Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Produk Skincare Hebat Dari Korea Untuk Lawan Kesan Jerawat Secara Berkesan

Tiba masanya anda keluar daripada safety zone untuk mencuba produk baharu

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kulit flawless?

Rutin penjagaan wajah Korea ini yang diyakini berkesan dapat merawat inflamasi jerawat, mencegah parut daripada terjadi serta membaiki penghadang lembapan kulit anda. Gunakan produk dengan gabungan bahan mencegah dan merawat jerawat yang mengandungi ‘mild exfoliants’ yang lembut dan yang akan menenangkan iritasi dan tidak menyumbat pori anda. 

Pastikan anda menggunakan bahan pelembap yang akan mengunci lembapan dan hidrasi didalam kulit. Ini kerana penghadang lembapan yang sihat dapat membantu produk yang digunakan menyerap jauh lebih baik, menghalang pembiakan bakteria penyebab jerawat dan melindungi kulit dari radikal bebas. Cubalah produk yang diterbangkan khas daripada Korea ini untuk membantu anda memulakan rutin penjagaan wajah berjerawat anda.

Facial wash jenis berbusa – menghalang jerawat dan penghasilan minyak
Neogen Real Fresh Foam Green Tea
Neogen
mulai
RM41.50
Semak Neogen Real Fresh Foam Green Tea harga dibawah:
add_circle Tidak berbau kuat
add_circle Pencuci muka alternatif
add_circle Ringan & tak berminyak
remove_circle Mengandungi alkohol, paraben & SLS

Pasti anda tahu bahawa rutin penjagaan wajah Korea terkenal dengan kaedah ‘double cleansing’ dimana anda harus mencuci muka menggunakan pembersih berasaskan minyak yang juga diikuti dengan pembersih biasa samada pembersih gel, foam ataupun krim. Untuk kulit berjerawat dan berminyak, anda lebih sesuai menggunakan pencuci muka berbusa atau foam. 

Pencuci muka ini amat lembut dan berkesan menghalang penghasilan minyak berlebihan serta tidak mengeringkan kulit. Produk ini direka sememangnya untuk kulit sensitif, berjerawat dan berminyak. Uniknya produk ini mengandungi daun teh hijau ditapai, baik untuk kulit bermasalah.

Detoks liang pori anda yang tersumbat dengan masker skrub untuk muka
SKINFOOD Black Sugar Mask Scrub
mulai
RM49.00
Semak SKINFOOD Black Sugar Mask Scrub harga dibawah:

Masker 2 dalam 1 ini bertindak sebagai masker dan skrub yang diformulasi dari gula perang tulen yang akan membantu menyedut kesemua sebum dan cela pada pori anda ― dan juga mengimbangi kadar pengeluaran minyak. Masker ini bukan sahaja sekadar membersihkan pori yang kotor malah ianya membuatkan kulit terasa licin, lembut dan cerah dengan fungsi skrubnya. 

Gunakan sekali seminggu untuk memastikan kulit bebas sebum dan pori daripada tersumbat. Elakkan penggunaan setiap hari kerana skrub ini akan mendatangkan iritasi kepada kulit wajah jerawat.

Seimbangkan pH kulit sensitif dengan menggunakan toner yang tenang ini
Klairs Supple Preparation Toner
Klairs
mulai
RM66.00
Semak Klairs Supple Preparation Toner harga dibawah:

Toner ialah langkah penting bagi kulit dengan masalah jerawat kerana ianya akan memulihkan dan mengimbangi kadar pH kulit kepada lebih asidik untuk melawan bakteria dan jerawat daripada tumbuh. Ianya memastikan lebihan pencuci muka dan masker dapat dibuang dengan bersih. Untuk kulit bermasalah seperti jerawat, elakkan daripada menggunakan toner yang megandungi alkohol.

Produk daripada Klairs ini amat sesuai untuk kulit bermasalah kerana ianya diperbuat daripada gabungan bahan semula jadi dan bebas daripada bahan kimia merbahaya. Kulit wajah anda akan menjadi berseri dan bermaya.

Tenangkan jerawat anda dengan essence pelembap ini
COSRX AC Collection Caling Liquid Intensive(125ml)
mulai
RM64.70
Semak COSRX AC Collection Caling Liquid Intensive(125ml) harga dibawah:

Tidak dinafikan, kebanyakan produk jerawat amat kasar dan terlampau kuat sehingga boleh menyebabkan kesan parut hitam dan juga mengeringkan kulit. Namun, produk Cosrx AC Collection Line ini direka khas untuk membasmi jerawat dan juga mengekalkan kelembapan dan hidrasi. Produk essence ini membantu mengembalikan semula lembapan yang berkurangan dan merawat jerawat yang teriritasi. 

Beri efek kedinginandan memastikan kulit sentiasa kekal segar sambil merawat jerawat. Diperkaya dengan bijirin yang ditapai, Propolis dan Centella, produk ini akan memastikan kulit yang terjejas dengan jerawat bebas daripada bakteria.

Serum terbaik untuk menghapus sel-sel kulit mati dan kusam
MIZON AHA 8% Peeling Serum
mulai
RM64.00
Semak MIZON AHA 8% Peeling Serum harga dibawah:

Serum pengelupasan Mizon ini mengandungi 8% Alha Hydroxy Acid (AHA) yang akan menghapus sel kulit mati penyebab pori anda tersumbat. Disebabkan AHA amat berkesan dalam menghakis sel kulit mati, maka ianya juga amat sesuai untuk kegunaan kulit kusam dan berparut serta meninggalkan kulit bebas jerawat, licin dan berseri. 

Jangan lupa pakai sunblock ya! Kerana AHA akan menyebabkan kulit anda mengalami sunburn yang teruk. Anda digalakkan untuk memakainya sebanyak 4 hari dalam seminggu supaya kulit tidak menjadi lebih sensitif.

Moisturizer terbaik untuk membaikpulih kulit muka akibat kesan jerawat
SOME BY MI Miracle Cream(50ml)
SOME BY MI
mulai
RM62.00
Semak SOME BY MI Miracle Cream(50ml) harga dibawah:

Jenama produk terkenal dari Korea ini, Some By Mi telah mengeluarkan rangkaian yang bersesuaian untuk merawat kulit berjerawat. Krim pelembap ini diperkaya dengan ekstrak Tea Tree, Centella Asiatica dan Madecasoide yang dapat mengekalkan lembapan di dalam lapisan kulit agar anda sentiasa terhidrat.  Bahan-bahannya tidak mudah membuatkan kulit wajah anda mengering.

Manfaat yang boleh didapati daripada krim pelembap ini ialah ianya baik untuk membaikpulih kerosakan pada kulit sambil menenangkan, melembut dan memutihkan wajah anda dalam masa hanya beberapa minggu sahaja.

Pulihkan kulit bermasalah dengan skincare treatment ini
DR. JART+ Cicapair Re-Cover Cream SPF30 PA++(55ml)
mulai
RM128.00
Semak DR. JART+ Cicapair Re-Cover Cream SPF30 PA++(55ml) harga dibawah:

Pelindung matahari amat penting didalam kehidupa seharian kerana ianya memainkan peranan yang vital kepada kesan penuaan pada masa hadapan, terutamanya, kulit berjerawat. Krim ajaib daripada Dr.Jart+ ini mengandungi SPF30 yang menjadikan ianya krim siang yang sangat bagus. 

Krim ini juga mempunyai warna hijau didalamnya yang akan membantu pembentukan tona kulit supaya menjadi sekata. Dengan mengandungi Centella Asiatica Complex, Niacinamide dan kompleks herba unik yang dapat melembap, mengurangkan inflamasi serta merawat jerawat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

 

End of Article