formula vitamin, sesuai untuk kulit sensitif dan kering

Harga mulai RM48.50

Foundation daripada Bourjois ini telah menjadi holy grail kepada ramai pengguna daripada dulu lagi. Foundation ini juga mengandungi Vitamin C, E dan B5 yang membantu merawat kulit sensitif dan kering supaya mengurangkan iritasi serta melembap dengan sempurna.

Ianya memberikan kesan nipis dan natural kerana teksturnya yang ringan dan juga mempunyai formula anti-fatigue yang akan mengelakkan kulit kelihatan kusam, keletihan dan tidak bermaya.

4. REVLON Colorstay Makeup for Oily/Combination Skin (30ml)

Foundation terbaik untuk kulit kombinasi agar tidak tampil berkilau

Harga mulai RM64.44

shopping_cart Hermo Malaysia RM71.60 shopping_cart Lazada Malaysia RM62.87 shopping_cart Guardian Malaysia RM64.44

Popular dikalangan produk kosmetik drugstore, foundation ini masih mengekalkan formulanya yang ringan dan full coverage untuk jenis kulit kombinasi supaya anda berasa selesa untuk memakainya seharian. Kemasannya bebas kilauan, tidak akan membuatkan bahagian T-Zone anda berminyak dan bahagian pipi anda juga tidak akan terasa kering.

81 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka
13 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. ZV BEAUTY Treatment Foundation with 24H UV Protection (25ml)

Foundation yang mengandungi SPF untuk kulit sawo matang

Harga mulai RM46.13

Foundation ini mempunyai perlindungan matahari SPF35 yang amat sesuai digunakan oleh pengguna berkulit sawo matang dan gelap. Ini kerana kulit bertona gelap lebih cenderung untuk menghasilkan melanin dalam kadar tinggi. Penyebab utama berlakunya pigmentasi dan jeragat pada kulit.

Diperkaya dengan minyak Argan dan Marula, foundation bertona gelap ini amat sesuai bagi kemasan full coverage untuk solekan glamour yang mampu bertahan selama 24 jam.

6. MAYBELLINE Superstay Liquid Foundation (30ml)

Foundation full coverage terbaik untuk menutup kesan kulit berjerawat

Harga mulai RM54.90

shopping_cart Watsons Malaysia RM54.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM54.90

Foundation Maybelline ini mempunyai tekstur yang ringan dengan litupan penuh yang mampu bertahan selama 24 jam dan mampu menutup cela dan pori dengan sempurna. Tidak hairanlah mengapa foundation ini menjadi kegilaan ramai. Dengan rangkaian warnanya yang meluas, anda pasti dapat memilih tona yang sesuai dengan kulit anda.

Serlahkan keyakinan anda dengan foundation ini yang mampu untuk menutup cela dan jerawat dengan selesa tanpa mengeringkan kulit muka.

7. L’OREAL Infallible 24H Fresh Wear

Foundation tahan lama yang tidak akan teroksida

Harga mulai RM55.92

Kebanyakan foundation yang mempunyai litupan penuh dan bersifat matte akan teroksida dan menjadi gelap selepas diaplikasi pada wajah. L’Oreal telah muncul dengan foundation yang menggunakan teknologi inovatif bagi mengelakkan pengoksidaan berlaku dan mengekalkan kesegaran solekan selama 24 jam.

Teksturnya juga ringan dan selesa diwajah untuk solekan segar dan membuatkan wajah tampil lebih bermaya. Foundation ini juga mengandungi minyak yang akan memberi lembapan sepanjang masa dan tidak akan mencomot serta kalis air dan peluh.

8. SON&PARK Ultimate Cover Stick Foundation

Foundation stick untuk kulit berminyak - kulit wajah tidak tampil berkilau

Harga mulai RM129.00

Kulit berminyak memerlukan primer yang bagus untuk memastikan foundation yang digunakan menempel dengan baik bagi memberi kesan tahan lama. Namun, anda juga boleh menggunakan foundation stick kerana teksturnya lebih berat dan akan memastikan kulit anda tidak berminyak. Dengan formula pengawalan sebum dan minyak, foundation ini memberikan kemasan ‘powdery’ yang akan membuatkan kulit anda tampil flawless.

Anda jangan khuatir kerana walaupun foundation ini mengandungi minyak Jojoba untuk mengekalkan lembapan yang sihat, ianya tidak akan membuatkan kulit anda bertambah berminyak dan tampak berkilau.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!